Bab 27: Noah

103 2 7
                                    

Zyan's pov:

Hari ni keluarga aku ada perjumpaan dengan keluarga pihak lelaki atau lebih tepat, keluarga bakal suami kakak aku, Shireen. Gembira betul aku. Dalam beberapa minggu lagi, kak Shireen akan menjadi isteri kepada peguam muda, Muhammad Edlan Fateh dan ahli keluarga aku akan bertambah.
Tapi dalam perjumpaan kali ni hanya antara keluarga kitorang tanpa kedua-dua bakal pengantin tu. Ye lah kan, adat melayu. Sudah menjadi kebiasaan untuk tidak menggalakkan pengantin lelaki dan pengantin perempuan berjumpa bila tarikh perkahwinan sudah hampir. Meetpoint kitorang adalah di B.Ruez Hotel.

Di pertengahan meeting, aku terpaksa meminta diri sebab kena balik kerja dan waktu rehat pun dah nak habis dah ni. Masih ada setengah jam kot. Tapi, aku dah rasa tak selesa bila dengar perbincangan antara mak bapak kitorang dengan keluarga pihak lelaki. So, daripada aku lama-lama kat situ, lebih baik aku blah. Ye lah kan, aku datang pun sebab nak teman mak dan abah, jadi wakil kak Shireen.
Cakap pasal kak Shireen, budak tu tak habis-habis send message kat aku. Penuh screen phone aku ni dengan text dia kat Whatsapp. Kata dia tengah masak tapi tak sedap hati sebab nak tahu sangat apa yang mak dan abah bincang dengan keluarga pihak lelaki. Sibuk je budak ni.

Baru je sampai kat pintu restaurant hotel tu, langkah aku terhenti. Alahai, dah kenapa pulak?!! Tu la kau, berlagak berani sangat nak turun seorang-seorang. Biar betul! Takde tangga kecemasan ke hotel ni?? Dah lah aku malas sangat nak pakai lift. Bukannya takut, tapi aku taknak je. Tanpa berfikir panjang, aku keluar dari restaurant tu dan menuju ke lift yang aku dan mak abah pakai tadi.
Mata aku dah nak terkeluar bila tengok orang yang baru melangkah masuk ke dalam lift tu. Ni lah peluang aku!

"STOP! Tu-tunggu, encik. Tunggu! Tunggu! Ja-jangan gerak dulu!" -Terus aku pecut langkah aku yang longlai tadi.

"Kejap, encik. Saya pun nak guna!!" -Jeritku bila sampai je kat depan lift tu.

Tatkala aku mengeluh beruk, aku nampak pintu lift tu tak jadi tertutup sebab terhalang dengan tangan lelaki tu.

"Terima-" -Terdiam aku dibuatnya bila pandang mamat kat depan aku ni.

Aku rasa suara aku ni dah tersekat kat kerongkong agaknya.

"NOAH!"

"ZYAN!" -Serentak kitorang kerana terkejut.

Tanpa berlengah, aku terus masuk ke dalam lift tu sementara si Noah ni menekan butang turun ke bawah.

Kitorang berpandangan lalu tertawa seolah-olah tak percaya.

"Noah? Ni betul-betul kau ke?" -Aku mengepal tangan lalu memukul perlahan lengannya.

Si Noah ni masih lagi tertawa di hadapan aku sambil mengaduh. Ape la mamat ni tak sakit pun.

"Ye, ni aku lah. Tak sangka kita jumpa kan?" -Katanya masih tidak percaya.

Ye. Noah ni kawan aku masa kat university dulu. Perangai dia ni tak betul sikit, ade je dia nak melawak. Lepas je graduate, si Noah ni pergi luar negara, kononnya nak ambik pengalaman jadi tukang masak sementara sambil-sambil cari ilham. Dia tak balik dengan tangan kosong, tapi dengan anugerah Chef muda terbaik. Aku pulak, tipu lah kalau tak bangga. Lepas tu, Noah si tukang masak ni terus travel sana-sini keluar masuk negara orang sebab nak belajar seni memasak dari yang berpengalaman.
Dah lama aku tak jumpa mamat ni, nak jadi si tanggang agaknya.

Keluar je dari lift, kitorang ambik masa berborak kat lobby.

"Apa khabar, wei? Ish, sihat betul aku tengok kau." -Kataku selepas melabuhkan punggung di atas sofa lobby.

Si Noah tertawa bila dengar kata-kataku sambil mengambil tempat berhadapan dengan aku.

"Alhamdulillah, baik. Kau pulak? Kau pun nampak lain lah. Makin kurus je macam tengkorak." -Usiknya dan kitorang pun tertawa lagi.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuKde žijí příběhy. Začni objevovat