74 》 Bunga ⚘

394 23 0
                                    

Encik Zaid terus masuk ke dalam. Henfon miliknya yang diletakkan di atas meja tadi diambil.

"Nasib ada... terima kasih Izz sebab jagakan henfon Papa" ucap Encik Zaid sambil tersenyum.

Macamlah anak bongsunya itu faham akan kata-katanya.

Encik Zaid terus menapak ke pintu wad. Dia berhenti seketika. Tubuh dipalingkan menghadap meja di tepi katil.

Perlahan dia melangkah mendekati meja tersebut. Pelik!

"Sejak bila ada bunga Rose pulak kat sini? Apesal tadi masa aku masuk macam tak de?..." Soal Encik Zaid sendirian.

Sedang asyik dia memikirkan soal bunga Rose itu, matanya di kalihkan ke arah botol di atas meja.

"Apesal pulak air ni tinggal separuh? Bukan tadi banyak lagi ke? Sape pulak yang habiskan ni?" Soal Encik Zaid pelik.

Hurmm apa kaitan Rose ni dengan Air dalam botol? Sape yang yang letak dan sape yang habiskan. Setahu aku tak de sape yang ada kat dalam ni kecuali....

"Izz... Izz jangan la macam-macam okay. Papa ni bukanlah lembik sangat dan bukanlah berani sangat. Kalau Izz dah sedar, Izz bangun je la. Izz jangan takutkan Papa macam ni"

Perlahan kaki Encik Zaid melangkah ke arah pintu. Laju saja dia keluar. Zara tergelak kecil.

Terus saja dia keluar dari hujung penjuru katil itu. Bersama senyuman dia memandang jejaka itu.

"Papa kau ni kelakar kan? Mesti keluarga kau dulu bahagia kan dapat Papa macam dia. Aku ni je... yang hancurkan semuanya..." ucap Zara perlahan.

Senyuman dia mulai layu tatkala memandang jambangan bunga di tangannya. Entah apa yang berada dalam hati dia pun tak tahu.

"Minion... aku kena pergi sekarang tau. Aku ada hal lain untuk settlekan. Nanti kalau ada masa lagi aku datang jenguk kau okay. Aku pergi dulu tau. Get well soon dear" ucap Zara lembut.

Perlahan kaki menapak keluar dari situ. Baki jambangan bunga itu dibawanya sekali.

Dia berjalan menuju ke wad seseorang. Entah apa dia rasakan ini pun tak tahu. Tapi Zara cuma mahu melihat saja reaksi wanita tua itu.

Kaki berhenti di hadapan pintu wad itu. Pintu wad dipandang sepi. Hanya ada wanita tua itu saja dia dalam. Mungkin anaknya dah pulang.

Wad 105

Tangan dibawa ke tombol pintu dan dipulas perlahan. Kaki mulai menapak masuk ke dalam.

Wanita tua itu di dekatinya. Dipandang dengan 1001 rasa. Tapi hanya satu saja yang paling kuat.

Rindu.

Nasib wanita tua itu masih nyenyak tidur. Tidaklah menganggu kerja dia sangat.

"Kalau lah Mak Cik ni Ibu Airin... mesti Airin gembira. Gembira sangat sebab dapat jumpa Ibu balik. Tapi... Airin tak rasa Mak Cik ni Ibu Airin. Ibu Airin dah pergi jauh dari sini tinggalkan Airin dengan adik-adik. Airin dengan adik rindu sangat dengan Ibu. Tapi... Airin cuma mampu pendam aje. Mak cik... Airin minta maaf kalau Mak Cik rasa Airin ganggu Mak Cik kat sini. Airin cuma... nak lepaskan rindu aje. Airin... minta maaf" ucap Zara perlahan.

Rasa terubat sedikit hatinya. Zara mengelus pipinya yang basah. Kesan jahitan di wajahnya masih ada. Cuma kesan plaster saja yang sudah dibuka.

Jambangan Rose Merah itu di letakkan di atas meja. Memang sengaja dia beli dua jenis.

Kuning untuk Minion.

Merah untuk Ibu.

Zara memandang wajah tua itu. Tangannya ingin saja menyentuh kulit itu seperti ibunya.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now