51 》 Get Ready Antagonis

357 25 0
                                    

Gadis itu mematikan panggilan dengan kasar. Meja dihentak tanda geram.

"Ergh!!! Aku dah tunjuk macam-macam kat kau kan?! Takkan itu pun kau masih nak jumpa perempuan tu lagi?!" Soal gadis itu geram.

Mendengar hentakkan meja yang kuat, Seseorang telah masuk ke dalam bilik gadis itu.

"Hei! Hei! Hei! Ni kenapa main hentak-hentak meja ni? Ingat ni kelas belajar pancaragam apa?" Soal Lelaki itu pelik.

Gadis itu mendengus kasar. Henfon di tangannya di campak kasar di atas meja. Tangan disimpul di dada tanda geram.

"Kau kalau masuk sini nak memekak baik kau blah je la! Aku tengah serabut ni!" Ucap gadis itu geram.

Lelaki itu mengeluh kecil. Kaki melangkah masuk ke dalam bilik dan pintu ditutup. Kerusi di hadapan gadis itu di tarik lalu bersemuka dengannya.

"Haih... kau kenapa ni? Nak kata Zach tak bagi duit, tiap-tiap bulan dia bagi kau kan? Bilik kau Mewah. Semua ada. Apa yang kau tak puas hatinya lagi?" Soal lelaki itu perlahan.

Gadis itu mendengus geram.

"Bukan pasal Zach tu la! Orang lain!" Ucap gadis itu malas.

Lelaki itu menggaru perlahan kepalanya. Ape masalah kau?!

"Apa yang tak kena ngan orang lainnya?" Soal Lelaki itu malas.

Soal kehidupan gadis itu 80% di handle oleh lelaki itu. Lagi 20% Zach si biskut Tiger yang uruskan.

Gadis itu membuka henfonnya lalu dicari sesuatu. Terus dicampak ke arah lelaki itu.

Dengan malasnya dia mengambil. Satu gambar di tilik.

"Kau tau kan Ian, aku tak suka budak kentot tu rapat ngan Zara. Aku tak nak Zara ada apa-apa kaitan dengan lelaki lain!" Ucap gadis itu tak puas hati.

Ian mengeluh kecil. Henfonnya di serahkan semula kepada gadis itu.

"Kenapa? Biarlah dia nak bercintan cintun semua tu. Tak de kena mengena dengan hidup kau kan? Ke kau...."

"Kalau aku Lesbian tak de aku layan boss kau bang*ng!" Pintas gadis itu.

Lelaki itu tersenyum kecil. Marah betul si comel ni dengan dia.

"Dah tu apa yang kau tak puas hati dengan dia Sarah? Dia tak de pun kacau-kacau kau kan? Elok je aku tengok dia layan kau" ucap Ian pelik.

Sarah mengeluh kecil. Wajah Ian dipandang.

"Memang la dia tak de kacau aku. Tapi aku tak nak dia keluar dari kelab tu! Dia pernah cakap ngan aku kalau dia dah jumpa calon yang sesuai, dia nak khawin. Kalau dia dah khawin, dia mesti akan ikut suami dia kan? Aku tak nak Zara keluar dari situ!" Ucap Sarah panjang.

Ian menghela nafas panjang. Kepalanya diurut lembut.

"Sarah... dia tu 18 tahun pun belum. Sekolah pun tak habis lagi... Nak khawin celah mananya?" Soal Ian malas.

Sarah diam sejenak.

Ouh! Ye ke? Kenapa aku tak tahu pun?

"Arghh!!! Lantak lah! Tapi nanti dia dah 18, dia khawin jugak kan? Sebelum benda tu berlaku, aku tak nak Zara ada apa-apa hubungan dengan jantan lain" ucap Sarah perlahan.

Ian diam. Memikirkan ayat yang disebutkan Sarah.

"Kenapa kau tak bagi dia keluar dari kelab tu? Lagipun suka hati dia la... dia ada masa depan kan? Dia tu muda lagi. Mesti la dia nak bina keluarga kan?" Soal Ian lembut.

Sarah diam sebentar. Kepala ditongkatkan di atas tangannya. Satu keluhan di lepaskan.

Banyak yang bermain di fikirannya. Dari dulu lagi dia terhimpit dengan satu masalah yang menganggu hidupnya.

"Sebab aku pun tak boleh keluar..." ucap Sarah perlahan.

Ian diam. Nafas di hela panjang. Dia tahu soal keadaan Sarah dan sangat bersimpati dengannya.

Dia milik Zach si biskut Tiger bukan? Apa-apa keputusan soal Sarah, Zach yang pegang. Selagi Zach tak mahu bebaskan Sarah, selagi itu Sarah milik Zach.

"Okay... I'm sorry kalau bawak mood kau down. So... apa plan kau?" Soal Ian perlahan.

Sarah diam. Ditarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicara.

"Aku ada terfikir satu plan ni. Tapi tak pasti la bernas ke tak..." ucap Sarah perlahan.

Ian merapatkan dirinya dengan Sarah.

"It's okay. Aku boleh perbaiki plan kau kalau tak best" ucap Ian lembut.

Sarah memandang Ian tajam.

"Kita pisahkan Zara dengan si kenit tu cepat-cepat. Jangan sampai si kenit tu dah maafkan Zara. Pujuk Hazriz supaya terus bawak Zara pindah ke mana-mana supaya Si kenit tak sempat jumpa Zara lagi. Aku tak nak diorang berhubung jugak. Sebab... kalau Hazriz dah bawak Zara pergi, diorang takkan jumpa lagi" ucap Sarah sambil tersenyum.

Ian diam. Perlahan dia mengangguk dan tersenyum kecil.

"Boleh juga... So... kau nak mula bila?"

Sarah tersenyum sinis. Badan disandarkan ke kerusinya.

"Aku nak mula malam ni"

Lolipop Gangster !Onde histórias criam vida. Descubra agora