76 》 belum ending la...

460 25 1
                                    

Berkali-kali Puan Raziah meminta maaf setelah mendengar penjelasan Zara tentang keberadaan mereka bertiga di sini.

Dia cukup rasa bersalah sangat dengan apa yang terjadi. Kalau bukan sebab dia nak mengelak dari Idris, pasti semua ni takkan berlaku.

"Ibu... tak de pa pe lah... semua dah berakhir dah pun... Ibu jangan risau okay. Airin dah lama maafkan Ibu" ucap Zara lembut.

Puan Raziah menggeleng. Dia menarik Zara mendekatinya. Diusap lembut wajah Airin yang di jahit.

Zara menghela nafas panjang. Sabar je la...

"Mana boleh Ibu maafkan diri Ibu kalau Airin yang terpaksa tanggung semuanya. Airin... Airin terpaksa jadi 'Ibu' untuk Faris dengan Adam. Cari duit untuk keluarga. Kena jual dengan... jantan tu. Kerja kat kelab. Terpaksa terima dengan redha apa yang orang cakap kat Airin. Lari lagi daripada orang yang beli Airin. Luka apa ni semua. Ibu... Ibu bersalah sangat pada Airin. Kalaulah Ibu cuba bertahan dulu... pasti Airin takkan tanggung semua ni. Airin akan ada masa depan yang baik. Ibu... Ibu minta maaf. Ibu gagal jadi Ibu yang baik untuk Airin dengan adik-adik" ucap Puan Raziah panjang.

Airin menghela nafas panjang. Baginya itu hanya sementara saja. Dia juga redha bila Ibunya mahu dia menjaga Adik-adiknya dan menggalas tanggungjawab sebagai 'Ibu' untuk Adam dan Faris.

"Tak de pa pe la Ibu... macam Airin cakap tadi... Airin tak kisah. Lagipun Ibu dah jumpa kitorang balik dah cukup buat Airin dengan adik-adik rasa bahagia. Bagi Airin, Ibu tetap Ibu yang terbaik untuk Airin. Lagipun, kalau Ibu tak lari dulu... kitorang pun tak tahu Ayah tu sebenarnya macam mana" ucap Zara memujuk.

Puan Raziah mengangguk perlahan. Dia cukup puas bila mendengar yang Idris dah ditangkap. Hatinya juga senang melihat anak-anaknya gembira dengan Kakak baru mereka.

Terutamanya sekali Faris...

"Mama... Mama pergi lah tengok anak Mama si Faris tu... dia buli Linda lagi!!! Mama suruh la Airin tu jaga dia! Lin tak nak la si Faris tu! Asyik kena arah je Lin tak suka la!!! Tapi kalau Adam tu Lin tak kisah. Tapi bukan dengan Faris okay!" Adu Linda sebaik saja masuk ke dalam wad Puan Raziah.

Semua mata tertumpu pada Linda yang muncung. Bukanlah si Faris tu mahu buli betul. Faris cukup gembira bila dapat kakak yang baik hati seperti Linda. Bukan keras seperti Zara.

"Ha! Ngadu la tu! Cengeng!" Ejek Faris.

Pakaiannya sudah ditukar. Harini Faris dan Puan Raziah dah boleh check out. Seronok betul Faris bila Puan Raziah kata dia akan satu rumah dengan Linda.

Puan Raziah bukanlah sakit teruk. Hanya penyakit jantung saja. Kesan daripada di bekerja kuat dulu.

Dan sudah mendapat kebenaran suaminya Encik Khairul untuk membawa anak kandungnya tinggal bersama dengannya.

"Mana ada cengeng! Kau tu je yang suka buli aku! Mama! Marah la dia Mama!" Adu Linda lagi.

Puan Raziah menghela nafas panjang. Matanya tajam menikam anak mata Faris. Tapi lagi garang yang ni.

"Woi gemuk! Kau kalau satu hari tak buat dia memekak tak boleh kan? Kau ni bingit tau tak aku dengar dia asyik ngadu je. Dari semalam lagi tahu tak hospital ni dah macam rumah dia. Kau buli dia, dia balik sini ngadu. Ingat drama pukul 7 ke, kena marah dengan suami balik rumah Mak?!" Bebel Zara panjang.

Faris hanya mencebik. Dia sudah memandang Linda tajam.

Sebab kau lah aku kena marah!

Puan Raziah menarik Zara ke sisinya. Menenangkan hati muda itu.

"Dah la tu Airin... apa ni marah adik macam tu? Cakaplah elok-elok. Kesian adik tu hari-hari kena marah" pujuk Puan Raziah.

Zara hanya menghela nafas panjang. Wajah Puan Raziah dipandang lembut.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now