Bab 19: Lunch

62 4 5
                                    

Pagi-pagi lagi Zyan terlihat ceria sambil bernyanyi ketika turun ke dapur untuk bersarapan. Memang wajar Zyan begitu gembira kerana hari ini Zyan tidak bekerja.

"Haii! Senangnya dalam hati, hari ini tak kerja, seperti dunia ana yang punya." -Zyan masuk ke dapur sambil menyanyi.

"Ish, bising lah kau ni Zyan. Sakit telinga aku ni dengar suara kau, tau tak?" -Shireen, kakak sulung Zyan yang sedang menikmati sarapannya terus menegurnya.

"Alah, kalau suara aku sedap, cakap je." -Zyan mengambil tempat duduknya dan terus menyenduk nasi goreng ke pinggannya yang sudah terletak kemas di atas meja.

"Muka hang! Suara ayam lagi sedap lah." -Shireen membalas.

"Alah, diam lah kau. Macam lah suara kau sedap sangat." -Zyan tidak mahu mengalah.

Perdebatan antara dua beradik itu berlangsung tanpa menghiraukan ibu mereka yang dari tadi memerhatikan perangai mereka yang kebudak-budakan itu.

"Shireen, Zyan! Sudah-sudah lah bising tu." -Shireen dan Zyan terdiam.

"Kamu ni Shireen. Kamu sebagai kakak tu kena lah jadi contoh untuk adik kamu ni. Tak lama lagi kamu tu nak kawin. Perangai pun kena lah ubah. Apa kata mak mertua kamu nanti?!" -Puan Faridah menasihati anak sulungnya itu.

"Betul kata mak tu. Tak lama lagi nak jadi pengantin baru." -Zyan menambah.

"Kamu pun sama. Jangan nak sakat sangat akak kamu ni. Kamu tu bukan budak-budak lagi, Zyan. Umur kamu dah 26 tahun. Bila lagi kamu nak dapatkan mama menantu? Akak kamu ni pun dah umur 29 tahun baru nak kawin. Kamu pulak, takkan nak tunggu umur 40 baru nak kawin?!" -Puan Faridah bercekak pinggang.

Zyan tersentap.

"Alah, mak. Hal tu nanti lah Zyan fikir. Lama lagi lah." -Zyan meneguk jusnya.

"Tak payah nak nanti-nanti sangat. Umur mak ni, mak pun tak tau nak bertahan sampai bila. Tup..tup..mak takut mak tak sempat nak tengok kamu bersanding. Mak ni dah tua. Kamu tak kesian kat mak ke?" -Puan Faridah masih membebel.

"Ish, mak ni. Jangan lah cakap macam tu. Yelah tu, mak. InshaAllah nanti ada lah jodoh Zyan tu. Mak sabar je eh?!" -Zyan menaik-naikkan keningnya.

"Hm..dah. Lepas makan ni, mak nak kamu pergi kedai belikan mak barang dapur. Nanti mak bagi list barangan yang perlu kamu beli." -Zyan hanya mengangguk-angguk sambil mengunyah makanannya.

"Dan lagi satu. Kaki tu turunkan. Selalu je mak perhatikan kamu ni, Zyan. Duduk tu biarlah sopan dan ayu macam akak kamu ni. Baru lah ada lelaki yang nakkan kamu. Ini tak. Duduk pun dah macam nak bersilat mak tengok." -Puan Faridah memukul lembut kaki Zyan.

"Aduhh..yelah. Dah terbiasa." -Zyan mengaduh dan menggosok-gosok kakinya.

---------

Sewaktu makan tengahhari, Adam memandu Lamborghininya ke Nicko's Resto & Cafe. Tiba saja di restaurant itu, Adam memarkir keretanya betul-betul di hadapan bangunan tersebut.

"Welcome to Nicko's Resto & Cafe." -Seorang hostess restaurant menyapa Adam dengan mesra.

"Hello. I have a reservation under the name of Adam Afrand." -Adam memberitahu.

"Sure, Tuan Adam. We've been waiting for you. Let me show you to your table." -Adam hanya mengikuti hostess tersebut ke mejanya.

Adam berjalan mendekati meja yang ditempahnya dan di situ terlihatlah seorang wanita cantik sudah pun duduk di kerusi meja tu. Wanita itu tersenyum memandangnya dan langsung berdiri.

"Adam?! I'm Bella." -Bella menghulurkan tangannya untuk bersalam sebagai tanda perkenalan.

Adam memandang sekilas tangan Bella.

