Bab 18: Terpaksa

70 4 0
                                    

SmartGadget.Tech..

Adam yang baru saja sampai di perusahaan ayahnya itu tiba-tiba disapa oleh salah seorang pekerjanya.

"Good morning, tuan muda." -Seorang pekerja front desk receptionist menghampiri Adam.

"Morning, Linda. Ada apa?" -Adam menoleh ke arah Linda.

"Tadi ada seorang perempuan datang cari tuan. Saya bagitau dia yang tuan belum datang lagi, jadi dia suruh saya berikan bunga ni bila tuan dah sampai." -Linda menghulurkan sejambak bunga kepada Adam.

Adam mengangguk-angguk lalu mengambil bunga itu dari tangan Linda.

"Anything else?" -Adam memandang Linda.

"Tak. Em..maksud saya, I- Itu saja, tuan." -Tergagap-gagap Linda menjawab apabila melihat tatapan Adam itu.

"Alright, thanks." -Adam tersenyum sebelum melangkah ke officenya.

Linda yang masih berdiri dan terpaku itu dikejutkan oleh Maya.

"Wei, Linda." -Maya yang dari tadi mengintip Linda itu memanggilnya.

"Y- ye?" -Bahunya terangkat apabila panggilan Maya mengejutkannya.

"Apa yang kau buat lagi tu? Kau terpukau dengan tuan muda tu ke?" -Maya tersenyum miring.

"Ish, manada." -Linda kembali ke meja kerja mereka.

"Mengaku je lah. Tak payah nak malu-malu. Kalau pasal tuan muda tu, memang tak hairan lah. Semua orang dok berebutkan dia, aku pun termasuklah. Hehehe." -Maya tertawa sementara Linda hanya tersenyum menahan malu.

Adam meletakkan jambakan bunga itu di atas meja kerjanya.

"Lepas meeting je lah aku baca nota ni." -Adam meninggalkan ruang kerjanya dan bersedia untuk perjumpaan dengan clientnya.

Selepas meeting bersama client mereka dari UK, Adam terus menuju ke officenya. Punggung dilabuhkan di atas kerusi kerja dan phone yang dari tadi tersimpan di dalam pocket terus dibuka.

Bunga yang terletak di atas meja kerjanya direnung sebentar dan nota yang terselit di antara bunga-bunga itu diambil lalu dibaca.

"Hi, Adam. Nama I Tania. I lega sangat bila tahu yang you ni pewaris SmartGadget.Tech. I dah lama minat kat you, tau?! I tak pernah kenal lelaki handsome macam you ni.

ps: Ni nama ig I, TaniaTan. I tunggu you tau.

Love,
Tania.

Sedang asyik Adam merenung nota tersebut, tiba-tiba pintu officenya dibuka dari luar.

"Assalamualaikum, anak mommy." -Seorang wanita cantik dalam lingkungan awal 40an melangkah masuk ke ruangan Adam.

Adam yang tidak menjangkakan kedatangan ibunya itu terus menolehnya. Nota yang masih di tangan terus diletakkan semula ke dalam bunga.

"MOM?? Waalaikumsalam. Mommy buat apa kat sini?" -Adam bangkit dari duduknya lalu menyalam tangan ibunya.

"Mommy saja je. Tak boleh ke mommy nak tengok anak mommy kerja?" -Puan Sri Maria melangkah ke sofa.

Adam tersenyum sambil mengekori ibunya itu.

"Bukan macam tu, mom. Adam hairan je. Bukan selalu mommy datang tengok Adam kerja." -Adam melabuhkan punggung di atas sofa yang bertentangan dengan ibunya.

"Ye lah. Mommy mengaku lah. Mommy memang datang nak tengok Adam tapi ada hal lain jugak yang bawak mommy ke sini sebenarnya." -Puan Sri Maria memandang anaknya yang baru saja duduk itu.

