Extraordinary (Part 2)

77 5 0
                                    

Zyan's pov:

"And I guess you don't know about him too." -Tuan Amran mengalihkan pandangannya daripada aku seperti sedang memberi isyarat tentang seseorang yang sedang dibicarakannya.

Rasanya seperti ada seseorang yang sedang menghampiri kami. Aku pun ikut menoleh ke arah orang yang dimaksudkan Tuan Amran. Lelaki itu menghentikan langkahnya dan berdiri di sebelah Tuan Ammar.

Terlopong habis aku. Rasanya tak dapat dibesarkan lagi dah mata aku ni. Takkan lah. Jadi betul lah mamat ni anak Tuan Amran. Adam Afrand, mamat pantai tu. Dia anak Tuan Amran. Tu ertinya, dia adik Tuan Ammar lah. Lama giler aku terdiam. Macam tersekat pulak suara aku ni kat tekak.

Aku dapat lihat Tuan Amran dan Tuan Ammar dah buat muka pelik lepas dengar perkataan 'KAU' aku tu. Memang kaw kaw lah si Adam ni buat aku terkejut.

Si Adam ni dah betul-betul kat depan mata aku. Dia senyum pulak dah. Tertayang lagi lesung batu dia tu. Ni yang buat orang angau ni. Lantak kau lah nak senyum macam mana sekali pun.

End pov.

"Zyan Aluna. Great to see you, again." -Adam menekankan perkataan terakhir itu sambil tersenyum sinis.

Zyan masih terdiam tidak berkata apa-apa.

"Adam." -Tuan Amran memanggil anaknya itu. Adam menoleh ayahnya.

"Adam dah kenal dengan client kita, Zyan Aluna, ke sebelum ni? " -Tuan Amran memandang Adam menantikan jawapan, begitu juga dengan Ammar.

"Yes, pa. Kitorang memang dah kenal. Betul tak, cik Zyan?" -Adam memandang Zyan.

"Eer..betul, Tuan Amran." -Zyan tidak mampu berkata panjang.

"Well, that's good." -Ammar tersenyum memandang Zyan dan Adam berganti-ganti.

"True! So happy to hear that. So, papa rasa papa dan Ammar boleh tinggalkan kamu berdua for a while. Kamu berdua berbual lah. Papa dan abang kamu nak jumpa client-client yang lain." -Tuan Amran dan Ammar meninggalkan Zyan dan Adam berduaan.

"Eh, tapi.." -Percakapan Zyan dipotong oleh Adam.

"Tak payah nak tapi-tapi sangat lah." -Adam menyilangkan kedua tangannya ke dada.

Zyan hanya terdiam memandang Adam dengan muka tidak puas hatinya.

"Kau memang suka potong cakap orang eh? Macam atok-atok." -Zyan merenung Adam.

"Tak payah nak tiru aku lah, makcik. Kenapa eh? Lately, muka kau je aku jumpa. Kau sengaja ke ikut aku mana-mana?" -Kali ini, Adam pula yang merenung Zyan.

"Eleh. Tak hingin aku nak ikut kau." -Zyan menjeling.

Seorang pekerja menghampiri Adam.

"Excuse me, sir. Glad to inform that your car is now ready at the entrance." -Kata pekerja tersebut.

"Alright. Thanks, Remy." -Adam.

Melihat pekerja itu berlalu dari situ, Zyan pun merasa dirinya patut pulang.

"Ye, lah. Aku pun patut balik ni. Barang kat hotel tu pun banyak lagi kena pack. Esok dah nak balik dah." -Batin Zyan.

Baru saja Zyan hendak pergi, tangannya dicengkam oleh Adam sekaligus menghentikan langkahnya.

"Kau nak pergi mana?" -Adam menarik Zyan dekat dengannya.

"Ish, apa tarik-tarik ni? Aku nak balik lah. Lepas. Jangan pegang-pegang." -Zyan cuba melepaskan tangannya dari Adam.

Adam hanya diam merenung Zyan. Wajahnya bertukar serius.

"Ikut aku." -Arah Adam tenang.

"Hah?" -Zyan membuat muka pelik.

