47 》 Luah

354 24 0
                                    

Zara mengeluarkan lolipop perisa vanilla coklat yang di belinya tadi. Senyuman kecil terukir.

...FLASHBACK...

Izz terus mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Disuakan kepada Zara.

"Ambiklah. Aku sempat beli banyak tadi" ucap Izz lembut.

Zara memandang Izz tidak berkelip. Biar betul budak ni?

"Lolipop? Tch! Kau ingat aku budak kecik ke nak makan benda tu?" Soal Zara sinis.

Izz mengeluh kecil. Ditarik tangan Zara agar menyambut lolipop tersebut.

"Lolipop tak semestinya di makan oleh budak kecik! Kau gangster kot! Kau cakap ngan aku gangster mana yang tak makan lolipop?" Soal Izz lagi.

... ENDFLASHBACK...

"Kau kata lolipop ni dapat menyeimbangkan kandungan bahan kimia dalam otak aku kan? Nanti stress aku boleh hilang. Tapikan... sampai sekarang aku tak boleh bukak lolipop. Boleh tak aku nak kau datang bukak kan lolipop untuk aku?" Soal Zara sendirian.

Perlahan senyumannya pudar. Izz takkan datang untuk dia. Walaupun hanya sebatang lolipop.

Zara menyimpan kembali lolipop itu. Dia mengambil gitar di sandar di tepi pondok. Tali dipetik satu persatu mempersembahkan alunan iramanya.

"Kalau kau tak benci aku, mesti kita duduk sini sama-sama, memekak sama-sama. Kan?" Soal Zara sendirian.

Tali dipetik mengikut irama yang Zara mahukan. Perlahan dia mula mengikut rentak muzik yang dicipta.

"Segala kenangan indah
Tlah ku lewati bersamamu
Ku tak bisa jauh dari mu
Jangan kau tinggalkan ku

Pahit asam manisnya cinta
Tlah ku lewati bersamamu
Ku tak bisa jauh dari mu
Jangan kau tinggalkan ku"

Zara mengelus lembut air matanya. Jarinya masih lagi bergelut dengan tali gitar bagi menghasilkan irama indah.

"Kini ku hanya berharap
Berharap dan terus berharap
Kau takkan tinggalkan diriku
Jangan kau hancurkan ku

Ku mencintai dirimu
Ku mohon jangan tinggalkan ku
Ku tak bisa jauh darimu
Jangan kau tinggalkan ku

Dua kata yang tak pernah
Bisa ku lupa dari dirimu
Kata rayu manis manjamu kekasih
Kau bilang kau takkan pernah
Tinggalkan diriku
Apapun yang terjadi,
Apapun yang terjadi

Kau tak pernah berfikir
Betapa besar cinta ini
Kau buatku terluka
Hinggaku terjatuh
Di dalam hatimu

Kau tak pernah berfikir
Kau akan tinggalkan diri ini
Kau hancurkan diriku
Namun engkau jauh
Tinggalkan diriku"

Zara mengelus lembut pipinya. Dia termenung seketika dan mengeluh. Matanya tertancap pada dua figura manusia yang semakin menghampirinya.

Zara menyeka pipinya. Tak mahu kelihatan lemah depan adiknya. Senyuman kecil buat Adam dan Faris.

"Kakak! Kau pergi mana? Penat tau Adam dengan Abang cari..." ucap Adam muncung.

Zara tergelak kecil melihat wajah masam adik bongsunya. Adam terus duduk di sebelah Zara. Dielus lembut kepala adiknya itu.

"Akak tak lari mana la... kat sini jugak kan?" Soal Zara lembut.

Adam hanya muncung. Faris berlabuh di sebelah Adam.

Lolipop Gangster !Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz