68 》 Sape yang kurang ajar?

378 23 0
                                    

Zara duduk di kerusi hospital. Menunggu dokter yang merawat Izz keluar.

Hazriz? Selamat mereput dalam penjara.

Faris dengan Adam, tengah rehat dalam wad diorang. Biarlah. Lagipun dah dekat petang. Diorang pun penat.

Aku? Izz selamatkan aku kot. Takkan aku nak duduk relax tanpa dengar khabar dia?

Yeah! Walaupun tangan aku berbalut. Muka aku pun penuh dengan kesan jahit dan plaster. Aku tetap tak nak duduk diam!

Puan Maria dan suaminya masuk ke dalam hospital. Terkejut bila dapat berita anaknya sorang masuk hospital, sorang masuk penjara.

Hati ibu mana yang tak luluh?

Pintu dewan pembedahan dibuka. Zara tersedar. Terus saja dia merapati dokter tersebut. Puan Maria yang baru tiba juga berbuat demikian.

"Dokter... macam mana kawan saya dia okay tak?" Soal Zara risau.

"Dokter, dokter anak saya, anak saya dia macam mana?! Dia selamat tak?!" Soal Puan Maria tiba-tiba.

Dokter tersebut berpaling dan menghadap Puan Maria dan Encik Zaid. Zara hanya diam saja.

"Alhamdullilah dia okay. Peluru dekat bahu dia saya keluarkan. Cuma dia kehilangan banyak darah. Jangan risau bekalan darah kami mencukupi untuk darah jenis O. Dia mungkin tak sedar dalam beberapa hari sebab hentakan dekat kepala dia agak kuat. Luka dia pun kami dah ubatkan. Nanti kami akan pindahkan dia kat wad biasa okay. Kalau tak de apa-apa saya gerak dulu ye" ucap dokter tersebut sopan.

Zara hanya tersenyum kecil.

Aku tahu kau kuat Minion. Kau mesti boleh bertahan.

"Ouh. Okay. Terima kasih ye dokter" ucap Encik Zaid lembut.

Dokter tersebut tersenyum kecil dan beredar pergi. Puan Maria mulai lemah di dalam dakapan suaminya.

"Eh! Sayang awak okay tak ni?" Soal Encik Zaid risau.

Puan Maria memegang dadanya. Perlahan dia berpaling ke arah Zara yang mulai melangkah pergi. Kemarahan dia mulai memuncak.

"Hei perempuan! Kau tahu tak sebab kau anak aku masuk hospital! Sebab kau anak aku masuk penjara! Kau ni memang perempuan murah kan?! Apa lagi yang kau nak dari anak aku ha?!" Jerkah Puan Maria.

Langkah Zara terhenti. Dia berpaling dan memandang Puan Maria. Lantas saja Puan Maria mendekati Zara.

Pipi Zara di tampar kuat tanda geram. Zara hanya terdiam menerima tindakan drastik itu.

"Maria! Apa awak buat ni?!" Soal Encik Zaid tak puas hati.

"Saya nak ajar sikit Perempuan kotor ni! Hei! Kau tahu tak sebab kau seorang, anak aku sanggup naik suara dengan aku?! Anak aku dah pandai keluar malam-malam sebab kau! Anak aku berubah sebab kau! Kalau kau tak gatal-gatal nak dekat dengan anak aku, anak aku takkan jadi macam ni la!" Marah Puan Maria lagi.

Encik Zaid mengeluh kecil. Kecewa dengan tindakan melulu isterinya.

"Sebab saya?"

Puan Maria dan Encik Zaid memandang Zara yang masih menunduk.

Zara terus memandang tajam wajah Puan Maria.

"Heh! Puan ni berani sangat la. Jangan sesuka hati letakkan kesalahan anak Puan atas orang lain! Kalau anak Puan terbukti memang bersalah, Puan nak cakap apa? Puan sesuka hati tampar saya Puan tak sedar ke yang Puan ni kat mana? Saya bukan nak kurang ajar tapi nak Puan beringat sikit! Jangan sebab anak Puan sendiri, orang lain yang jadi mangsa!" Marah Zara pula.

Puan Maria semakin berangin.

