Bab 13: Gelisah

64 3 0
                                    

Zyan's pov:

Geram betul aku tengok perangai mamat ni. Muka bergaya dan tenang. Tapi mulut dan perangai, suka sangat memancing-mancing langkah kuda-kuda aku ni.

Ish, tak sedap pulak duduk ni. Macam ada sesuatu lah pulak kat seluar aku. Eh?? Ni duit aku tadi. Duit yang aku simpan kat pocket sebab nak bayar si Adam ni. Apalah mamat ni. Orang nak kasi duit dia tolak pulak. Apanya yang rugi? Cehh. Aku yang tak tenang duduk olehnya.

Bukan apa. Aku ni jenis yang tak suka berhutang budi apalagi mintak-mintak kat orang. Selagi aku mampu, aku akan cuba dapatkan benda tu guna usaha aku sendiri. Alah, dah lah dia panggil aku makcik sewel. Takkan lah aku nak berhutang dengan dia pulak. Ish, buat malu je. Mana boleh Zyan Aluna kalah dengan mamat sombong si Adam Afrand ni. Tak patut.

Dari tadi aku pandang mamat ni, fokus sangat dia drive. Hmm..sementara dia tak tengok ni, agak-agaknya ni lah peluang aku nak simpan duit ni kat handbrake dia ni. Kalau aku bagi terus, sah sah kena tolak lagi. Dengan bijak dan cermatnya, aku menggerakkan tanganku perlahan-lahan ke handbrakenya sementara badan dan pandanganku ku arahkan ke depan supaya si Adam ni tak perasan akan perbuatanku. Wahh!! Pandainya kau Zyan. Tak sia-sia kau tengok sinetron selama ni. Duit yang ku genggam tadi ku selitkan secara diam-diam di bawah handbrake. Aku lirik si Adam ni, matanya masih tertumpu pada jalanraya. Bagus lah.

Aku tersenyum beruk. Lantak lah macam mana rupa aku sekarang ni, yang penting aku puas. Alhamdulillah, ya Allah. Ringan lah sikit beban aku.

End pov.

Selepas pulang dari US,

Di rumah besar Tuan Haji Amran Syah..

"WHAT, PA??" -Adam yang sedang menghirup coklat panas itu tiba-tba menyemburkannya setelah mendengar percakapan ayahnya sebentar tadi.

Pagi-pagi lagi Adam dan ayahnya, Tuan Amran, berada di halaman rumah mewah mereka sambil duduk santai dan berbual-bual.

"Ish, Adam ni. Hati-hati lah minum tu. Nasib baik tak tersembur kat papa ni." -Tuan Amran yang masih memegang surat khabar itu memandang anaknya.

Adam segera mengambil tisu untuk mengelap coklat panas di bibirnya.

"So- sorry, pa. Adam terkejut betul tadi." -Adam menggaru lehernya yang tidak gatal.

Tuan Amran pelik melihat tingkah anak lelakinya itu.

"Tapi betul ke Zyan tu ahli biologi? Pap- papa serious ke?" -Adam masih tidak percaya.

"Yes, Adam. Zyan Aluna tu seorang ahli biologi dan dia bekerja di bawah organisasi WildPlan.et. Kamu tak tau ke? Katanya kamu dah kenal dengan Zyan tu. Takkan pasal ni pun kamu tak tau?!" -Tuan Amran menurunkan surat khabar yang dibacanya lalu memandang Adam pelik.

"Ye, tapi tak lah kenal sangat. Adam jumpa dia pun secara tak sengaja masa tengah vacation kat US masa tu. Tapi kitorang bukannya kawan pun, pa. Kenal pun macam tu je." -Adam mengalihkan matanya ke tempat lain.

"What do you mean? Korang bukan kawan? Habis tu?" -Tuan Amran kehairanan.

"Kenal tapi lebih kepada stranger." -Adam menjelaskan.

"Kamu tak suka dia?" -Tuan Amran semakin semangat bertanya.

"Of course! Adam bengang dengan dia ada lah. Adam tak suka orang cuai macam dia tu. Baru kali ni Adam jumpa perempuan kasar dan kuat menjawab." -Adam melepaskan bengangnya sambil menyandarkan badannya di kerusi taman rumah mereka.

"HAHAHA" -Tuan Amran ketawa secara tiba-tiba.

"Kenapa papa gelakkan Adam macam tu? Adam serious lah, pa." -Adam mula hairan melihat ayahnya itu.

