Malang (Part 2)

69 4 5
                                    

Dalam perjalanan ke supermarket, Zyan melirik Adam yang tengah berjalan di sebelahnya sambil bermain phone.

"Aku mimpi apa semalam? Tak pasal-pasal aku kena berjalan seiring dengan mamat sombong ni." -Matanya masih melekat pada Adam.

"Aku tau aku handsome. Tapi sampai bila kau nak perhati je muka aku ni?" -Adam memandang Zyan sekilas sebelum menumpukan semula perhatiannya pada skrin phone.

"Eleh..siapa jugak yang tengok kau? Tinggi betul angan-angan." -Zyan melarikan pandangannya daripada Adam.

"Dah kantoi, taknak mengaku pulak." -Sindir Adam.

"Ish, dah lah. Daripada kau membebel, lebih baik kau cepat sikit. Lambat betul lah kau ni. Terlenggang-lenggok macam sot-" -Hampir saja Zyan terlepas cakap.

Adam melirik Zyan dengan tatapan yang tajam. Matanya disepetkan seakan-akan tahu perkataan terakhir itu.

"Kau ingat kau tu cepat sangat ke? Kaki tu dah lah kecik, pendek pulak tu." -Adam mengejek.

Zyan merenung Adam sambil mengerutkan dahinya.

"Dasar mamat lembu. Kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni. Nasib baik lah kau ni anak orang, kalau tak dah lama aku tabur lada putih dekat muka kau yang handsome tu. Kasi halau sikit setan-setan yang ada." -Zyan menahan tawa membayangkannya.

Adam yang memerhatikan Zyan yang tersengih seorang diri itu menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Sah lah dia ni sewel." -Batin Adam.

Di supermarket..

"Kau biar betul. Ni gedung besar lah. Kita nak beli telur je kot." -Zyan memandang sekelilingnya.

Matanya liar melihat-lihat seluruh sisi supermarket itu. Besar, luas dan ramai pengunjung. Zyan rambang mata memerhatikan segala barangan yang memenuhi setiap sisi kedai itu.

"Tak kisah lah. Still kedai apa." -Adam berjalan mendahului Zyan.

"Yelah. Aku faham. Kau kan kaya. Mana lah biasa masuk kedai runcit macam aku ni." -Zyan berbisik.

"I heard that!" -Adam menoleh Zyan lalu menyambung langkahnya.

Tidak lama kemudian..

"Kau betul-betul ke nak beli yang ni?" -Adam menunjuk tray telur di tangan Zyan.

"Betul lah. Telur ayam kan? Takkan telur kerbau pulak." -Berkerut dahinya memandang Adam yang berdiri di hadapannya.

Sakit pula lehernya memandang Adam lama-lama. Dirinya tidak lah setinggi mana kerana ketinggiannya hanya mencecah paras bahu Adam.

"Bukan tu maksud aku. Telur yang kau pilih ni kecik sangat lah. Cukup ke?" -Wanita di hadapannya itu dipandang.

"Alahai..tuan muda ni. Cukup lah. Sama kot macam yang aku beli awal-awal tadi. Sama bentuk, sama size." -Zyan mengeluh.

"Kau ni lurus betul lah. Dah alang-alang tu ambik je lah yang besar tu." -Adam menunjuk tray telur yang lebih besar di belakang Zyan.

Tanpa mereka sedari, mereka menjadi tatapan banyak mata. Ramai pengunjung supermarket itu berhenti sambil tersenyum memandang ke arah mereka yang berdebat sesama sendiri.

Zyan yang baru menyedari akan hal itu hanya tersenyum beruk menahan malu sementara Adam hanya memandang mereka sekilas lalu merenung Zyan semula.

"Dah. Letak yang ni balik. Ambik yang besar tu." -Adam mengarah.

"Aku dah kata tak payah lah. Dah lah." -Zyan berjalan meninggalkan Adam ke kaunter pembayaran.

"Keras kepala." -Adam mengekori Zyan.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuWhere stories live. Discover now