Bab 10: Dia anak CEO?

83 3 0
                                    

Zyan's pov:

Hari ni aku nak pergi SmartGadget.Tech. Aku dengar ada pameran gadget kat sana. Siapa yang tak tau SmartGadget.Tech, perusahaan gadget terkenal?! Pemiliknya Tuan Haji Amran Syah, pengusaha kaya. Kalau nak tau, banyak alat canggih mahal dicipta oleh perusahaan ni. Gadget-gadgetnya canggih dan mahal sebab semuanya diperbuat dari barangan berkualiti yang diimport dari luar negara. Bukan senang nak dapat. Sebab tu banyak client dari luar negara datang beratur bagi penawaran bergabung kerja dengan perusahaan ni.Tak sabar aku nak cuci mata kat sana. Memang pun aku nak tengok-tengok peralatan kerja kat SmartGadget.Tech ni. Sebagai seorang biologist, aku tau aku akan banyak travel kat luar negara. Masa kat US tu adalah kali pertama untuk aku dan lepas ni aku mungkin akan kerap travel lagi. Bukan senang nak kerja dengan binatang liar. Banyak benda aku perlukan terutamanya camera berkualiti tinggi. Sebab tu aku rasa ni lah peluang aku nak tengok peralatan baru kat perusahaan tu.

Selesai bersiap, aku menaiki kereta Mini Cooperku dan terus berangkat.

End pov.

SmartGadget.Tech..

"Adam dah ready?" -Adam menoleh ayahnya yang tiba-tiba masuk ke ruangannya.

"I guess so, pa." -Adam tersenyum.

"Good. Later, papa akan jumpa client-client papa dari Japan dan Russia. I know this is your first time. Jadi, nanti Adam buat je macam biasa." -Tuan Haji Amran Syah memegang bahu anaknya itu.

"Okay. Thanks, pa." -Adam tersenyum.

"Alright. I'll leave you for now. Jumpa kat exhibition room kejap lagi." -Tuan Haji Amran Syah menepuk bahu Adam sebelum melangkah keluar.

"Alright. See you later, pa." -Adam.

Tepat jam 9:00am, ruang exhibition SmartGadget.Tech sudah dipenuhi ramai.

Zyan baru tiba di perusahaan tersebut dengan kereta Mini Coopernya.

"Fuyoo!! Besar giler bangunan ni, cantik pulak tu. Takde calar sedikit pun." -Zyan sungguh teruja melihat luar bangunan SmartGadget.Tech.

Zyan melangkah masuk ke bangunan.

"Assalamualaikum, cik." -Zyan menyapa receptionist.

"Waalaikumsalam, Mrs. Selamat pagi dan selamat datang ke SmartGadget.Tech. Ada apa-apa yang boleh saya bantu, cik?" -Receptionist itu menjawab mesra.

"Saya nak tumpang tanya, kat mana dewan pameran ye?" -Zyan.

"Exhibition room di tingkat 10. Cik nak attend pameran jugak ke?" -Receptionist.

"Ye." -Kata Zyan singkat.

"Oh. Welcome to today's exhibition and have fun, cik." -Receptionist itu memberi senyuman.

"Thank you." -Zyan terus mencari lift untuk menuju ke tingkat 10.

"Alamak, kena naik lift pulak. Aku memang takut naik seorang-seorang ni." -Batin Zyan sambil matanya liar mencari-cari lift.

Semasa menuju ke lift, tiba-tiba Zyan terlihat orang ramai yang sedang berdiri di hadapan lift-lift di situ.

"Eh, diorang tu mesti datang nak tengok pameran jugak. Lebih baik aku ikut naik sekali." -Bergegas Zyan masuk ke dalam lift dengan orang ramai.

Sesampainya di dewan pameran, Zyan terkejut melihat orang ramai yang sudah pun berada di luar dewan pameran itu.

"Mak ai. Ramai betul orang kat sini. Betul ke nak tengok pameran ni? Macam nak hadiri majlis perkahwinan pun ada." -Batin Zyan.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuWhere stories live. Discover now