Bab 14: Kiriman bunga

69 4 2
                                    

Mec.co..

Adam sedang berada di ruang kerjanya.

"Tok! Tok! Tok!" -Kedengaran pintu officenya diketuk oleh seseorang dari luar.

"Come in."-Mata Adam masih tertumpu pada skrin laptopnya.

Seseorang membuka pintu officenya dari luar. Seperti yang sudah diagak, orang itu
adalah secretary Adam sendiri, Dahlia. Kelihatan Dahlia sedang membawa berjambak-jambak bunga di tangannya.

"Excuse me, tuan muda." -Dahlia berdiri di hadapan meja kerja Adam.

"Yes. Ada apa, Dahlia?" -Adam masih tidak mengalihkan pandangan dari laptopnya.

"Saya cuma nak hantar kiriman bunga-bunga ni untuk Tuan Adam." -Dahlia.

Adam memandang Dahlia dan melihat bunga-bunga di tangan secretarynya itu.

"Boleh saya tahu bunga-bunga ni dari siapa?" -Adam memandang Dahlia semula.

"Saya kurang pasti, tuan. Yang saya tahu, pengirim-pengirimnya adalah perempuan. Bahkan, sewaktu tuan dan Tuan Amran berada di US, banyak kiriman bunga telah disampaikan untuk tuan." -Dahlia menjelaskan.

"Ohh. Kalau macam tu, letak je kat atas meja tu." -Adam.

Dahlia meletakkan bunga-bunga itu di atas meja berdekatan dengan sofa ruang kerja Adam.

"Tuan nak apa-apa lagi ke?" -Dahlia kembali berdiri di hadapan meja Adam.

"Nope, thanks. Awak boleh keluar sekarang." -Adam.

"Baiklah. Terima kasih, tuan." -Dahlia menundukkan badannya sebelum melangkah keluar.

Sempat lagi Dahlia tersenyum memandang Adam. Baru kali ini dia melihat lelaki sekacak majikannya itu. Kalau dibandingkan dengan semua lelaki kenalannya, memang jauh sekali. Sudahlah baik, kacak, berpendidikan tinggi, anak orang kaya pulak tu. Tak hairan lah semua perempuan berebut nak dapat perhatiannya. Sampai ada yang sanggup mengirimkan bunga lagi.

Selepas saja Dahlia keluar dari ruang kerjanya, Adam melirik ke arah bunga-bunga itu.

"Dah macam kedai bunga dah office aku ni." -Batin Adam.

Adam berdiri dari kerusinya lalu berjalan ke arah sofa. Sebaik saja melabuhkan punggungnya di sofa, Adam meraih sejambak bunga dari atas meja.

"Siapa lah yang bagi semua bunga-bunga ni?" -Adam melihat-lihat bunga itu kalau-kalau ada nota yang ditinggalkan untuknya.

Seperti yang ada dalam fikiran Adam, memang ada nota yang diselitkan dalam bunga itu. Adam membuka nota tersebut dan membacanya.

"Hi, Adam. I Tiffany. I suka sangat kat you. I ingat lagi masa first time nampak you, I jatuh cinta. Sampai masa ni I tak dapat nak lupakan you. Kat belakang kertas ni I dah tulis nombor phone I. I harap you akan call I. I love you, Adam."

With love,
Tiffany

Adam tersenyum menahan tawanya ketika membaca nota itu. Wajahnya tenang dan sesekali Adam menaikkan keningnya. Adam meletakkan bunga itu semula di atas meja dan mengambil bunga yang lain.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora