42 》 Haih...

316 23 0
                                    

Zara yang masih lagi berkurung di dalam bilik dituju. Pintu di buka luas. Idris menjenguk ke dalam.

"Zara.." panggil Idris.

Zara yang sedang membaca buku terus menoleh.

"Aku nak kau siap. Malam ni Boss kau nak jumpakan kau dengan jantan tu faham?" Soal Idris tegas.

Zara mengeluh kecil. Dia tak mahu. Dia tak mahu semua tu berlaku.

"Zara tak nak la Ayah. Ayah pulangkan je la duit tu. Kita hidup je la macam biasa. Zara cari duit dan bagi Ayah. Bolehkan?" Soal Zara pula.

Idris tersenyum sinis.

"Tak payah nak berangan pujuk aku la Zara. Kau tetap akan pergi sana. Lagipun duit tu aku dah guna. Dah tak de maknanya aku nak cari duit lain pulangkan untuk kau" ucap Idris sinis.

Zara terdiam. Buku pemberian Izz di tangannya di tutup.

Dah guna? Guna sorang? Heh!.

"Ayah... Zara ni kan anak Ayah. Takkan Ayah tak de rasa kesian kat Zara?" Soal Zara perlahan.

Senyuman Idris menyenget. Dia terus masuk ke dalam dan menutup pintu bilik Zara.

Zara yang berada di mejanya di dekati. Tangan disilang ke dada sambil mulut tersenyum sinis.

"Kau tu memang anak aku. Dan... tanggungjawab anak adalah ikut apa yang Mak Ayah dia suruh. Aku cuma suruh kau pergi kelab je. Tak banyak pun. Ramai je betina kat sana. Enjoy! Kerja senang dapat duit beratus. Takkan itu pun kau tak nak?" Soal Idris lembut.

Zara hanya menyimpan perasaan dalam hati. Mata Idris terus terpandang buku yang dipegang Zara. Laju saja tangannya merampas.

"A... Ayah... buku tu..."

"Bersama kita ubah diri kita ke jalan yang benar" ucap Idris sendirian.

Zara sudah menunduk. Lupa untuk menyorokkan buku itu awal-awal lagi. Idris memandang tajam wajah Zara.

"Heh! Engkau? Baca buku cam ni?" Soal Idris sinis.

Zara hanya diam. Kepala Zara ditonjolnya perlahan.

"Kau ingat ea. Kau takkan selamanya dapat ubah diri kau. Ini kau. Dan hidup dah ditentukan. Sekali kau masuk sana. Selamanya kau takkan boleh keluar. Faham?!" Soal Idris kasar.

Zara diam. Dia sakit. Sakit bila orang sepatutnya bimbing dia tapi makin menyesatkan dia.

"Tapi sekurang Zara berusaha. Zara dah tak nak buat semua ni. Ayah... takkan Ayah tak faham?" Soal Zara sedih.

Idris berdecit geram. Buku tadi di hempas ke atas meja.

"Tak nak buat? Kenapa? Kau dah jumpa jantan lain ke yang sanggup nak bawak kau keluar dari situ?" Soal Idris sengaja.

Zara diam. Mesti lah ada. Aku tahu dia mesti bawak aku keluar.

"Cepatlah! Cakap ngan aku sape? Budak lelaki yang pakai speck mata tu kan?" Soal Idris sinis.

Zara terkaku. Macam mana Ayah dia tahu? Zara terus mengangkat muka memandang Idris.

"Macam mana..."

"Budak tu duduk depan rumah kita semalam masa kau balik. Aku perasan dia tengokkan kau. Cakap lah! Budak tu kan?" Soal Idris lagi.

Izz, kat depan rumah aku? Bukan dia dah balik ke? Macam mana... ergh! Mesti dia ikut aku senyap-senyap.

Tak! Dia tak boleh jujur! Takut Nanti nyawa Izz pula dalam bahaya.

"Dia... cuma kawan Zara je" ucap Zara perlahan.

Lolipop Gangster !Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora