26 》 reminder

374 29 0
                                    

"Sampai mati pun...
Engkau takkan ku lepaskan
Akan ku jaga
Seumur hidupku~

Beribu puisi
Yang ku untaikan untuk mu
Inginku selalu
Memiliki kamu ~

Jangan per..."

Terus saja nyanyian Zara terhenti. Tali gitarnya juga dipegang erat agar tidak berbunyi.

Mengamati bunyi yang semakin menghampiri dirinya. Terus saja Zara menutup kepalanya dengan hoodie lalu menyorok di belakang pondoknya.

Izz mengelap peluh di dahinya.

Aish! Kau la ni otak! Mengada sangat suruh aku datang sini. Nasib jumpa jalan tadi. Kalau tak, mahu sesatnya aku sampai kesudah.

Izz memandang ke arah pondok tersebut.

Aik? Tak de orang? Eish! Buat penat je aku cari jalan sebab sesat tadi. Tapi takkan nak balik terus kan?

Lepak dulu lah. Mana tahu tetiba Zara datang ke... ei! Boleh dating sekali ngan dia.

Terus saja dia berdiri menghadap permandangan yang indah itu. Menghayati deruan angin yang lembut.

Zara mendengus kecil.

Aku ingatkan sape la tadi. Si kentot ni rupanya.

Terus saja Zara keluar dari persembunyiannya. Gitar ditangan dibawa sekali menuju ke pondok semula.

Mendengar langkah manusia, Izz berpaling kebelakang.

Eh! Bila pula si minah gangster ni wujud kat pondok tu? Tadi aku tengok cam tak de orang.

"Oi! Minion! Sini lah! Situkan panas" ucap Zara sambil menepuk perlahan ruangan kosong di sebelahnya.

Izz tersenyum kecil. Terus saja dia melangkah ke arah Zara. Zara terus membuka kembali kepalanya yang dilitupi hoodie.

Izz terdiam sebentar. Terus dia melangkah perlahan semula ke arah Zara. Tempat sebelah Zara menjadi tempat dia duduk.

Zara membetulkan sedikit rambutnya yang serabai. Rambutnya yang sedikit perang dicampur dengan hitam dan separa panjang memang sesuai dengan wajahnya yang comel.

Tambahan pula dengan subang kecil yang simple terletak di telinganya. Izz tersenyum kelat.

"Kau buat apa datang sini minion?" Soal Zara setelah lama mendiamkan diri.

Izz tersenyum kecil. Anak matanya leka memandang suasana yang tenang di depannya.

"Saja. Hari ni cuti sekolah. Jadi aku mana jumpa kau" ucap Izz perlahan.

Zara hanya mengangguk saja. Terus saja kakinya yang terjuntai di bawah di disilakan di atas pondok.

"Macam mana kau boleh tahu aku ada kat sini?" Soal Zara lagi.

Izz memikirkan jawapan sebentar. Perlahan bahunya diangkat tanda tidak tahu.

"Entah la... aku rasa macam nak datang sini jadi aku datang la" ucap Izz lagi.

Zara mengeluh kecil. Terus saja Izz memandang Zara.

"Kau ni minion! Dah la panas. Kau datang sini pulak. Rumah kau kan jauh. Nanti hitam tak comel la minion aku ni" ucap Zara muncung.

Izz tergelak kecil. Terus saja bahu Zara ditumbuk perlahan. Zara terdiam.

Wait! Sejak bila Minion pandai bergurau ngan aku ni?

"Kau ni... kalau suka kan datang dari hati. Bukan dari rupa. Kalau betul kau suka aku, kau takkan pandang yang aku ni hitam ke putih ke. Hensem ke tak" ucap Izz lagi.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now