Adam tidak mempedulikan Zyan yang masih tidak faham. Tangan Zyan yang masih digenggamnya ditarik mengikut langkahnya.

"Eh, apa ni? Aku dah kata jangan tarik lah." -Zyan cuba melepaskan genggaman Adam tetapi tidak berhasil.

Adam membawa Zyan keluar dari dewan makan dan menuju ke lift. Sampai saja di hadapan lift, Adam menekan butang turun ke lantai bawah sementara Zyan masih berkeras minta dilepaskan. Di dalam lift, Adam masih tidak melepaskan tangan Zyan, begitu juga apabila mereka sampai di ground floor.

"Eh, Adam lepas lah. Sakit tau tak?!" -Zyan bertambah geram dengan Adam.

Adam hanya berdiam dan meneruskan langkahnya. Sesi tarik-menarik antara Zyan dan Adam itu berlangsung hingga ke pintu masuk perusahaan itu. Di luarnya, terlihat kereta Bugatti La Voiture Noire milik Adam sudah pun tersedia di tempat letak kereta khas bagi pemilik Mec.co.

Adam terus membawa Zyan menuju ke keretanya tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang ke arah mereka. Zyan yang baru terlihat kereta mewah Adam itu terus berhenti melawan.

"Fuyoo, Bugatti lah! Ni kereta kau ke? Mahal kereta ni." -Sempat lagi Zyan memuji kereta Adam.

"Dah, masuk." -Adam.

"Kau nak bawak aku ke mana, ha? Lepaskan tangan aku lah, wei." -Zyan mengeraskan badannya semula sewaktu Adam mengarahkannya untuk masuk ke kereta.

"Jangan degil, boleh tak? Masuk je." -Adam.

"Tak. Aku tak nak lah." -Zyan masih melawan.

"Masuk atau kau nak aku paksa dengan cara lain." -Adam merenung Zyan.

"Hah cuba lah buat. Aku tak takutlah kau tu, apalah sangat." -Zyan.

Adam tersenyum sinis merenung Zyan. Zyan mula tidak sedap hati. Adam mendekatkan badannya kepada Zyan. Zyan cuba melarikan diri tetapi dapat dihalang oleh Adam. Walaupun sudah memakai heels, ketinggian Zyan hanya mampu mencecah paras leher Adam dan itu memudahkan Adam untuk menghalang Zyan daripada melarikan diri.

Zyan yang hanya bersandar di pintu kereta itu cuba mengelak dari Adam yang semakin mendekat.

"Apa kau nak buat ni?" -Zyan menatap Adam.

Adam hanya diam dan merenung Zyan tajam. Zyan mula takut dan tidak selesa apabila wajah Adam hanya beberapa inci saja dari wajahnya.

"Ah yelah yelah. Aku masuk lah." -Zyan membuka pintu kereta Adam dan masuk.

Adam tersenyum puas.

"Aku acah je lah." -Adam pun masuk ke dalam keretanya sebaik saja Zyan menutup pintu.

Semasa berada di kereta, satu perkataan pun langsung tidak keluar dari mulut Zyan mahupun Adam, sehinggalah Adam memecut laju.

"Wei, perlahan lah sikit drive tu." -Zyan menoleh Adam sambil memegang kuat tali pinggang keselamatan yang dipakainya.

"Lembab lah makcik ni. Ni kereta sports. Dah ni je speed yang paling perlahan." -Adam.

"Eh, betul jugak. Ni kereta sports. Bukan Mini Cooper macam aku punya tu." -Zyan memandang tingkap menahan malu.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni?" -Zyan memandang Adam semula.

"Dah, jangan banyak tanya. Makcik duduk diam je eh?" -Adam masih memandang jalan di hadapannya.

"Buset dah. Dia ni memang mintak pelempang aku agaknya." -Batin Zyan.

"Hmm. Lantak lah. Wuahh, tak sangka aku naik Bugatti, kereta yang aku idam-idamkan selama ni. Bukan murah ni weh." -Zyan melihat-lihat sekeliling kereta tersebut.

Adam yang perasan akan tingkah laku Zyan itu hanya tersenyum bila melihat wajah terujanya.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuWhere stories live. Discover now