21 》 Geng Cendawan

415 32 7
                                    

Izz menunggu Zara di pondok belakang blok tempat selalu Zara melepak.

Entah mengapa dia mahukan kisah yang sebenar dari Zara. Persoalan demi persoalan timbul di fikirannya.

Lebih-lebih lagi ayat Auntie Rozie bermain di fikirannya.

Izz mengeluh kecil. Buku latihan Kimia dibukanya. Sementara dia menunggu Zara, bolehla dia buat satu dua soalan.

Sedang asyik Izz menulis, pennya di rampas seseorang.

"Woi!" Marah Izz.

Adib terus duduk di sebelah Izz. Pen Izz bermain di tangannya. Buku Izz di tarik mendekatinya.

"Wuish! Kimia guys!" Ucap Adib terkejut.

"Eish! Dia mesti budak pandai ni!" Ucap Aiman pula.

Izz pelik. Tang mana pula dua ketul ni menyemak kat sini?

"Mesti lah pandai. Dia ni budak kelas A kot!" Ucap Izzat sambil duduk di sebelah Adib.

"Aku macam kenal kau ah! Kau ni... budak yang baru pindah aritu kan?" Soal Syamel pula.

Izz diam. Apesal pulak dengan dorang ni?

"Korang ni sape ha? Apesal menyibuk kat sini pulak?!" Soal Izz geram.

"Guys! Guys! Dia marah guys!" Ucap Syah sambil menepuk lembut bahu Izzat di sebelahnya.

Adib dan Rakannya tersengih melihat wajah masam Izz. Terus saja cermin mata Izz di capai Syamel.

"Woi! Bagi balik la" marah Izz cuba merampas cermin matanya.

"Ala kau ni relax la! Aku ni takde adik beradik pakai speck mata cam kau. Nak jugak rasa feel acane pakai speck mata. Ek?" Soal Syamel pada rakannya.

Izz diam. Tak mungkin dia mahu melawan lelaki yang jauh lebih besar dan ramai berbanding dirinya yang kecil dan seorang saja.

Syamel memakai cermin mata milik Izz. Dibuat berbagai gaya yang disukainya.

"Eish! Bagi la aku pulak! Aku nak ada feel gak!" Ucap Aiman pula.

Cermin mata Izz dirampas kasar Aiman. Terus saja disarung ke wajahnya.

"Ha! Ada gaya cam Steve Jobs ak?" Soal Aiman bangga.

Rakannya berpandangan sesama sendiri. Terus saja mereka ketawa bersama.

"Steve Jobs? Muka Jawa ada hati nak lawan dengan Omputih!" Sindir Adib.

"Tapi kan aku rasa muka dia ada iras-iras Sir Rahim an? An?" Soal Izzat pula.

"Ha! Tu ah tu! Haip! Good Morning Sir!" Ucap Syah sambil memberi tabik hormat pada Aiman.

Terus saja mereka bergelak ketawa bersama. Wajah masam Izz terus saja sebegitu.

"Wei! Tengok tu! Aku rasakan muka dia lagi hensem kalau tak pakai speck an? An?" Soal Adib pula.

Semua rakannya memandang ke arah Izz.

"Haah la! Pergh! Dah boleh jadi Abang idola la lepasni!" Ucap Aiman pula.

Izz mengeluh kecil. Kenapa wujud geng yang suka buli kat sekolah ni? Perlu ke diaorang cari kebahagian diorang atas penderitaan orang lain.

"Mana boleh! Dia ni tak cukup hensem nak lawan ngan aku!" Marah Syah pula.

Semua rakannya terus saja memukul manja Syah.

"Kau ni hormat sikit Abang Idola baru nak up boleh tak? Dia pun nak famous gak! Asyik muka ikan kering kau je yang famous!" Sindir Izzat pula.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now