78 》 Tersedar

519 32 3
                                    

Melihat Puan Maria yang baru keluar dari wad Izz membuatkan Airin tersenyum kecil.

"Lawanya Mak Cik tu. Dia tu Mak mentua kau ke?"

Airin yang terkejut terus menyiku perut Haqem. Nasib sempat Haqem mengelak.

"Woi! Kau ni bahaya betul lah!" Ucap Haqem terkejut.

Airin hanya mendengus geram. Dia terus meninggalkan Haqem dia situ. Malas mahu bertekak. Baru saja dia ingin melangkah ke sana...

"Ehem, ehem. Adik nak pergi mana ni?" Soal Haqem tegas.

Dari tadi dia perasan ketiadaan Airin di rumah. Budak ni suka tau keluar tak bagitahu.

Nasib firasat hatinya betul. Tejumpa pulak masa Airin tengah jalan nak pergi sini. Dari tadi dia merenung apa yang Airin renungkan sampai dia tak perasan.

Airin menghela nafas panjang. Wajah Haqem di pandang geram. Tak suka betul bila dikongkong.

"Kau ni pahal menyibuk dalam hidup aku ha? Suka hati aku lah nak pergi mana pun. Yang kau sibuk pahal?! Ada aku rembat kereta kau? Tak de kan? Ada aku paksa kau merengek suruh kau hantar aku kat sini? Tak de kan. So, back off! Aku busy" ucap Airin selamba.

Belum sempat Airin berjalan, lengannya di tarik Haqem. Airin mendengus geram. Pahal siak budak ni?

"Kau nak apa lagi?" Soal Airin malas.

Haqem melepaskan lengan Airin. Suka dia melihat Airin bertudung. Kulit Airin yang cerah di padankan dengan bawal purple itu nampak cantik.

"Sejak bila kau pakai tudung ni? Nampak... cantik" puji Haqem ikhlas

Dia sangat suka melihat Airin yang cantik bertudung. Bidadari syurga turun dari langit. Airin menggulingkan matanya.

"Sejak kau menyemak nak jadi Abang mithali la. Dah la kau ni sibuklah! Aku nak cepat ni" ucap Airin malas.

Ditinggalkan saja Haqem disitu.

"Erm.. a.. aku nak ikut boleh?" Soal Haqem sengaja.

Airin terdiam. Dia terus memandang Haqem atas bawah. Haqem terus mendekatkan dirinya dengan Airin.

"Boleh la... aku pun nak tengok kau melawat sape. Lagipun aku kan di amanahkan Ibu kau untuk jaga kau setiap hari" ucap Haqem lagi.

Airin mengeluh geram. Dia terus  berlalu dari situ.

"Cepatlah"

Haqem sudah tersenyum. Abang tahu Adik Abang baik dan comel. Haqem terus mengikuti Airin masuk ke dalam.

Airin tersenyum kecil. Seperti biasa, dia akan menukar bunga Rose itu. Tapi kalini bukan saja warna kuning.

Dia membawa warna merah pekat, pink dan kuning. Air yang berada di dalam balang di buang dan ditukar air baru.

"Botol tu aku tak nampak pun kau bawak tadi. Bila masa kau beli?" Soal Haqem pelik.

"Rembat je la. Air habis boleh beli" ucap Airin selamba.

Haqem hampir tergelak. Rembat? Suka hati dia je!

Haqem mendekati tubuh yang terbaring di situ. Nampak nyenyak sekali di alam mimpi. Kelihatan alat bantuan pernafasannya sudah hilang.

Mungkin keadaanya bertambah baik.

"Kau kenal ke dia Airin?" Soal Haqem lagi.

Airin yang ralit menyusun bunga di dalam balang mengikut warna berasa terganggu.

"Kalau aku tak kenal tak de nya aku nak datang sini jenguk dia" ucap Airin malas.

Haqem mencebik. Orang tanya baik-baik dia main-main pulak.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now