"Hei! Kalau kau tak goda anak aku dulu, anak aku pun tak hengen la dengan kau! Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai semua orang nak tergoda dengan kau?! Kau dengan satu keluarga kau tu sama je! Dasar keluarga pelacur! Entah-entah Mak kau tu pun sebenarnya pelacur juga! Kau ni pun anak haram hasil dia goda laki orang! Mak dengan anak sama je! Tak tahu malu!" Sindir Puan Maria.

Encik Zaid menarik Puan Maria kebelakang bagi menghentikan persengketaan tersebut.

"Sayang jangan buat hal! Ini hospital. Kawal suara awak" ucap Encik Zaid pula.

Zara terkesan dengan setiap kata Puan Maria. Dia pun tak nak la jejak kaki kat situ kalau bukan sebab Hazriz yang beli dia!

Hazriz yang mulakan dulu! Kalau Hazriz tak beli dia, hidup takkan tersangkut dekat kelab, dia takkan teraniaya, adik dia takkan sakit sebab dia, Izz takkan berusaha untuk tolong dia keluar dari situ, Izz pun takkan masuk hospital la!

Encik Zaid memandang kasihan wajah Zara yang mulai kemerahan menahan tangis.

"Adik, pak cik minta maaf ea. Isteri pak cik dia memang macam ni kalau stress. Adik jangan kecik hati ye. Pak cik minta maaf" ucap Encik Zaid lembut.

Zara mengesat pipinya. Bibir diketap tanda geram.

"Tak guna minta maaf. Hati saya dah terluka. Ya. Saya memang seorang pelacur. Tapi bukan mak saya. Jangan memandai nak heret orang yang tak bersalah dalam hal ni. Lagipun saya jadi pelacur sebab anak mak cik Hariz. Kalau bukan anak mak cik yang beli saya, saya pun tak ingin la nak jejak kaki ke sana. Saya bukan nak kurang ajar dengan orang tua. Tapi mak cik sendiri yang tunjuk kurang ajar mak cik dengan orang lain. Padanlah anak jadi kurang ajar. Ikut perangai maknya" sinis ucapan Zara.

Encik Zaid dan Puan Maria tercengang. Zara terus saja berlalu pergi. Puan Maria memperbetulkan anak tekaknya.

"Okay. Aku nak tengok jugak pelacur macam kau ni boleh hidup ke tanpa anak aku? Aku akan pastikan anak aku takkan ada hati sikit pun dengan kau!" Ujar Puan Maria sinis.

Zara berhenti seketika. Berpaling dan memandang Puan Maria sinis.

"Saya pun nak tengok jugak sama ada Izz Haiqal boleh hidup tanpa saya atau Hariz Hazwan boleh keluar penjara kalau saya cerita semua yang dia buat kat saya dari dulu sampai sekarang masa perbicaraan tu nanti" cabar Zara sinis.

Kaki Zara mulai melangkah pergi. Dia mengelus pipinya yang basah. Puan Maria hanya mengetap bibir tanda geram.

"Awak ni dah tua pun nak bergaduh dengan budak! Awak sedar tak yang awak dah lukakan perasaan orang lain? Dia tu pun terluka juga macam anak kita. Awak ni hormat la sikit orang. Jangan main hembus je" sindir Encik Zaid.

"Budak tu kurang ajar tau! Budak macam tu ke yang anak kita dua orang tu tergila-gilakan?" Soal Puan Maria tak puas hati.

Encik Zaid mengurut lembut kepalanya.

Perempuan selalu betul! Kalau salah pun betul juga! Jangan mengada nak bantah okay!

Hoodie Zara semalam yang masih belum ditukar ditarik menutupi kepalanya.

Dia tak mahu sesiapa tahu dia menangis. Dia tak mahu sesiapa tahu yang dia sebenarnya lemah. Dia tak mahu sesiapa tahu yang dia sakit.

Zara melangkah laju ke wad adiknya. Baik dia berehat di situ saja. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan dia terlanggar seseorang.

Buk!

"Eh! Mak cik sa.. saya minta maaf. Saya tak sengaja. Mak cik... o... key?...."

Ibu?

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now