70 》 dendam tak sudah~

388 23 0
                                    

Zara menutup pintu rumahnya. Badannya masih belum rehat tapi dia harus kehospital sekarang meskipun malam menjelma kembali.

Rumahnya yang bersepah sudah dikemas kembali. Cuma... tidak sekemas yang dulu sebab keadaan dirinya yang memang sakit dan keseorangan.

Setelah mengunci pintu, Zara terus berjalan kaki menuju ke hospital. Yeah! Seperti yang kita tahu taman Zara dekat dengan bandar jadi jalan kaki pun boleh.

Zara mulai berjalan perlahan saat melalui kawasan hadapan taman permainan yang sunyi.

Telinganya mulai menangkap tapak kaki mendekatinya.

Tap!

Tap!

Tap!

Walaupun hati batu, tapi kalau dengar cam ni seram gak.

Zara berpaling. Kosong. Hanya dia saja yang berada di situ. Zara mulai tak sedap hati.

Terus hoodienya ditarik agar menutupi wajahnya. Kaki dihayun laju meninggalkan kawasan tersebut.

Laluan di tepi jalan besar agak lengang. Tiada yang berjalan kaki seperti hari minggu.

Tap!

Tap!

Tap!

Zara berpusing ke belakang. Masih kosong. Zara berdecit perlahan.

"Kau sape ha?! Jangan main-main boleh tak?!" Soal Zara geram.

Sunyi dan sepi.

Zara mendengus geram. Terus saja dia melangkah pergi. Kakinya yang sakit melambatkan sedikit langkahnya.

Tap!

Tap!

Tap!

Zara diam. Terus saja dia berlalu. Tak perlu memikirkan soal itu kalau ada orang mahu mempermainkannya.

Tap!!

Tap!!

Tap!!

Tap!!

Kedengaran seperti berusaha mengejar Zara. Zara memperlahankan langkahnya. Saat kedengaran hampir dengannya, Zara terus berpusing dan menangkap orang tersebut.

"Eh! Eh! Adik ni kenapa?" Soal seorang gadis itu.

Zara diam. Dia menghela nafas panjang. Terus dilepaskan pegangannya di baju gadis itu.

"Sorry" Zara terus berlalu pergi.

Laju saja dia menaiki tangga jejantas. Suasana di jejantas itu sedikit seram dengan lampunya yang sedikit malap.

Zara hanya berjalan seperti biasa. Dia perlu segera. Mesti Faris dengan Adam dah tunggu dia.

Saat mendekati tangga untuk turun ke seberang, satu kelibat sedang berdiri berhadapan dengan Zara.

Zara terdiam.

Sape pulak ni? Dah la tangan aku balut. Nak gaduh pun tak boleh sangat.

Kelibat itu perlahan-lahan menuju ke arah Zara. Keluar dari bayangan hitam ke kawasan yang sedikit cerah.

"Hai~ Zara... lama dah... kita. Tak jumpa..." ucap Bella perlahan.

Suara perlahan dia lagi menakutkan dari perangai dia. Macam mana boleh terjumpa budak ni pulak?

Zara terdiam. Perlahan dia mengundur dari Bella. Bella tersenyum kecil.

"Jangan la lari... kita kan kawan... kan?..." soal Bella perlahan.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now