Malang (Part 3)

57 4 2
                                    

Zyan's pov:

Ni semua gara-gara kau lah, Zyan. Punya lah beria sangat nak balik sampai tepung pun tak ingat. Dah lah kereta mamat tu laju. Lamborghini lah kan. Apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan kereta aku ni. Macam cheetah dengan siput sedut.

Ke mana lah mamat tu pergi? Fikir cepat, Zyan.

Fikir punya fikir, tiba-tiba satu nama ni terlintas kat kepala aku. Aku tersenyum lega. Pandai kau, Zyan. Tak sia-sia kau tanam pokok kismis kat belakang rumah.

Ya. SmartGadget.Tech. Si Adam tu mesti pergi kat perusahaan dia tu. Memang tak sah lagi.

Tanpa berlengah, aku memecut keretaku menuju ke perusahaan itu. Tak lah laju sangat. Sempat jugak lah kena potong dengan basikal dan beca antik.

End pov.

Adam baru saja sampai di SmartGadget.Tech. Baru saja hendak masuk ke bangunan, langkahnya terhenti apabila matanya menangkap sesuatu di tempat duduk belakang keretanya. Spec hitam yang dipakainya dibetulkan.

Barang itu dipandang seketika. Secara tiba-tiba, senyuman terbit di bibir lelaki itu. Adam lalu meninggalkan keretanya dan masuk ke perusahaan.

"Mati lah aku. Dari tadi aku tak nampak pun kereta mamat tu. Kat basement pun takde. Dia balik ke rumah ke? Alah, tak mungkin lah." -Zyan memutar-mutarkan keretanya di parking lot mencari kereta Adam.

Selepas memarkir kereta, Zyan bergegas menuju pintu masuk utama.

"Terendah betul aku rasa tiap kali datang ke SmartGadget.Tech ni. Besar giler bangunannya. Tinggi tu tak payah cakap lah. Kalau masuk pertandingan skyscraper tertinggi di dunia, memang pass punya." -Terkocoh-kocoh Zyan berjalan ke pintu masuk.

"Assalamualaikum, cik." -Zyan yang kelam-kabut menemui seorang receptionist di ground floor.

"Waalaikumsalam, miss. Welcome to SmartGadget.Tech. May I help you?" -Receptionist itu menyapa dengan mesra.

"Alamak aii. Lain macam pulak aku rasa. Malu ada, segan pun ada. Kemas betul penampilan diorang semua ni. Memang patut lah perusahaan ni terkenal sangat. Aku pulak, dah macam rupa gelandangan tepi jalan je aku tengok. " -Batin Zyan.

"Ruang kerja Adam tingkat berapa, cik?" -Zyan menarik nafas panjang.

"Cik nak jumpa Tuan Adam ke? Office Tuan Adam ada di tingkat 100, cik." -Receptionist itu tersenyum mesra.

Terbuntang mata Zyan mendengarnya.

"Biar betul kau! Berapa banyak tingkat bangunan ni ada? Tinggi giler weh." -Batin Zyan.

"T- Terima kasih, cik." -Zyan melemparkan senyuman hambar kepada receptionist itu.

"You are very welcome." -Receptionist itu tersenyum.

Zyan melangkah dengan wajah peliknya. Sambil-sambil itu matanya liar mencari-cari lift.

"Masa aku datang pameran hari tu, hall dia tingkat 10 je. Aku masih boleh terima semua tu. Tapi ni dah sampai tingkat 100. Ni perusahaan ke sky tower? Kurang hasam betol." -Zyan menuju lift.

"Biar betul. Tak pasal-pasal aku kena naik lift lagi. Dah lah aku trauma sangat naik lift sebab kejadian masa kecik tu. Malang betul lah." -Zyan menekan butang lift di hadapannya dan masuk sebaik saja pintu lift itu terbuka.

"Kalau bukan disebabkan mamat tu, tak ingin aku naik lift ni. Entah selamat ke tak. Mudah-mudahan lah lift ni tak rosak macam kat dalam tv tu." -Batin Zyan sambil menekan butang naik ke atas.

"OI MAK KAU!" -Terperanjat Zyan sebaik saja lift itu bergerak laju ke atas.

Tangannya memegang kuat handrail yang sudah tersedia di situ. Ya. Takut akan ketinggian adalah antara sebab Zyan selalu menghindar daripada menggunakan mana-mana lift.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuOnde histórias criam vida. Descubra agora