Wajah takut Izz dipandang Zara. Hoodienya dibuka agar menampakkan wajahnya.
"Kenapa ni?" Soal Zara lembut.
"Sape diorang tu?" Soal Izz perlahan.
Zara mengeluh kecil. Dia menarik topi yang menutupi wajah Izz.
"Jangan macam ni minion. Sekarang ni dekat 6:30. Lambat kau balik, nanti kau kena bebel faham? Aku tak nak parents kau tanya macam-macam" ucap Zara lembut.
"Tapi diorang tu..."
"Percaya aku minion. Kita selamat kalau kau ikut cakap aku. Okay?" Soal Zara perlahan.
Izz mengeluh kecil. Zara mengusap lembut rambut hitam Izz sehingga sedikit kusut.
"Jangan risau. Aku selamat, kau selamat. Okay. Dengar cakap aku" pujuk Zara lagi.
Izz menghela nafas panjang.
"Okay. Tapi kalau jadi apa-apa kat kau macam mana?" Soal Izz lagi.
"Percaya aku minion" ucap Zara tegas.
Izz mengeluh perlahan. Terus saja Zara menyangkut kembali topi Izz dikepalanya.
Hoodie milik Izz ditarik menutupi kepalanya. Nasib Hoodie Izz ni jenis oversized. Jadi muatlah dengan dia yang sedikit besar dari Izz.
"Jom" ucap Zara lalu menarik lengan Izz.
Terus saja Izz mengikuti langkah Zara. Zara semestinya lebih berjaga-jaga.
Dia juga sedikit pening dengan situasi. Macam mana diorang tahu kedudukan Zara. Apa yang mereka mahukan lagi.
Dia lebih pentingkan keselamatan Izz kerana Izz bersamanya sekarang. Tak mahulah dia dituduh mencederakan anak orang.
Sudahlah namanya cukup buruk di taman ni. Takkan nak tambah lagi cerita pasal dia?
Setelah merasakan jalan agak selamat Zara terus saja berjalan laju bersama Izz.
Zara sedikit pelik.
Tadi bukan main setiap orang jaga kawasan. Ni tetiba kosong je. Argh! Lantaklah. Yang penting, Izz tak boleh tahu sape diorang.
"Airin... jangan lah laju sangat..." pinta Izz.
Tangan dia sudah erat memegang lengan Airin. Lantaklah orang nak kata apa. Yang penting keselamatan dia dan Airin.
"Relax minion. Kalau kita tak cepat sampai rumah, makin berisiko kita nak jumpa diorang nanti. Kau sendiri belajar kan? Darjah satu dulu. Rumah ku syurga ku" ucap Zara perlahan.
Izz mencebik.
Sempat lagi dia nak bergurau waktu cam ni. Aku tibai jugak minah ni.
Mereka hampir tiba di kawasan lorong menuju ke rumah Izz. Zara sedikit tenang mereka tak diganggu lagi.
Ni sebab dia ikut jalan tikus. Kalau ikut jalan besar memang sah la kena kesan ngan diorang.
Zara terus berjalan menuju ke lorong rumah Izz. Langkah dia terhenti. Dadanya mulai berdegup laju.
"Alamak..." ucap Zara perlahan.
Lima orang lelaki yang lengkap bersenjatakan peralatan untuk memukul mereka.
Izz pula memang sah la pucat. Mahu dia nak pengsan kat sini tengok semuanya tegap-tegap macam askar sedangkan dia dengan Zara macam dua ketul cacing yang tersesat.

YOU ARE READING
Lolipop Gangster !
Teen FictionTHE SERIES OF ROZESMOON_ ( 4 ) COVER BOOK FROM @ailaflower 2020 All RIGHT RESERVED Award🌌 : 🌟 THIRD PLACE IN ROMANCE - BOBOIBOY AWARD 🌟 BEST HEROIN IN ROMANCE - BOBOIBOY AWARD ---------- 🤺 ---------- Seketul gangster sekolah yang mampu mengega...