72 》 Skodeng

400 22 0
                                    

Linda membantu ibunya untuk duduk di atas tilam. Puan Raziah hanya tersenyum melihat kebaikan anak tirinya.

"Terima kasih tolong jaga Mama kat sini. Buat susah Linda aje..." ucap Puan Raziah perlahan.

Linda memcebik. Tidak suka ibunya mempertikaikan kebaikannya.

"Ma... kan Lin dah kata. Mama ni Mama Lin. Lin kena lah jaga Mama. Kan?" Soal Linda malas.

Puan Raziah tersenyum. Diusap lembut kepala anaknya yang dilitupi tudung.

"Ye la... tapi Mama kan Mama tiri je... bukan Mama kandung Lin. Linda je selalu baik dengan Mama. Mama ni..."

"Mama.."

Puan Raziah terhenti. Linda terus duduk di sebelah Puan Raziah. Tangan wanita tua itu digapai dan diusap lembut.

"Kan Lin dah kata... Mama ni Mama Lin kan? Biarlah Lin jaga dan sayang Mama macam Lin sayang arwah Mama Lin dulu. Okay?" Soal Linda lembut.

Puan Raziah menghela nafas panjang. Hati Linda mulai gusar. Apa lagi yang tak kena dengan hati wanita ini?

"Kenapa ni Ma? Mama tak suka ke Lin jaga Mama?" Soal Linda sedikit kecewa.

Perlahan Puan Raziah menggeleng. Diusap lembut pipi anaknya yang putih.

"Mana ada... Mama gembira sangat Lin jaga Mama. Sekurang-kurangnya ada orang nak teman Mama kat sini. Cuma... "

Ayat Puan Raziah dibiarkan tergantung. Tangannya yang berada di pipi Linda turun ke bahu anak tirinya.

"Mama teringat kat anak kandung Mama dulu. Dah lama Mama tinggal diorang. Rasa rindu pulak dekat anak Mama. Macam mana lah diorang sekarang... entah ada lagi ke tak. Sihat ke tak. Sekolah ke tak. Ada makanan ke tak..." ucap Puan Raziah sayu.

Linda menghela nafas panjang. Dia tahu soal itu. Puan Raziah pernah bercerita dengannya sewaktu dia baru berkhawin dengan Papanya.

"Mama... kan dokter dah kata jangan banyak fikir. Nanti Mama sakit lagi macam mana?" Soal Linda lembut.

Puan Raziah memalingkan wajah dari anak tirinya. Tangannya terus turun lalu di bawa ke perutnya.

"Mama dah tua... sebab tu Mama sakit" ucap Puan Raziah malas.

Sedikit terkilan apabila berbicara soal anak kandungnya tapi tidak diendahkan anak tirinya.

Linda mengeluh kecil. Tangan Puan Raziah di tarik lalu diusap lembut.

"Mama... Mama janganlah macam ni... okay. Kalau Mama rindu... anak kandung Mama... apa kata... kita cari diorang? Kita buat iklan, tanya kat orang pasal anak Mama. Kalau anak Mama masih ada, mesti diorang nampak iklan tu dan contact kita. Pastu Mama boleh jumpa anak Mama balik kan?" Soal Linda sambil tersenyum.

Puan Raziah berfikir sebentar. Dia masih memikirkan soal gadis yang terlanggarnya tempoh hari. Walaupun ada plaster dan kesan jahit diwajahnya, firasatnya kuat mengatakan itu Airin. Anak sulungnya dulu.

Bagaimana lah rupa anaknya sekarang. Lepas ditinggalkan 6 tahun dulu. Adakah cantik sewaktu dia masih kecil? Bagaimana pula badannya? Ramping atau gemuk? Adakah masih ingat janji sewaktu dia mahu meninggalkan anaknya dulu?

Adiknya Faris dan Adam pula. Adakah mereka berdua membesar dengan sihat? Adam tu dah kurus atau semakin gemuk? Faris berwajah garang atau sudah lembut sedikit?

Rindu.

Itu yang dia rasakan. Rasa bersalah kerana meninggalkan anaknya yang masih kecil semakin menebal.

Sewaktu dia berpindah mengikut rakannya dulu, dia di pertemukan dengan Encik Khairul. Bapa Linda. Maka bermulalah rasa cinta mereka berdua bersemai.

Setelah beberapa tahun, mereka mulai semakin mesra. Anak juga suka dengan kehadiran Raziah di rumah mereka.