"Tak. Papa pelik je. Kamu kata kamu bengang dengan dia, tapi pagi-pagi lagi kamu beria tanya pasal dia kat papa." -Tuan Amran menaikkan satu keningnya.

"Em..ish, papa ni. Adam tanya je." -Adam menghirup coklat panasnya semula.

Tuan Amran hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Okay lah, pa. Kalau macam tu Adam nak keluar kejap dengan Rafael. Adam pergi dulu, pa." -Adam menyalam tangan ayahnya.

"Alright, son. Hati-hati bawak kereta tu. Ingat, Adam. Jangan pandu laju-laju sangat." -Tuan Amran memperingatkan anaknya.

"Okay, boss." -Adam berlalu dari situ dan menuju ke kereta Lamborghininya.

Di Baristé Cafe..

"Betul ke yang kau cakap ni, Dam? Dia tu biologist?" -Rafael membesarkan matanya memandang Adam.

Adam hanya mengangguk sambil fokus melihat chat di phonenya.

"Wahh." -Rafael masih ternga-nga.

"Weh, tapikan tak sangka pulak si Adam yang kita kenal ni berani bawak perempuan naik Bugatti dia. Perempuan pertama ni. Tak pernah-pernah kau bawak perempuan naik kereta kau. Selalunya kau ni jual mahal sikit. Apa yang dah tak kena dengan Adam kita ni?" -Rafael menyindir Adam.

"Ish, diam lah kau. Merepek je." -Kata Adam sementara Rafael hanya ketawa.

Rafael memandang Adam sejenak.

"Dam." -Rafael masih memandang Adam.

"Hmm..apa?" -Adam menutup chat di phonenya lalu memandang Rafael.

"Haritu aku terserempak dengan Qirani kat mall." -Rafael.

"Betul ke? Lepas tu?" -Adam seakan-akan tidak percaya.

"Dia tengah shopping dengan Harraz dan anak mereka. Dia ada bawak aku berbual sikit." -Rafael.

"Ohh." -Adam menghirup jusnya.

"Dia ada cakap pasal kau, Dam." -Rafael.

"Dia cakap apa?" -Adam.

"Dia kata kat aku, dia masih tak dapat nak lupakan kau. Dia masih cintakan kau, Dam. Dia kata dia ada terserempak dengan kau masa lunch haritu dan dia cuba luahkan semuanya. Tapi kau taknak terima dia lagi. Dia sedih sangat pasal tu." -Rafael menceritakan.

Adam terdiam seketika.

"Aku tak faham lah Qirani ni. Aku tak cintakan dia dan aku dah move on pasal masa lalu tu. Dah kawin dah masih jugak kacau orang lain. Giler ke perempuan tu?" -Adam.

"Aku pun fikir macam tu, Dam. Aku takut kau termakan cakap dia. Dia sendiri yang tinggalkan kau dan kawin dengan Harraz. Sekarang dah ada anak, dia datang dan berharap lagi kat kau. Kau kena hati-hati, Dam. Aku taknak kau tersuka balik kat dia. Susah pulak nanti." -Rafael.

"Giler lah kau. Takkan lah aku nak perempuan tu. Aku ni masih waras. Walau terdesak sekalipun, takkan lah aku nak ambik isteri orang." -Adam.

Rafael ketawa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Eh, aku caw dulu. Lisa dah tunggu aku ni. Jumpa nanti bro." -Rafael berdiri dari duduknya.

"Okay. Have fun dating." -Adam tersenyum sementara Rafael tertawa malu.

Di rumah..

Adam's pov:

Kenapa eh? Sejak kat US masa tu aku jadi tak senang duduk? Pasal si Zyan ke?
Hmm..makcik sewel tu biologist rupanya. Patut semangat sangat masa jumpa anak penyu kat pantai tu.

Aku mengaku aku seronok jalan dengan dia. Dan aku mengaku yang dia nampak cantik. But why? Aku pun tak tau sebab kenapa aku bawak dia jalan lepas jumpa dengan dia. Tangan aku secara automatik pegang tangan dia dan lepas tu aku tak tau apa yang aku fikir.

Betul apa yang Rafael kata tadi. Selama ni tak pernah-pernah aku bagi perempuan masuk kereta aku. Apa yang tak kena dengan aku ni? Ish, runsing lah kepala aku ni dibuatnya.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz