34 》 Present

329 30 0
                                    

Zara memandang Izz. Dalam kereta tadi dia hanya diam pandang keluar. Begitu juga sekarang. Diam.

"Minion... kita nak pergi mana ni?" Soal Zara sengaja.

Izz memandang Zara.

Baru nak bersuara. Aku ingatkan dia terasa dengan aku sebab tu aku pun diam je...

"Umm kita pergi kedai buku la. Macam yang dijanjikan" ucap Izz perlahan.

Zara hanya tersenyum kecil. Eskalator di naiki mereka berdua menuju ke tingkat 3.

"Kenapa kau diam aje tadi?" Soal Zara lembut.

Izz berfikir sejenak.

"Tak de pa pe. Aku just... tak nak la rosakkan mood kau arini. Kita kan keluar sebab nak enjoy sekejap. Lagipun lagi dua bulan nak SPM. Nak fokus study dah tak boleh Enjoy. Susah tau aku nak dapat kebenaran Mama bila dapat tahu aku nak keluar dengan perempuan" ucap Izz muncung.

Zara tersenyum kecil.

Untung ada Mama. Aku ni... Ibu aku pun tak tahu pergi mana. Entah ada lagi ke tak. Agaknya dia ingat aku lagi tak?

"Jangan berangan masa naik eskalator Rose. Nanti kau kena sedut aku tak tahu" ucap Izz memberi amaran.

Zara terus tersedar. Wajah Izz yang masam di berikan sengihan kecil.

"Sorry awak..." ucap Zara lembut.

Izz terus memandang ke arah lain.

Awak? Ew! Seram aku dia nak berawak awak dengan aku. Nasib ada topi. Tak nampak sangat blushing aku.

Mereka terus saja menuju ke kedai buku. Kedai buku tersebut memang sangat luas. Meliputi dari aspek pendidikan sehinggalah barang keperluan sekolah.

"Kau cari lah buku apa yang kau nak cari. Aku nak pergi sana kejap" ucap Izz lalu beredar ke arah Buku latihan Sains.

Zara diam.

Kejap! Budak pandai memang membosankan ke?

Zara terus saja berpecah. Dia menuju ke arah komik. Mana mungkin dia mahu keluar tanpa memberikan sesuatu untuk adiknya.

Setelah beberapa minit berpusing, Izz terus menuju ke arah Zara.

Haish! Minah ni kat sini rupanya.

Izz terus berhenti di sebelah Zara. Keluhan kecil dilepaskan.

"Kita datang sini nak beli buku. Bukan baca buku free" ucap Izz masam.

Zara terus memandang Izz disebelahnya. Sengihan kecil diberikan.

"Kat sini dia tak tulis pun beli dulu baru baca" ucap Zara lagi.

Izz mendengus geram. Buku di tangan Zara di capai lalu di letakkan di raknya semula.

"Memang la dia tak de cakap. Tapi kau faham-faham la sendiri. Ni kedai buku bukan perpustakaan. Dah la. Kau dah amik belum buku yang kau nak cari?" Soal Izz menukar topik.

Zara menunjukkan tiga buah buku komik di tangannya. Sekali lagi...

"Komik? Setengah jam kita kat sini tu je yang kau nak beli?" Soal Izz tidak percaya.

Zara mendengus kecil. Terus saja dia bercekak pinggang.

"Apa kau ingat aku datang sini lengang kangkung ke? Aku ada adik sekolah rendah kot. Takkan aku pergi berseronok sedangkan adik aku kat rumah macam tapai basi?" Soal Zara pula.

"Ye la ye la... tapi, sebagai denda, kau kena amik atleast satu buku untuk SPM kau. Nanti tak de la kau kat rumah macam tapai basi kan tak de wat apa-apa" sindir Izz pula.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now