60 》 Run away

311 21 0
                                    

Izz hanya duduk diam. Nak buat apa? Kira la kipas tu dah berpusing berapa banyak kali, skodeng semut tu kerja...

Izz mengeluh. Henfon dia tiada padanya. Mungkin diambil Hariz semasa dia pengsan.

Macam mana aku nak minta bantuan kalau phone kena amik? Tempat ni pun aku tak tahu kat mana...

Izz memandang sekeliling. Rumah? Mungkin stor kayu ini terlalu usang untuk dia duduk.

Pintu di tolak dari luar. Seseorang masuk ke dalam. Satu bungkusan polisterin diletakkan di atas meja. Izz hanya memandang senyap.

"Makan... nanti Abang kau bising" ucap lelaki itu ringkas.

Izz hanya memandang. Memikirkan cara untuk memanipulasi fikiran lelaki itu.

"Kau... pahal tengok aku cam tu? Makanlah! Nak kena suap ke? Ke nak kena tembak?" Soal Lelaki itu geram.

Izz hanya menggeleng. Mereka berlawan mata sebentar. Tidak berkelip Izz dibuatnya. Akhirnya dia mengalah.

"K! Fine! Nak apa?!" Soal Lelaki tersebut malas.

Izz tersenyum. Segangster lelaki itu pun lemah juga pada pandangan. Spesies kunyit hidup agaknya.

"Nak henfon aku balik" pinta Izz lembut.

Lelaki itu tersenyum sinis. Tangan disilang ke dada.

"Dalam mimpi la! Ingat aku tak tahu yang kau tu nak call bantuan? So... sorry okay! Sini line tak berapa sado sangat" ucap lelaki itu sinis.

"Mana ada! Aku... aku cuma nak cakap kat parents aku yang aku dengan Hariz tak balik... kesian Mama dengan Papa menunggu anak kesayangan ini pulang..." ucap Izz lagi.

Wajah sedihnya membuatkan lelaki itu geram. Dikeluarkan sesuatu dari koceknya.

"Guna phone aku je la... kalau Abang kau tahu... aku yang kena tahu tak?" Soal lelaki itu keras.

Izz memandang lelaki itu. Gelengan ditujukan. Lelaki itu mengeluh.

"Tak nak phone kau... buruk! Nak phone aku" ucap Izz sengaja.

Lelaki itu mengetap bibirnya.

"Kau! Ei! Aku tembak jugak kan. Nak guna, guna. Tak nak dah!" Ucap Lelaki itu lalu mengatur langkah pergi.

Izz terpinga. Tidak! Tidak semudah itu!

"Nanti... aku..."

Lelaki itu terus berpaling. Memandang dengan wajah geram.

"Kau mesejkan pakai phone aku. Boleh kan? Mesti phone aku ada kat Abang aku kan?" Soal Izz lagi.

Lelaki itu mengeluh.

"Ye la... tu makan! Aku masuk kau tak sentuh lagi memang kau yang aku suap jap lagi" ucap lelaki itu lalu beredar.

Izz tersenyum kecil. Perlahan dia mendekati pintu. Dipulas perlahan.

Tak kunci!

Izz terus membuka pintu tersebut. Di keluarkan kepalanya sebentar.

Line clear!

Terus saja dia keluar. Setiap pintu dibilik itu dibelek.

Macam mana aku nak cari kalau Zara pun aku tak tahu kat mana?

Izz mengeluh kecil. Satu pintu di situ menarik perhatiannya. Suara di dalam membuatkan Izz tertarik.

"Tak! Betul! I dengan dia kawan aje... takkan You tak percaya I? I'm your girl. I dah lama buat kerja ni kan takkan I nak pandang lelaki kentot cam dia tu?"

Izz terdiam.

Yes. Zara tak suka kau kentot! Dia tak pandang kau!

