Bab 23: Tolong (Part 1)

57 3 0
                                    

Zyan's pov:

Aku dalam perjalanan balik dari kerja. Awal pulak aku balik hari ni. Perut ni dah berbunyi tanda nak mintak isi. Penat dan lapar. Ya. Tu yang aku rasa masa ni. Aku belum makan lagi dari masa lunch tadi. Tiba-tiba teringin pula nak makan buttermilk chicken. Sudah. Baru je terbayang kat kepala dah berbunyi balik perut aku ni.

Aku memandu kereta menuju mall berdekatan. Tu je kedai paling dekat setakat ni. Kalau nak pergi kedai runcit, kena patah balik lah maknanya.

Sampai je kat mall, aku terus turun masuk ke supermarket. Taknak pulak lama-lama kat kedai. Aku terus bergegas mencari bahan yang aku perlukan.

Kakiku aku arahkan ke sana-sini mencari peti ais kat kedai tu. Besar betul lah kedai ni, sampai sesat aku dibuatnya.

"Yes, dah dapat! Dada, bahagian yang paling aku suka dekat ayam. Sekarang kena cari tepung, butter dan susu cair pulak." -Kataku pada diri sendiri.

Setelah berpuas hati dengan hasil belanjaanku, aku menuju ke kaunter pembayaran.

"Walah!" -Terkejut aku bila tengok semua kaunter pembayaran penuh.

Nampaknya, terpaksa lah aku beratur sekali.

Nasib baik lah waktu tu tinggal aku dengan seorang wanita ni je kat cashier tu. Semasa beratur, aku memandang wanita di hadapanku itu. Cantik betul dia. Aku pandang betul-betul, usianya mungkin dalam lingkungan awal 40an. Tak kisah lah, yang penting wajah dan penampilannya begitu cantik. Mataku asyik memandangnya yang sedang memasukkan hasil belanjaannya yang sudah dibayar ke dalam shopping cart. Tanpa aku sedar, wanita tu perasan aku tengok dia. Sesekali dia tersenyum ke arahku dan aku membalasnya dengan senyuman. Terasa rendah pulak diri aku. Apa lah sangat senyuman aku ni?! Nak kata manis, tak jugak. Macam minah gangster ada lah. Nak kata ayu, jauh sekali.

Setelah wanita itu berlalu, maka tiba lah giliranku. Aku meletakkan bakul belanjaanku di atas kaunter.

Tiba-tiba..

"PUAN! PUAN!" -Cashier kat hadapan aku ni menjerit memanggil-manggil wanita tadi.

"Kenapa cik?" -Tanyaku sambil memandang cashier yang berubah cemas itu.

"Card credit puan tu tertinggal, cik." -Kata cashier itu sambil menunjukkan card credit di tangannya.

Mataku membulat.

"Macam mana pulak boleh tertinggal ni, cik? Kena pulangkan cepat!" -Aku pun dah ikut cemas dibuatnya.

Fikir Zyan fikir. Alah, tak payah nak fikir sangat lah.

"Takpe lah. Biar saya je yang pulangkan kat dia. Harap-harap dia belum jauh lagi." -Kataku terus merampas card credit itu dari tangannya.

Aku berlari keluar supermarket. Punya lah ramai orang kat mall ni. Susah pulak aku nak cari wanita tu.

"Dia pergi kiri ke kanan ni?" -Mataku liar mencari kelibat wanita itu.

"Pakcik. Pakcik ada nampak seorang perempuan keluar dari kedai dengan shopping cart tak?" -Tanyaku kepada security di luar supermarket itu.

"Alamak, cik. Kalau perempuan dengan shopping cart memang ramai yang keluar dari kedai ni, cik." -Kata security tu.

Alah! Betul jugak kata security ni. Bongok lah kau, Zyan.

"Takpe lah. Terima kasih." -Kataku dan terus berlalu dari situ.

"Mana aku nak cari ni?" -Aku berfikir sejenak.

"Parking lot!" -Tanpa membuang masa aku terus melangkahkan kakiku sepantas kuda keluar menuju parking lot.

Di parking lot..

Aku melilau sekeliling mencari wanita itu. Dah lenguh dah kaki aku ni. Aku mengatur nafasku sambil bercekak pinggang. Tiba-tiba, aku terpandang dua tubuh di hujung parking di sebelah kananku. Ya. Wanita tu. Aku berjalan menuju ke arahnya yang baru saja hendak masuk ke dalam kereta Mercedes-Benz S-Class hitam yang terlihat mewah itu.

"PUAN! TUNGGU, PUAN!" -Panggilku.

Banyak lah kau punya 'PUAN'. Dah macam cashier tadi lah pulak.

Dia menoleh ke arahku begitu juga lelaki berbadan tegap yang dari tadi sibuk memasukkan hasil belanjaan wanita itu ke dalam bagasi kereta. Kalau aku perhatikan, mungkin lelaki tu bodyguard dia kot?!

Aku memberhentikan langkahku di hadapannya.

"Puan tertinggal card credit ni kat supermarket tadi." -Kataku sambil menghulurkan card creditnya.

Pandangannya beralih ke arah tanganku. Riak wajahnya terkejut sebaik saja tengok card creditnya yang ada padaku.

"MashaAllah, cuai betul saya ni. Maaf lah sebab dah susahkan cik." -Katanya lalu mengambil card creditnya dari tanganku.

"Eh, takpe-takpe. Saya gembira dapat pulangkan card credit puan tu." -Kataku.

Dia tersenyum lalu memasukkan card creditnya ke dalam beg duitnya.

Tiba-tiba dia meraih tanganku.

"Cik ambik lah wang ni. Anggap lah ni sebagai tanda terima kasih saya." -Dia meletakkan wang berjumlah $50 di tanganku.

Terbuntang mata aku tengok duit tu.

"Eh, tak payah lah. Saya ikhlas tolong puan." -Aku meraih tangannya lalu ku letakkan semula wang itu ke dalam genggamannya.

"Takpe. Saya pun ikhlas bagi wang ni." -Katanya.

Alahai, dah dua-dua ikhlas, siapa yang nak ambik duit ni?

"Takpe lah, puan. Puan simpan je. Kalau macam tu, saya pergi dulu ye." -Kataku.

Baru je aku nak pergi dari tempat tu, puan tu tiba-tiba panggil.

"Sekejap, cik. Kalau boleh saya tau, nama cik ni siapa ye?" -Soalnya.

"Nama saya Zyan. Zyan Aluna." -Kataku.

"Oh. Cantik nama tu." -Dia memandangku sambil tersenyum.

"Nama puan pulak?" -Tanyaku.

Ikut-ikut pulak kau ni, Zyan. Sibuk je nak tau nama orang.

"Nama saya Sri Maria. Panggil je Puan Sri." -Dia turut melemparkan senyuman padaku.

"Sedap nama puan." -Pujiku.

Cantik betul Puan Sri ni. Agak-agaknya lah berapa umur dia eh?! Alah, tak kisah lah. Mesti laki dia bangga dapat bini cantik, baik macam ni. Anak-anak dia pun mesti cantik dan hensem kan?! Tapi berdasarkan rupa dia tu, aku rasa anak dia kecik lagi lah.

"Baik lah. Kalau macam tu, saya mintak diri dulu, Puan Sri." -Kataku.

"Ye, lah. Sekali lagi terima kasih ye, Zyan. Macam mana lah saya nak balas kebaikan kamu ni?" -Katanya.

"Sama-sama, Puan Sri. Dah dapat tolong puan pun dah cukup bagi saya." -Kataku lalu beredar dari situ.

Sempat lagi dia melambaikan tangannya sebelum masuk ke kereta. Alahai, sempoi betul Puan Sri ni.

End pov.

Tanpa Zyan sedari, seseorang sedang memerhatikannya dari jauh.

Siapakah orang itu?

Akhirnya Cinta Itu MilikkuWhere stories live. Discover now