Bab 15: Perkahwinan

88 5 2
                                    

Zyan's pov:

Today's a big day. Hari ni adalah hari perkahwinan sekaligus majlis resepsi kawan aku, Amylea Barizah, dan Muhammad Izhar Musayyad. Bahagianya tengok kawan kitorang yang sorang ni kawin dengan jejaka pilihannya. Kalau nak tau, bukan senang tau nak pikat si Amy ni. Lagi-lagi standard dia ni tinggi melangit. Type si Amy ni pulak, selalunya mat saleh dan mamat-mamat hot. Tapi, jodoh Allah siapa yang tau kan?! Amy memilih seorang lelaki melayu sebagai teman hidupnya. Akhirnya, hubungan diorang sampai jugak ke jinjang pelamin. Hmm..beruntungnya lelaki yang dapat si Amy ni.

Amy jadikan aku, Adellea, Sarah, Hana, Trisha, Inara dan Marwa sebagai bridesmaid dia. Memang tak sah lah bridesmaid dia ni tak gila-gila. Mesti je ada hal kelakar yang berlaku.

Si Amy pulak, memang cantik tak terkata. Tak pernah-pernah kitorang tengok dia secantik ni. Amy mengenakan wedding dress berwarna putih suci yang dihiasi manik-manik yang sudah pastinya mahal. Ditambah pula dengan veil panjang dan high heels, Amy terlihat anggun. Sebak pulak bila tengok dia memegang flower bouquet sambil berganding tangan dengan pasangannya, Izhar Musayyad yang terlihat kacak dalam cara melayu putih itu. Dastar yang menghiasi kepala dan samping yang dipakai rapi menyempurnakan lagi penampilannya.

"Selamat pengantin baru, Amy sayang." -Kata kami serentak.

"Thank you, korang." -Amy memeluk kami.

"Cantiknya kau, Amy. Memang untunglah si Izhar tu dapat kau." -Sarah menepuk-nepuk tangannya kerana teruja.

"Betul tu. Aku pasti yang si Izhar tu takkan berani tengok perempuan lain selain kau." -Hana menambah.

"Ish, korang ni. Malu lah aku. Btw korang pun cantik apa." -Amy tersenyum manis.

"Alah, kawan kita ni dah kawin lah. Macam mimpi pulak aku rasa." -Adellea memeluk bahu Amy.

kitorang pun apalagi? Kitorang ikut jugak peluk-peluk si Amy ni.

"Dah, dah. Korang jangan nak buat aku nangis pulak. Hancur pulak make up aku ni nanti." -Kami semua tertawa sambil berpelukan.

Acaranya pulak meriah sangat. Bukan Amy namanya kalau acaranya tak besar-besaran. Ala-ala perkahwinan kerabat diraja. Memang lit lah. Tambahan pulak, baju resepsi si Amy ni berkilau-kilau. Dah macam lampu disco dah aku tengok. Silau mata kitorang melihatnya. Masa acara tarian, aku dah sengih-sengih tengok si Amy ni menari dengan husband dia. Sweet giler lah.

Selesai je majlis perkahwinan dan resepsi si Amy dan Izhar, para tetamu jemputan meminta diri untuk pulang termasuklah kitorang, kawan-kawan si Amy ni. Yelah kan, takkan lah nak berkepit dengan si Amy sepanjang masa. Kesian husband dia takde peluang nak bermanja. Raja sehari pun kena berehat. Lagipun, semua orang mesti dah penat lepas bertungkus-lumus nak jayakan majlis ni.

End pov.

"Amy, Izhar. Kitorang nak balik dulu lah ye. Tahniah ye atas perkahwinan korang." -Trisha dan yang lain bersalaman dengan Amy yang masih duduk di atas pelamin.

"Alah, cepatnya nak balik." -Amy mengerutkan dahinya.

"Ye. Lagipun korang sebagai suami isteri jugak kena berehat. Pasti korang penat kan?!" -Marwa mencium kedua pipi Amy.

"Hmm..ye betul jugak. Apa-apa pun thank you korang sebab datang ke majlis aku ni." -Amy tersenyum manis.

Kini, sampai giliran Sarah bersalaman dengan Amy.

"Congrats, Amy." -Sarah tersenyum memandang Amy.

"Thanks, Sar." -Amy dan Sarah berpelukan.

"Ingat, Amy. Malam ni malam pertama kau." -Sarah berbisik di telinga Amy.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuWhere stories live. Discover now