13 》 Bebel yang comel

519 36 51
                                    

Selepas membayar harga barangan yang dibelinya, Zara terus keluar dari kedai tersebut.

Taman permainan di tujunya. Walaupun sudah lewat malam, hatinya sudah lali dengan kegelapan.

Terowong menjadi sasaran dia untuk duduk.

Ni memang port aku lepak. Tak de sape berani kacau. Hehehe aku memang gangster. Tapi gangster yang baik.

Air tin dikeluarkan dari plastik. Dibuka dan diteguk sedikit. Keluhan kecil dilepaskan.

Memandang kesepian malam. Aku memang tak nak datang kerja arini. Mati aku kalau jumpa dengan pak cik yang aku pukul aritu.

Aku bukan kerja full time pun kat situ. Ada bila memerlukan. Datang ikut jadual kerja aku je.

Tapi aku masih lagi baik. Tak pijak lagi bilik-bilik yang berdebu kat kelab tu. Memang itu syarat aku dengan Idris.

Ye. Aku ada buat satu perjanjian dengan dia. Perjanjian yang... mungkin akan memusnahkan masa depan aku.

Zara terus bersandar di terowong tersebut. Air tin di tangannya di hirup lagi.

Zara terhenti seketika. Mengamati bunyi yang semakin menghampirinya.  Terus saja dia mengambil beg dan memanjat pagar rumah kosong tersebut.

"Aku pantang betullah kalau dapat abang pemalas macam dia tu! Eiiii!!! Mentang-mentang aku adik dia suka hati mak pak dia je suruh aku itu ini. Eh! Mak pak dia, mak pak aku jugak. Argh! Biarlah! Yang penting aku geram betullllll dengan dia. Ei! Nasib aku arini punyalah baik hati. Kalau ikut hati aku, nak je aku lumat-lumat dia jadi Whiskas kasi si Atan tu makan. Ei! Nasib dia abang aku je. Kalau dia adik aku, memang aku dah ceramah dah dia cukup-cukup. Ada ke patut adik dia yang hensem ni kena buang sampah? Ei! Apa kes?"

Zara yang berada di atas tembok penghadang mengamati suara tersebut.

"Eh! Minion? Kejap! Kenapa aku tak tahu yang minion ni suka bebel?" Soal Zara perlahan.

Senyuman dia melebar. Suka dia melihat keletah Izz yang membebel sendirian.

Izz terus mencampakkan sampah tersebut ke dalam tong. Tangannya dipandang seketika.

"Ergh! Ni yang aku benci kalau buang sampah! This is sooo jijik!!! Balik kena samak 10 kali ni. Eh! Kejap! Sebelum basuh, kena lap kat baju Abang Hariz dulu baru adil! Yes! You're so brilliant Izz Haiqal! Baru dia rasa macam mana aku kena buli dengan dia kena buang sampah. Dia ingat aku kentot... eh! Tak! Aku minion. Yang comel. Ouh Ya Hariz! Dia ingat aku yang hensem dan comel ni boleh di buli sesuka hati ke? Dia tak tahu yang aku ni..."

Zara tergelak kecil melihat Izz.

O. M. G. He damn cute bila bebel. Sumpah aku rasa macam nak culik je minion ni pastu dera dia buat kerja rumah dan dengar dia bebel hari-hari dah boleh buat aku cair.

Sebab dia bebel dengan gaya macam tengah berpidato acah real je...

Sedang asyik Izz berjalan sambil membebel, kakinya tersadung pula batu yang berada di tengah jalan.

Tapi nasib menyebelahinya apabila dia selamat menstabilkan badannya.

"Argh! Aku benci betul la dengan batu. Kau ni sama je macam Hariz. Menjengkelkan. Kenapa jalan tak buat pakai tanah ke? Pakai simen ke? Macam zaman dulu? Eish! Nasib tak jatuh! Kalau jatuh pastu ada luka... arh! Mesti dah tak hensem dan tak de sape minat aku! Dah la aku ni..."

Zara yang melihat Izz hampir terjatuh terus tergelak. Gelaknya mulai kuat apabila Izz memarahi batu tersebut.

"Habis jatuh saham kehenseman aku! Dah la aku nak pikat..."

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now