Akhirnya, dia berjumpa semula dengan Idris bagi menyelasaikan soal penceraian mereka. Hanya duit saja yang mengaburi mata lelaki itu dan semua selesai.

Linda memandang Mamanya yang kian menyepi. Tapak tangannya di bawa ke bahu wanita itu.

"Ma... Mama janganlah sedih macam ni... Lin tak suka la... kalau betul Mama nak cari anak kandung Mama dulu, Lin boleh tolong Mama. Kita cari anak kandung Mama okay?" Soal Linda lembut.

Puan Raziah menggeleng perlahan. Wajah Linda sedikit berubah melihat gelengan Mamanya.

"Mama... Mama rasa... tak perlu kot kita cari. Mesti anak Mama lebih bahagia sekarang. Mesti dia dah secantik Linda. Mesti dia sekolah kat tempat yang bagus-bagus. Adik-adik dia, mesti dah bahagia. Mama kan tiap-tiap bulan kirim duit dengan bekas suami Mama dulu. Mesti kehidupan diorang lebih terjamin kan?" Soal Puan Raziah lembut.

Linda sedikit pelik dengan perubahan emosi Mamanya.

"Betul ni Mama tak nak cari balik anak kandung Mama?" Soal Linda tak percaya.

Perlahan Puan Raziah mengangguk. Tangan Linda yang memegang bahu Puan Raziah terus turun.

"Mama pasti?" Soal Linda lagi.

Puan Raziah tersenyum kecil.

"Iye... Mama pasti. Lagipun... kalau Mama cari diorang balik bukannya diorang ingat Mama lagi kan? 6 tahun Mama tinggalkan diorang tiba-tiba. Mesti diorang marah kat Mama kalau Mama baru teringat nak cari diorang sekarang. Mesti diorang benci sangat kat Mama" ujar Puan Raziah perlahan.

Linda menghela nafas panjang.

"Ma... Mama janganlah cakap macam tu. Mama tak jumpa lagi anak Mama macam mana Mama nak kata diorang dah benci Mama? Mana tahu diorang memang dah lama tunggu Mama datang balik kat diorang?" Soal Linda lembut.

Puan Raziah menghela nafas panjang. Wajah mulus Linda dipandang.

"Linda... Mama tinggalkan diorang masa diorang kecik lagi. Mama tak de cakap apa-apa kat diorang pon pastu tetiba Mama dah hilang. Kalau benda tu jadi kat Linda, Linda nak maafkan ke Mama Linda? Mama tak rasa diorang mampu maafkan Mama" ucap Puan Raziah panjang.

"Mama... selagi kita tak cuba, selagi tu kita tak tahu... Linda yakin. Anak Mama mesti maafkan Mama. Diorang dah lama tak jumpa Mama kot. Takkan Mama tetiba muncul diorang nak benci Mama? Kalau Linda, Linda lagi suka kalau... Mama Linda... balik. Suka sangat... dah lama Linda nak tengok Mama Linda balik... " ucap Linda sayu.

Puan Raziah pantas mengangkat wajah anak tirinya. Diseka lembut air mata yang mengalir.

"Linda jangan nangis okay. Kalau Linda nangis nanti Mama pun nangis. Mama minta maaf kalau buat Linda sedih" ucap Puan Raziah serba salah.

Linda tersenyum kecil. Tangan wanita tua itu diusap dan dicium perlahan.

"Lin tak terasa pun Mama. Bagi Lin, Mama lah Mama kedua bagi Lin. Dah ada Mama sebagai teman Lin pun dah cukup. Lin dapat rasa yang Lin duduk dengan arwah Mama Lin semula" ucap Linda lembut.

Puan Raziah tersenyum. Senang hatinya mendengar anak tirinya gemar akan kehadiarannya. Tubuh Linda di tarik ke dakapannya.

"Mama janji, Mama akan jadi Mama yang terbaik untuk Lin"

"Thanks Mama... Lin janji Lin akan jaga Mama baik-baik sampai Mama keluar hospital okay!"

Puan Raziah tersenyum. Kalaulah yang menemani dirinya sekarang adalah Airin... mesti lagi seronok.

Tanpa mereka sedar. Seseorang memerhatikan gelagat mereka dari jauh.

Hanya sedih.

Kecewa.

Tapi pada masa yang sama datang satu harapan.

Harapan yang tinggi dalam hati anak kecil ini. Nafas dihela panjang. Kaki dibawa melangkah meninggalkan keakraban Anak dan ibu itu sendirian.

Tak mungkin tu Ibu...

Kalau betul tu Ibu... Ibu mesti dah cam aku dulu.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now