Bab 24: Big Day (Part 1)

62 3 7
                                    

Zyan's pov:

Harinya dah tiba. Hari bahagia untuk rakan kitorang yang seorang ni, Marwa. Kahwin jugak akhirnya budak ni. Bertuahnya laki dia. Marwa ni baik dan kelakar orangnya. Ada masanya dia ni lurus sikit tapi kelakar sebab tu kitorang suka sangat nak kenakan dia. Tapi kan, walau lurus macam mana sekalipun, berjaya jugak si Marwa ni takluki hati crush lama dia, cina pulak tu.

Nathan x Marwa

Dress code:
Lelaki-Blue
Perempuan-Pink

Majlis pernikahan dan resepsi bertemakan 'Fairytale' tu diadakan di taman peribadi milik keluarga Nathan, J.Lee Lake Gardens. Baru tengok dekorasi majlis diorang pun dah buat aku terharu.

Macam biasa lah. Segala geng walking entertainers dan #dramasangat aku memang datang jugak. Kitorang mengenakan dress pink dan dihiasi dengan bridesmaid bouquet. Aku mengenakan dress pink trumpet berlengan panjang dan shawl ariani yang sesuai. Hari ni aku pakai heels, supaya nampak tinggi lah kan.

"Wah, cool lah kau, Marwa. Akhirnya berjaya jugak kau pikat si Nathan tu ye. Dulu bukan main lagi kau tengok dia dari jauh. Lepas kahwin ni, nak dekat-dekat macam mana pun takde halangan dah." -Usikku semasa kitorang berada di bilik pengantin perempuan.

"Kau ni, Zyan. Malu aku dengar." -Marwa dah sipu-sipu malu.

Ye lah kan?! Dah nama pun pengantin. Marwa mengenakan dress pengantin berwarna putih berserta shawl cantik yang membaluti kepalanya. Flower bouquet di tangan menyerikan lagi aura pengantinnya.

"Cantiknya kau, Marwa. Agak-agak lah mesti pengsan si Nathan tu tengok kau nanti." -Usik Sarah.

"Thank you. Malu aku jadinya. Anyway, bridesmaid aku ni pun cantik jugak. Jaga-jaga lah kena pikat oleh groomsmen nanti." -Puji Marwa sambil menahan tawa.

Alahai, bukan main lagi si Marwa ni puji-puji kitorang. Aku tengok diorang memang cantik. Aku pulak?! Siapa jugak yang nak kat aku yang rupa selekeh ni? Dalam mimpi je lah.
Tapi kalau aku, memang banyak lelaki yang aku terpikat cuma tak lah sampai ke tahap jatuh cinta tu. Hati aku dah tawar nak jatuh cinta kat mana-mana lelaki.

"Eh, baru aku sedar. Siapa groomsmen Nathan tu eh? Kitorang kenal ke?" -Tanya Hana.

"Kenapa? Kau nak try ke?" -Marwa menahan tawa.

Aku dan yang lain dah pun merenung Hana semacam.

"Alah, aku tanya je. Pasalnya dari tadi lagi aku belum nampak batang hidung diorang." -Jelas Hana.

"Hm..betul jugak tu. Sebenarnya aku pun tak tau pasal groomsmen dia. Apa yang aku tau, groomsmen dia ada 9 orang jugak dan diorang akan pakai suit biru." -Jelas Marwa sambil berfikir.

"Ohh." -Kitorang hanya mengangguk faham.

"Cantik betul lah, Marwa. Bukan selalu kitorang tengok kau bersolek macam ni. Mesti si Nathan tu tak tengok lain dah." -Puji Adellea.

"Betul. Aku doakan kau cepat-cepat ada anak eh?!" -Tambah Inara.

"Korang ni..majlis pun belum start lagi. Apa-apapun aamiin. Tak sabar aku nak jadi macam si Amy ni." -Balas Marwa sambil memandang ke arah perut Amy yang turut menjadi tumpuan kitorang sekarang ni.

Ye. Sekarang ni dah masuk 2 bulan setengah Amy pregnant. Baby bump dia pun semakin hari semakin kelihatan. Tak sangka betul. Rasanya macam baru kelmarin kitorang sekolah sama-sama dan bahas tentang kahwin.

End pov.

Di sisi lain pula, Nathan dan para groomsmennya, Rafael, Kyle, Azad, Hans, Luke dan Hafiz sedang bersiap di bilik pengantin lelaki. Tidak seperti bridesmaid, groomsmen dikhaskan boutonnière untuk dipakai pada blazer masing-masing.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuWhere stories live. Discover now