79 》 Terima kasih Cinta, kau buat ku bahagia...

583 32 0
                                    

"Maaf, sa... saya tahu saya tak sepatutnya datang sini. Saya minta maaf. Saya cuma datang nak tengok Izz je. Saya pergi dulu"

Belum sempat Airin beransur pergi, satu tangan menarik jarinya. Airin terdiam melihat tingkah selamba Izz.

"Rose janganlah pergi dulu... temankan lah Minion kat sini..." rengek Izz.

Airin terus menarik tangannya. Dia tak mahu Puan Maria mengamuk lagi. Terus saja dia berjalan meninggalkan Izz di situ.

"Zara... tunggu sekejap" pinta Puan Maria.

Kaki Airin terus terhenti. Dia masih statik di depan pintu wad. Puan Maria mendekati Airin.

Tubuh Airin di tarik ke dakapannya. Airin terdiam melihat tingkah Puan Maria.

"Mak Cik... minta maaf. Mak Cik yang tuduh Zara melulu. Mak Cik tak periksa dulu betul ke tak. Mak Cik minta maaf ye Zara. Mak Cik rasa bersalah sangat kat Zara. Izz dah ceritakan semuanya pada Mak Cik bila dia sedar petang semalam. Dia cakap yang Zara tak salah dalam semua hal ni. Mak Cik tuduh Zara macam-macam. Tapi sebenarnya salah tu dari anak Mak Cik sendiri, Hariz... Mak Cik minta maaf atas semua layanan buruk Mak Cik kat Zara. Tanpa Mak Cik sedar, Zara la perempuan yang paling baik. Zara hanya diam aje bila dengar semua tuduhan yang Mak Cik buat. Zara redha bila Mak Cik benci Zara tanpa sebab. Mak Cik minta maaf sebab tuduh Zara pelacur. Baru Mak Cik tahu... yang Zara buat semua ni sebab Hariz. Kalau bukan Hariz yang mula dulu, mesti hidup Zara tak jadi macam ni kan? Mak Cik minta maaf Zara" ucap Puan Maria panjang.

Airin terdiam. Perlahan dia membalas pelukan Puan Maria. Semua orang melakukan kesilapan. Sebaik baik mana pun dia, mesti akan ada silap yang dia buat.

"Tak pe lah... Zara... tak kisah pun... Zara dah biasa... lagipun semua orang tak lari dari kesilapan kan? Zara juga ada kesilapan Zara sendiri. Kalau Zara tak setuju untuk ikut Ayah dulu, Hariz pun takkan jumpa Zara masa tu" ucap Airin perlahan.

Puan Maria melepaskan pelukannya. Dia memberikan secebis senyuman buat Airin.

"Betul cakap Izz... Zara sebenarnya baik. Cuma Mak Cik aje yang salah menilai Zara. Mak Cik minta maaf ye" ucap Puan Maria lembut.

Zara tersenyum kecil.

Mama Minion suka aku? Eii! Nanti aku boleh la lepak sini dengan Minion hari-hari!

"Tu la Ma... kan Izz dah kata buah hati Izz ni baik. Mama je yang tak percaya" ucap Izz perlahan.

Airin tersedak.

Apa dia cakap dengan Mama dia? Aku ni buah hati dia? DIA NI GILA APA?!

Puan Maria menoleh ke arah Izz. Satu pandangan tajam diberikan.

"Amboi... mentang-mentang Mama dah suka Zara, terus panggil buah hati ye... Anak Mama ni dah pandai kan ikut perangai gatal Papa?" Soal Puan Maria geram.

Izz tersengih. Zara statik di situ.

"Ala... kalau Papa boleh gatal-gatal dengan Mama... takkan Izz tak boleh nak gatal-gatal dengan Airin?" Soal Izz selamba.

Airin mulai lemas.

Kenapa? Kenapalah Izz terus terang dengan Mama dia? Aku ni baik-baik hati kental serupa getah tayar lori pun boleh cair dengar ayat dia.

Masaklah aku macam ni!!! Tu lah Airin! Sape suruh kau ajar dia ayat sweet-sweet dulu. Kan dia dah ikut perangai kau!

"Amboi! Dah sihat bukan main ea dia! Kaki sakit lagi tak sedar diri! Ada hati nak gatal dengan anak dara orang ea? " marah Puan Maria.

"Ala Mama ni... Izz baru nak bahagia sikit... dulu asyik Airin aje yang buat Izz blushing. Kali ni biarlah Izz buat Airin blushing pulak!" Bentak Izz.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now