"Hal? Hal apa?" -Adam bersandar pada sofa.

"Mommy nak Adam temankan anak kawan mommy lunch nanti. Boleh kan?" -Puan Sri Maria menaikkan keningnya.

"WHAT? Maksud mommy?" -Adam yang terkejut akan permintaan ibunya secara tiba-tiba itu bangkit dari bersandar.

"Kawan mommy, Puan Winda tu kan ada anak perempuan nama dia Bella. Bella tu baru je balik dari Korea dan sebab tu mommy nak Adam teman Bella lunch hari ni." -Kata Puan Sri Maria.

"But why Adam, mom? Adam tak kenal pun anak Puan Winda tu." -Adam sudah tidak senang duduk.

"Sebab tu lah Adam kena lunch dengan dia supaya kamu boleh kenal-kenal dengan Bella tu. Mommy dah jumpa dah dengan Bella. Cantik orangnya." -Puan Sri Maria cuba memujuk Adam.

Adam hanya terdiam. Fikirannya bercampur-baur sekarang ini.

"Dan lagi satu. Papa dah tahu pasal ni dan papa setuju. Jadi takpe lah kalau sekiranya Adam balik lewat sikit lepas lunch nanti." -Kata Puan Sri Maria.

"But mom.." -Kata-kata Adam terpotong.

"Takde tapi-tapi, Adam Afrand. Mommy bukannya nak paksa kamu nak bercinta dengan Bella. Mommy cuma nak kamu pergi temankan dia je. Manalah tau kamu boleh terpikat bila dah jumpa. Tapi kalau kamu tak suka pun takpe. Mommy tak paksa, sayang." -Puan Sri Maria bangkit dari duduknya dan terus mencium pipi Adam.

"Fine. Adam buat ni pun sebab mommy yang nak, tau?!" -Adam turut berdiri.

"Macam tu lah anak mommy." -Pandangan Puan Sri Maria tiba-tiba tertumpu pada bunga yang dari tadi ada di atas meja kerja anaknya itu.

"Bunga siapa ni, Adam? Kamu ke yang beli?" -Puan Sri Maria mendekati meja kerja Adam.

"Sudah." -Batin Adam.

"Em..tadi ada orang kirim bunga tu untuk Adam. Sebelum ni pun ada jugak Adam dapat kiriman bunga macam ni dari perempuan-perempuan mana entah." -Adam menghampiri ibunya yang sibuk memegang dan melihat-lihat bunga itu.

"Wah, diam-diam anak mommy yang seorang ni banyak peminat rupanya. Jadi..macam mana?" -Puan Sri Maria tersenyum miring memandang anaknya itu.

"Jadi apa?" -Adam cuba memahami maksud ibunya itu.

Puan Sri Maria mengeluh perlahan.

"Ish, apalah Adam ni?! Tu pun tak faham ke? Maksud mommy, Adam dah ada pilihan hati ke?" -Keningnya diangkat-angkat.

"HAH? Ish, apa mommy ni? Pasal tu Adam belum fikir lagi lah." -Adam bersandar pada meja kerjanya.

Puan Sri Maria tertawa.

"Kan ramai yang bagi Adam bunga tu. Takkan seorang pun takde yang mampu nak pikat hati kamu." -Puan Sri Maria menepuk-nepuk bahu Adam.

"Adam belum ready lagi. Lagipun, diorang tu tak sesuai ngan Adam." -Adam mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Yelah. Dah. Mommy nak balik ni. Adam jangan lupa pulak. Lepas ni Adam kena lunch dengan Bella. Tempatnya..Nicko's Resto & Cafe." -Adam menyalam tangan ibunya.

"Okay, mom. Hati-hati balik tu." -Adam membukakan pintu untuk ibunya itu.

"Alright, sayang. Bye." -Puan Sri Maria mencium pipi anaknya itu sebelum berlalu pergi.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuWhere stories live. Discover now