Tolong (Part 2)

52 3 2
                                    

Malam itu..

Di rumah Haji Amran Syah..

"Adam?" -Puan Sri Maria menghampiri anaknya diruang tamu.

"Eh, mom?" -Adam menoleh ibunya yang baru saja melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengannya.

"Mommy tak tidur lagi?" -Pandangannya beralih semula ke arah skrin laptop di hadapannya.

"Belum. Adam sibuk ke? Mommy kacau eh?" -Puan Sri Maria memandang anaknya yang masih sibuk dengan laptop itu.

"Ermm..tak. Why mommy tanya ni?" -Adam memandang ibunya.

"Takde, saja je nak kacau anak mommy ni kerja." -Usik Puan Sri Maria.

Adam tersenyum sementara jarinya masih aktif menekan butang keyboard.

"So, how's work?" -Tanya Puan Sri Maria.

"So far so good, mom." - Jawab Adam.

Matanya masih tertumpu pada laptop.

"Glad to hear that." -Lengan anaknya itu ditepuk lembut.

"Oh, ya. You know what? Mommy ada hal nak cerita kat Adam ni." -Anaknya itu dipandang.

Adam menoleh ke arah ibunya yang terlihat teruja itu.

"Masa keluar tadi, ada hal tak baik dah jadi kat mommy, tau?!" -Puan Sri Maria memberitahu.

"Tak baik?" -Adam memandang ibunya pelik. Keningnya dinaikkan.

Puan Sri Maria mengangguk mengiyakan.

"Hal apa, mommy? Memangnya mommy pergi mana tadi?" -Tanya Adam.

"Tadi mommy pergi belanja kat mall. Adam tau tak? Rupa-rupanya mommy tak perasan card credit mommy tertinggal kat supermarket." -Bersemangat Puan Sri Maria bercerita.

Adam memandang ibunya.

"Then? Mommy dapat balik tak card credit mommy tu?" -Tanya Adam.

"Yep. Guess what? Ada seorang perempuan ni punya lah sanggup kejar mommy sebab nak pulangkan card credit tu." -Jelas Puan Sri Maria.

"Mommy ada bagi wang kat dia. Mommy kata wang tu sebagai tanda terima kasih tapi dia tolak." -Tambahnya.

Adam memandang ibunya selamba.

"Bagus lah tu. Sekarang pun bukan senang nak jumpa orang yang ikhlas nak tolong kita." -Adam memandang ibunya sambil tersenyum.

"Yes. Sebab tu mommy kagum dengan dia. Kalau card credit tu jatuh ke tangan orang lain, belum tentu kena pulangkan balik." -Kata Puan Sri Maria.

Adam mengangguk setuju.

"Kalau Adam nak tau, perempuan tu muda lagi. Sebaya dengan Adam. Cantik orangnya." -Sindir Puan Sri Maria.

Adam mula rasa semacam. Jari-jarinya yang aktif tiba-tiba semakin perlahan menekan butang keyboard laptopnya itu.

"Mommy nak jodohkan Adam dengan dia ke?" -Tanya Adam selamba.

"Bingo!" -Puan Sri Maria menepuk tangannya.

"Mommy ni. Tengok muka dia pun belum. Adam taknak lah." -Kata Adam selamba.

"Lagipun, Adam muda lagi. Baru nak masuk 24 tahun. Adam belum ready lah nak cakap pasal tu." -Tambahnya.

"Ye, Adam Afrand. Mommy faham sangat. Mommy takkan paksa kamu pun. Tapi mana lah tau kamu terrr..jumpa dia kat mana-mana dan jatuh cinta?!" -Puan Sri Maria menahan tawa.

Adam hanya tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Dah lah. Mommy nak masuk tidur." -Puan Sri Maria bangkit dari duduknya.

"Ye lah kan? Mesti mommy dah penat." -Adam meneka.

"Ye, penat! Penat tunggu Tuan Amran kamu tu balik. Lama sangat mesyuarat penting dia kat US tu." -Rajuk Puan Sri Maria.

Adam tertawa kecil.

"Memangnya bila papa nak balik?" -Tanya Adam.

"Lusa." -Keluh Puan Sri Maria.

"Ohh." -Adam mengangguk perlahan.

"Alright. Mommy naik dulu eh?! Adam pulak, jangan tidur lewat." -Pipi anaknya itu dicium.

"Okay." -Adam membuat isyarat 'okay' dengan jarinya.

"Goodnight, dear." -Puan Sri Maria melangkah menuju pintu ruang tamu itu.

"Goodnight." -Balas Adam sambil memerhatikan ibunya itu.

Pandangannya beralih pada laptop di hadapannya. Sesekali matanya memandang sekilas jam dinding yang ada di ruang tamu itu. Jam baru menunjukkan pukul 10:45pm.

Entah kenapa, nama dan wajah Zyan Aluna mula terlintas di fikirannya. Fikirannya melayang. Lucu sekali bila mengingat masa-masanya bersama wanita itu. Senyuman tiba-tiba terbit di bibirnya.

"Zyan tu cantik apa?! Kau langsung tak rasa apa-apa ke kat dia?" -Kyle.

"Bukan senang nak cari perempuan macam Zyan tu. Dia tak sama macam perempuan-perempuan gedik kat luar tu ha." -Farhan.

"Aku rasa dia tu tak biasa kalau lelaki sentuh dia kot?!" -Rafael.

Kata-kata Kyle, Farhan dan Rafael terngiang-ngiang di kepalanya.
Adam menarik nafasnya panjang dan menghembusnya.

"Ish, apa yang aku mengarut ni?!" -Adam menepuk-nepuk dahinya.

Laptopnya itu ditutup.

"Sambung esok je lah." -Adam mengangkat laptopnya itu dan naik ke tingkat atas.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuWhere stories live. Discover now