"Nice to meet you. Have a seat." -Adam mempersilakan Bella duduk tanpa menghiraukan Bella yang masih menghulurkan tangan kepadanya.

Bella sempat terasa akan kelakuan Adam yang seakan-akan menolak dirinya. Tapi dia tidak akan berputus asa. Memang sudah lama dia menantikan saat ini. Adam bukan saja anak seorang pengusaha kaya tetapi juga merupakan seorang ahli physic yang berjaya. Ditambah pula dengan tubuhnya yang tinggi dan tegap, dan rupa parasnya yang tampan. Wanita mana yang tidak tergoda?!

"So, how are you doing?" -Bella memulakan pembicaraan.

"Alhamdulillah, I'm good. How about you?" -Keningnya diangkat.

"I'm great. I tak sangka dapat jumpa dengan you. I memang betul-betul nak jumpa dengan you sebab tu I balik cepat-cepat. Pagi tadi I dah jumpa dengan mama you tau." -Mata Bella tidak beralih daripada Adam.

"Well, that's sweet. Thanks." -Adam tersenyum manis.

Dalam masa mereka berbual, seorang pelayan tiba-tiba datang ke meja mereka untuk menghantar pesanan.

"You single kan? I pun single." -Bella merenung Adam sambil tersenyum. Jari-jari sudah bermain dengan rambutnya yang terurai panjang.

"Sudah." -Batin Adam.

"Sebenarnya, I baru je putuskan bf I. Lagipun ramai lelaki yang kejar-kejar I tapi I je yang taknak diorang semua tu." -Bella tersengih sendiri.

Tidak hairan lah kerana Bella seorang wanita yang cantik, berkulit cerah dan berambut panjang. Sudah pasti ramai lelaki tertarik akan kecantikannya.

Adam yang meneguk minumannya hanya mengangguk perlahan.

"I suka sebab mama you kawan mama I. Mama you baik dan cantik orangnya. I suka mama you dan..I rasa I dah terpikat dengan you, Adam." -Bella menatap Adam yang baru menyuapkan makanan ke mulutnya.

Adam yang terkejut dengan pernyataan Bella itu terus memandangnya.

"I'm sorry. What did you say just now? Awak terpikat kat saya?" -Adam menatap Bella selepas meneguk minumannya.

Bella tertawa manis.

"Yes, Adam. I suka kat you. Dah lama I suka you." -Bella masih menatap Adam.

"Are you sure? Mamat Korea tak handsome ke?" -Terdapat unsur sindiran dalam soalan Adam yang membuatkan Bella seolah ditampar ketika itu.

"Adam..Adam. Of course lah lelaki Korea handsome-handsome. Tapi cuma you je yang boleh ambik hati I." -Bella merenung Adam sambil tersenyum gedik.

"Is this some sort of joke? Lebih baik kita bahas hal lain, alright?" -Adam mulai tidak selesa.

"No, Adam. I serious ni. I betul-betul jatuh cinta dengan you. Please Adam. I harap you boleh bagi I peluang.." -Tangan Bella sudah merayap di atas meja hampir memegang tangan Adam tetapi dengan pantas Adam sempat mengalihkan tangannya daripada disentuh Bella.

"I'm sorry, Bella. I can't. Saya lunch dengan awak bukan untuk dengar luahan hati awak." -Riak wajah Adam berubah.

"Adam, I tak tipu. I nak you je." -Bella masih berkeras.

"Please, Bella. Kita tak payah cakap pasal benda ni, okay?" -Adam cuba menukar topik.

"No, Adam. I nak you tau pasal ni. Sebab tu I pujuk mama you supaya suruh you lunch dengan I." -Bella mengaku.

Adam berusaha untuk bertenang walaupun sedang berhadapan dengan Bella yang mendesaknya ketika ini.

"I merayu, Adam. I kurang apa di mata you?" -Bella masih berusaha meyakinkan Adam untuk memberinya peluang.

"Enough, Bella. Awak boleh dapat yang lebih baik daripada saya." -Adam berdiri dari duduknya.

"Adam, please dengar apa yang I nak cakap. Don't leave me." -Bella memegang lengan Adam untuk mencegahnya daripada pergi.

Banyak mata yang memandang ke arah mereka saat ini. Ditambah pula apabila Bella nekad memegang tangan Adam sambil merayu.

"I'm sorry, Bella. I appreciate your time but I have to go now." -Adam melepaskan tangan Bella dan berlalu dari situ.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuWhere stories live. Discover now