14 》 Memori Hitam

504 37 6
                                    

Bunyi deringan henfon mengejutkan Zara yang sedang lena. Terus saja henfon diambil lalu skrin dilihat.

Idris ( Ayah )

Mata Zara terus membulat. Terus saja dia bangun dari pembaringannya.

"Alamak!!! Apa aku nak buat nii?" Soal Zara panik.

Tak pernah Ayahnya menelefon. Kalau telefon pun mesti ada hal penting.

Sedang asyik dia Zara memikirkan caranya, henfonnya kembali gelap.

Idris mendengus geram. Henfonnya di baling ke arah sofa. Wajah kedua anaknya di pandang.

"Kakak kau ni pergi mana hah?! Ada henfon tu kalau tak jawab baik bakar aje benda tu!" Ucap Idris geram.

Rambutnya dikusutkan tanda stress.

"Manalah kitorang tahu dia kat mana! Dah la Adam! Jom la kita pergi sekolah. Nanti lambat kena denda pulak" ucap Faris lalu menarik tangan adiknya.

Adam hanya mengikut saja tarikan Abangnya. Idris membiarkan saja mereka berdua berlalu.

Idris hanya mahukan anak dia yang sulung itu. Faris juga risau akan keberadaan Zara.

'Manalah kau pergi ni Zara?' Soal hati kecil Faris.

Zara yang melihat henfonnya gelap terus mengemaskan begnya. Dia menjengah sedikit ke luar sebelum pergi dari situ.

Kalau ada orang nampak aku mampush aku!

Line clear!

Zara terus keluar dari terowong tersebut. Langit masih lagi gelap. Mungkin sudah menginjak 7 pagi.

Biasanya dia akan balik pada pukul 4 atau 5 pagi. Tapi... aish! Selesa sangat agaknya terowong tu sampai dia sendiri tak sedar.

Zara mengambil jalan pintas dengan mencilok di sebalik lorong-lorong di kawasan perumahan tersebut.

Pintu pagar rumahnya di pandang seketika. Nasib motor ayahnya sudah tiada.

Zara berjalan perlahan menuju ke rumahnya. Pintu rumah dibuka perlahan.

Gelap.

Eish! Ayah ni memang tak suka buka tingkap ke?

Zara mengeluh kecil. Terus pintu depan ditutup. Dia mula berjalan menuju ke arah tangga.

Langkah dia terhenti saat Idris turun dari atas. Mata Zara mulai takut.

Perlahan dia mengundur saat Idris semakin hampir dengannya. Langkah dia terhenti apabila kakinya terkena sofa di belakangnya.

Senyuman Idris melebar. Zara yang takut memegang erat tali begnya.

"Zara pergi mana? Kenapa lambat balik? Risau Ayah" ucap Idris lembut.

Tak. Jangan tertipu dengan kelembutan.

"Za... Zara tertidur kat Taman. Tu yang Zara lambat balik. Zara minta maaf kalau buat Ayah risau" ucap Zara perlahan.

Mata Idris yang tajam menyebabkan Zara takut mahu bertentang mata. Dia hanya menunduk saja.

"Ooo... kenapa Zara boleh tidur kat taman pulak?" Soal Idris lagi.

Zara diam. Memikirkan jawapan yang sesuai untuk menutup salahnya arini.

Melihat Zara yang diam menyebabkan Idris mulai terbakar. Ditarik kuat rambut panjang Zara.

"Kalau aku tanya kau jawab lah! Kau fikir kau tu tunggul ke hah?!" Soal Idris kasar.

Kepala Zara mulai sakit.

"A... Ayah lepaskan la Zara... sa.. sakit" ucap Zara perlahan.

"Sakit! Sakit! Tahu pulak kau ni sakit! Kau pergi mana hah semalam?! Boss kau kata kau tak datang kerja malam tadi! Kau nak sangat ke aku ni mati?! Kau pergi mana ha?!" Soal Idris geram.

Zara mulai ketakutan. Air matanya mulai bertakung.

"Zara... Zara minta maaf. Zara tak larat nak pergi kerja malam tadi" ucap Zara perlahan.

Rambut Zara dilepaskan kasar. Terus saja Zara memegang kepalanya yang sakit.

"Tak larat?! Habis aku jaga kau tiga orang ni kau fikir aku larat ke hah?! Mak kau tu kau tahu lari sebab apa?! Sebab dia tak suka korang! Dia benci kau! Sebab tu dia lari! Kau ingat dia sayang sangat ke dengan korang?! Korang ni menyusahkan kau tau tak?!" Soal Idris kasar.

Pipi Zara menjadi tempat di melepaskan geram. Terus saja dia tersungkur ke lantai.

Air matanya jatuh perlahan. Zara memegang pipinya yang sakit. Darah mengalir perlahan.

Dahinya yang terhantuk di lantai terasa sakit. Mungkin akan ada benjol di situ.

Tak! Aku tahu Ibu bukan macam tu! Ibu sayang kitorang. Cuma Ayah aje penyebab Ibu lari!

Idris menghela nafas panjang.

"Kau tahu tak kalau kau tak pergi sana, aku boleh mati! Kau tak ingat ke apa yang aku janji dengan kau?! Ke kau buat-buat lupa?!" Soal Idris kasar.

Zara menggeleng perlahan menidakkan tuduhan Idris.

"Tak.. Zara masih ingat lagi. Zara... Zara minta maaf" ucap Zara perlahan.

"Maaf! Maaf! Itu je la yang kau tahu cakap kan?! Aku rasa aku kena ajar kau ni biar kau faham sikit" ucap Idris lalu mencapai rotan di tepi dinding.

Zara menggeleng. Dia dah serik kena dengan benda tu. Kecil tapi berbisa.

"Ayah... Ayah, Zara minta maaf Ayah. Ayah jangan buat Zara macam ni... tolonglah Ayah Zara minta maaf" rayu Zara lagi.

Idris tidak mempedulikan rengekan anaknya. Terus saja rotan tersebut hinggap di kaki Zara.

Pedihnya hanya dia saja yang tahu. Sakitnya hanya di saja yang tanggung. Air mata yang menjadi peneman saat sakitnya datang.

Kaki Idris di capai Zara.

"Ayah... tolong lah Ayah... jangan buat Zara macam ni... Zara minta maaf... Zara janji Zara tak buat lagi... tolong lah Ayah..." rayu Zara perlahan.

Idris terus berhenti. Zara yang masih berada di lantai dipandangnya sepi. Rotan dicampak ke arah lain.

Zara menghela nafas lega. Lembut juga hati ayahnya.

Terus saja Idris menarik kasar tangan Zara agar gadis itu bangun. Kaki Zara yang sakit itu ditahan.

Apa pula kali ni?

Anak mata Zara dipandang. Air mata di wajah gadis itu diseka perlahan.

"Okay. Aku berhenti. Tapi kau kena layan aku macam dulu" ucap Idris perlahan.

Senyumannya mulai menyenget.

Dada Zara terhenti. Memori hitam bertaut di mindanya kembali. Air mata terus berhenti mengalir.

Lolipop Gangster !जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें