64 》 Soalan

312 21 0
                                    

Pistol di acu ke arah Zara dan Izz silih berganti. Izz terdiam.

Takkan Abang aku sanggup tembak orang?

"Tolong? Tolong apa Zara? Aku dah kata kan jangan lari lagi atau keluarga kau yang kena. Sekarang cakap ngan aku. Siapa yang bersalah sebenarnya? Aku atau kau?" Soal Hazriz sinis.

Zara mulai gelisah.

Adik, adik akak minta maaf kalau Akak dah bahaya adik dalam hal ni. Akak minta maaf.

"Haz.. tolong la... adik aku tak tahu apa-apa dalam hal ni. Dia tak de kena mengena" rayu Zara.

Hazriz tersenyum sinis.

"Dah terlambat. Dan kau pulak..."

Pistol di acu ke arah Izz. Izz terkaku.

"Kau ni dari dulu menyusahkan aku tahu tak? Aku ni punyalah baik sampai tak nak cederakan kau sebab kau ni adik aku tapi... aku dah cakap kan jangan masuk campur urusan aku atau kau yang kena" ucap Hazriz keras.

Izz hanya diam. Dia tak mampu berkata-kata. Seseorang masuk ke dalam.

"Semua dah ada kat rumah tu Haz... budak sana baru inform aku" ucap Raymond mendatar.

Hazriz tersenyum sinis. Pistol disimpan dalam koceknya kembali.

"Bagus... bawak dua ketul ni sekali. Jangan bagi terlepas lagi atau kau yang mati" ucap Hazriz lalu keluar.

Melihat lelaki itu mendekati mereka berdua, Izz terus memeluk erat lengan Zara.

Suasana kembali kelam.

... at a wooden house ...

Izz perlahan bangun dari pembaringannya. Badannya terasa sakit sekali.

Lepas di pukul tadi, tengkuknya terasa begitu sakit.

"Izz... kau dah bangun?" Soal Zara lembut.

Izz hanya diam. Dia mulai duduk dengan elok. Memandang Zara yang berada di tepinya.

Kejap! Zara pangku kepala aku ke tadi? Aku... Aku tidur atas riba dia?! Argh!!!! Aku rasa macam nak nyorok bawah lantai la...

"Er... dah... kita... kita kat mana ni?" Soal Izz menukar topik.

Zara mengeluh kecil. Pipinya diusap lembut.

"Rumah lain. Aku tak pasti kat mana. Sedar je dah kat sini. Tengkuk kau sakit ke?" Soal Zara prihatin.

Izz menggeleng perlahan. Tak mahu gadis itu terlalu risau akan dirinya. Zara tersenyum kecil.

"Ambik ni speck kau. Tapi dah bengkok sikit la... bukan aku yang buat ea..." ucap Zara lembut.

Izz mengeluh kecil. Diambil dari tangan Zara lalu dipakai. Nampak senget sikit. Tak pe lah janji otak tak senget.

"Kau lagi hensem kalau tak pakai speck la Izz. Apa kata kau bukak je speck kau. Kan nampak rupa kau tu sikit" ucap Zara sengaja.

Dia tak mahulah suasana suram saja. Dia perlukan sedikit tawa.

"Ma... mana boleh. Nanti tak nampak macam mana?" Soal Izz segan.

Entahnya Zara ni... nanti tak nampak jodoh aku kan susah!

Zara tersenyum kecil. Izz terus bersandar di dinding seperti Zara. Wajah sembab Zara di perhati.

Lolipop Gangster !Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