75 》 Family baru

491 24 0
                                    

Linda membantu Puan Raziah untuk berjalan. Bukannya wanita tua itu tidak larat tapi dia cukup cemburu bila Mamanya asyik bercakap dengan gadis tempoh hari.

Dia pun mahukan perhatian Mamanya!

"Linda... kenapa masam je ni? Linda okay?" Soal Raziah prihatin.

Dia perasan akan perubahan wajah anak tirinya itu lepas dia memperkenalkan Zara kepadanya.

Linda hanya menarik muka. Tak mahu bercakap dengan Mamanya.

Mama milik Linda sorang je. Bukan orang lain!

Puan Raziah berhenti seketika. Wajah gadis itu dipandang. Zara juga begitu. Perasan benar perubahan wajah Kakak tirinya.

"Linda... Mama tanya ni... Linda okay tak ni? Linda tak suka ye jumpa adik Tiri Linda?" Soal Puan Raziah sedikit kecewa.

Perlahan Linda menggeleng. Tipulah tak suka. Dah lama dia mengiginkan adik sebagai peneman hidupnya. Dia pula hanya ada seorang Abang saja. Bosan!

"Mana ada Linda tak suka... cuma..."

Linda mendekatkan wajahnya dengan Puan Raziah. Tak mahu gadis itu kecik hati.

"Mama percaya ke dia anak kandung Mama? Kalau dia tipu macam mana? Dia tu dah la macam gangster! Kalau dia ugut kita macam mana? Lin tak suka la Mama..." Ucap Linda tak puas hati.

Perlahan senyuman mekar di wajah Puan Raziah. Wajah anak tirinya dipandang. Zara hanya diam.

Dia cukup janggal dengan keadaan sekarang. Hati kata mahu tapi otak kata jangan. Dia dah lama anggap Ibunya membenci dia adik beradik. Tapi... dah terjumpa kan.

"Lin cemburu ye Mama jumpa Airin?" Soal Puan Raziah menduga.

Perlahan Linda menggeleng menidakkan perasaan Mamanya.

"Mana ada! Lin cuma... tak percaya dia je..." ucap Linda menipu.

Puan Raziah tergelak kecil. Dia menarik Linda dan Zara agar terus berjalan bersama dengannya.

"Mama kenal la anak Mama. Mama yang tegur dia dulu bukan dia yang tegur Mama. Lin jangan risau ye... kasih sayang Mama tetap sama. Kalau Lin tak percaya kita boleh buat ujian DNA kan alang-alang dah ada kat hospital ni" ucap Puan Raziah selamba.

Linda menarik mukanya. Geram barangkali diperlekeh begitu.

"Ma...jangan lah cakap macam tu... dia dengar la" ucap Linda tak puas hati.

Zara hanya tersenyum kecil. Malas mahu melayan perangai kakak tirinya yang dianggap mengada itu.

Pintu wad Faris di buka. Terus mereka bertiga masuk ke dalam. Katil Faris dituju.

Kelihatan Faris sedang elok bermain game. Melihat pintu wad dibuka, dia pantas saja menoleh.

Sedikit terdiam melihat gerangan yang melawatnya. Zara laju saja mendekati Faris.

"Faris... aku... ada benda nak cakap dengan kau ni..." ucap Zara perlahan.

Dia tak mahu wanita itu mendengarnya. Faris memandang Zara.

"Mak Cik tu... aku tak tahu nak percaya atau tak. Tapi... dia kenal kita. Aku rasa tu Ibu. Tapi kau tahukan Ibu tinggal kita macam mana. Dia nak jumpa kau. Jadi aku bawak dia datang sini. Aku tahu kau mesti ada banyak benda nak tanya dia kan?" Soal Zara perlahan.

Faris terdiam. Dah lama dia tak jumpa Ibu. Ini satu kejutan. Wajah wanita itu sama seperti dahulu. Cuma kelihatan sedikit tua.

Tangan Zara diacapai. Menarik kakaknya agar dekat dengannya.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now