"Alasan! Kalau cam tu kenapa You nak sangat lari ngan dia? This is last warning Zara Airina. I tak nak you lari lagi macam dulu. Berjuta duit aku hangus sebab kau. Dan ini... hukuman untuk kau! Aku akan pastikan kau milik aku sampai bila-bila"

Izz terus melarikan diri. Beberapa kotak yang tersedia di tepi dinding menjadi tempat dia bersembunyi.

Melihat Hariz yang keluar dari situ membuatkan Izz sedikit gerun. Setelah pandangannya hilang, Izz merapatkan diri ke bilik Zara.

Pintu bilik ditolak perlahan. Mendengar esakan kecil gadis itu membuatkannya sedikit tersentuh.

"Airin..."

Zara terus menoleh. Baju miliknya di tarik perlahan menutupi bahu yang terdedah. Izz memandang ke arah lain.

"Um.... so... sorry. Airin... cepatlah! Kita keluar dari sini! Kita ada peluang" ucap Izz lagi.

Zara diam. Izz mengeluh kecil. Dia mengambil hoodie Zara di lantai lalu diserahkan kepada Zara.

"Jangan macam ni. Kita kena keluar dari sini. Aku tolong kau" ucap Izz perlahan.

"Tapi bahaya Izz... Abang kau makin berani kacau family aku" ucap Zara perlahan.

Izz terdiam. Maksudnya Adam dan Faris akan bahaya juga?

"Kita lari dulu. Kita selamatkan family kau sebelum diorang sampai. Cepat lah! Kita tak banyak masa lagi ni" ucap Izz mendesak.

Zara berkira. Hoodie di tangan Izz diambil.

"Pandanglah Sana kentot! Kau sama je cam Abang kau miang taik kucing" ucap Zara geram.

Izz menjadi bengang. Terus dikalihkan pandangan ke arah lain.

Lupa pula yang hanya dia dan Zara yang berada di bilik itu. Serta merta wajahnya merah.

Pintu dituju. Dilekapkan telinga pada pintu.

Belum ada orang yang perasan akan ketiadaannya di bilik lain. Zara menepuk bahu Izz.

"Jom.." ucap Zara perlahan.

Izz hanya memandang ke arah lain. Pintu dibuka lalu kaki berjengket keluar.

Line clear!

Terus saja mereka berjalan pergi. Saat meniti di satu lorong, mereka terdengar sesuatu.

"Budak kentot tu tak de! Panggil Haz sekarang! Yang lain cari sampai dapat!"

Zara memandang Izz. Masalah datang! Zara terus segera menarik Izz ke lorong lain.

"Aku tahu tempat ni. Ikut aku" ucap Zara perlahan.

Izz hanya mengikut. Mereka terus berlalu mengikut pintu belakang. Seluruh pagar menutupi kawasan ini.

"Pagar? Macam mana ni?" Soal Izz cemas.

Zara hanya tersenyum kecil. Dia dah expert. Cuma... si cacing bandar ni boleh ke panjat?

"Panjat je la... boleh kan?" Soal Zara perlahan.

Izz terdiam.

Panjat? Aku panjat? Aku panjat pokok pun tak reti nak panjat pagar?

"Aku ada la... kau just letak kaki kat lubang-lubang dan terus naik. Tak jatuh la... aku dah pernah buat" ucap Zara yakin.

Izz hanya mengikut. Pada mulanya memang la kekok. Tapi melihat Zara yang sudah sampai diseberang buatkan dia segan.

"Woi! Jangan lari woi! Guys! Diorang kat sini!"

"Cepat Izz!" Ucap Zara lagi.

Izz terus melompat turun. Suasana sungguh gelap. Dia mulai takut.

"Airin... ge... gelap ni tak nampak apa macam mana nak lari?" Soal Izz takut.

Zara menggapai lengan Izz. Dipeluk erat biar si cacing bandar ni tak hilang dari radar. Terus saja mereka berjalan laju.

"Ikut je aku jalan. Aku pun tak nampak. Tapi sini dekat je dengan jalan. Tapi kalau ada hantu terbang tahan je... kot-kot boleh tumpang sekaki"

"Airin.... jangan lah takutkan aku..."

Lolipop Gangster !Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz