67 》 Pengorbanan Cinta

377 29 0
                                    

Anak buah Hazriz datang ke dalam bilik itu. Hampir separuh memenuhi ruangan di situ.

Zara hanya memandang geram. Dia tahu Hazriz akan main tipu.

"Lawan.... atau mengalah?" Soal Hazriz lembut.

Zara menarik nafas panjang.

"Zara... janganlah... buat macam ni... fikir cara lain" ucap Faris perlahan.

Perlahan Zara menggeleng.

"Berani buat berani tanggung. Aku lawan" ucap Zara yakin.

Faris mengeluh panjang. Dia yang masih terikat di kerusi itu hanya duduk di suatu sudut. Duduk diam? Memang tak lah! Selagi dia boleh merungkai ikatan itu dia cuba.

Zara hanya statik di situ. Yakin? Adakah dia benar-benar yakin boleh menang atau dia hanya mahu melindungi orang yang dia sayang dari dicederakan lagi?

Hazriz mengukir senyuman kecil. Dia mengundur kebelakang beberapa langkah membuatkan semua mata memandangnya.

"Aku nak tengok sejauh mana kekuatan kau lepas kau lari 2 tahun lepas. Habiskan semua baru fight dengan aku"

Anak buah Hazriz terus memulakan serangan. Izz hanya berganjak kebelakang perlahan.

Aku ni dah la kecik. Kang tak pasal-pasal jadi alas kaki kat sini pulak.

Zara juga kelihatan sudah bersedia. Hanya dengan tangan kosong. Yang lain penuh dengan senjata. Apa yang dia buat adalah tumpaskan seseorang dan rampas senjata dia.

Izz bersandar di dinding. Kepalanya yang dihantukkan Hazriz memberi kesan buruk padanya. Rasa sakit di kepala kian menebal. Terasa juga darah mengalir di dahi akibat hantukan kuat itu.

Darah di lengan dan kakinya mulai kering. Tapi pejalnya tetap terasa. Lebih sakit didadanya yang sepak kuat Hazriz. Sebab itu, batuknya tak berhenti.

Izz memandang Zara. Dia memang tangkas. Tapi ada sesekali dia di pukul curi.

Mana mungkin seorang gadis bertangan kosong mampu melawan berpuluh orang lelaki yang bersenjata!

Tak mungkin.

Dia kasihan. Kasihan dengan nasib Zara. Terdengar juga rintihan yang terkeluar dari mulut Zara.

Tapi dia tetap bangkit demi semangat untuk membebaskan diri dari dunia gelap.

Mata Izz melirik ke arah Hazriz. Hazriz hanya tersenyum melihat gadis itu di pukul dan dicederakan.

Apakah maksud manusia dan nyawa di mata Abangnya?

Sekadar permainan?

Raymond mengambil kayu di tepi. Di hayun dan mengenai badan Zara. Dia tetap cekal. Membalas balik dengan tendangan didada dan membuatkan Raymond terjelupuk di lantai.

Zara mengambil kayu tadi lalu menendang Raymond.

"Adam! Cari phone dia call polis!" Bisik Faris.

Hanya Adam yang dia boleh harapkan. Adam takut. Takut kalau pistol tadi menghantuinya.

"Adam cepatlah!" Marah Faris.

Adam hanya mengikut. Raymond mulai bangkit. Zara yang melihat Adam mendekati Raymond terus memijak kasar perut Raymond membuatkan lelaki itu terseksa.

"Adam tolong bukak tali Abang" ucap Zara sepintas lalu.

Dia tak sempat untuk berehat sebentar. Lelaki itu cepat mengambil kesempatan.

Adam buntu. Mana yang harus dia buat?

"Adam call polis! Jangan tunggu!" Ucap Faris lagi.

Adam mengangguk. Terus saja poket Raymond diseluk semuanya. Kakinya yang sakit menyukarkan dia untuk bergerak. Henfon dikeluarkan dan mula mendail sesuatu.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now