77 》 Rahsia ~

487 25 2
                                    

Pintu wad ditolak lembut. Nasib tak de orang lain kat sini. Kaki di bawa masuk ke dalam.

Seperti biasa, setiap hari dia akan membawa jambangan Rose untuk Izz. Cuma bila dia meletakkannya adalah waktu yang berbeza mengikut keadaan.

Kadang dia tak pergi sebab Puan Maria atau ada orang lain yang berjaga kat dalam. Kadang-kadang terserempak dengan rakan sekolah mereka yang melawat Izz.

Rasa rimas dalam diri dia kalau ada ramai orang yang datang jenguk Izz. Menyibuk je!

Airin menyusun jambangan bunga itu di dalam balang. Bunga haritu di keluarkan dari dalam balang dan dibuang dalam tong sampah.

Izz suka bunga segar kan?

Anak patung Minion yang dibeli tadi di letakkan bersebelahan dengan jambangan bunga.

Bila semua dah panggil dia Airin, aku decide nak tukar Airin je. Lagipun Airindu you la sayang...

Setelah itu, kerusi di tarik lalu punggung di labuhkan. Senyuman kecil buat si jejaka.

"Hai! Minion... kau apa khabar? Aku harap kau makin sihat. Aku tak sabar nak tengok kau sihat macam biasa. Aku minta maaf tau sebab tak boleh jenguk kau selalu. Kau tahu kan Mama kau jaga kau macam mana? Pastu dengan kawan kau yang asyik datang sini je. Aku susah nak jumpa kau. Aku cuma nak kita ada masa berdua aja. Macam selalu. Sebab tu aku harap kau cepat sihat. Dah lama kau baring kat sini. Cepat lah sedar Minion... aku...  rindu nak borak ngan kau, nak memekak sama-sama dengan kau, makan lolipop sampai gigi aku sakit dengan kau, tolong rawat luka aku. Aku rindu semua tu..."

Airin menghela nafas panjang. Wajah Izz di tatap lembut. Dahi Izz yang luka telah di buang plasternya. Hanya parut kecil saja di situ.

Akan tetapi wajahnya masih lagi melekat dengan alat bantuan pernafasan. Mungkin sebab masa aritu Hazriz sepak dada Izz kuat sangat kot.

"Minion... kau tahu tak... tadikan aku pergi Mahkamah untuk kes kita berdua. Pastu aku jumpa Bella. Kau tahu tak Bella cuba nak bunuh aku kat situ. Aku terkejut dan marah sangat kat dia. Kalau ye pun Lesbian janganlah buat aku macam tu. Nasib aku tak mati tadi. Kalau aku mati dah lama aku jadi hantu lepastu serang aje dia. Pastu kan... untuk kes kita..."

Airin menggantungkan ayat tersebut. Dia diam sebentar.

"Kita menang. Abang kau dapat hukuman penjara untuk tuduhan aktiviti pemerdagangan manusia dan rogol budak bawah umur. Aku... aku tak tahu nak bahagia atau tak. Kalau kau dengar mesti kau sedih kan sebab tu Abang kau. Aku minta maaf sebab buatkan keluarga kau kucar-kacir. Tapi kalau kita tak tangkap Abang kau, semua ni takkan berakhir. Aku nak kebebasan... walaupun terpaksa korbankan Abang kau dalam hal ni. Aku minta maaf kalau... berita ni buatkan kau sedih. Aku harap kau takkan benci aku tau. Aku nak kita rapat macam dulu. Walaupun dulu aku ada niat lain kat kau. Aku minta maaf. Tapi sekarang semua tu dah berakhir. Jadi harapan aku nak gunakan kau dah musnah. Aku harap kau dah tak benci aku lagi Minion" ucap Airin panjang.

Pipi yang mulai basah di usap lembut. Patung Minion yang berada di atas meja dipandang. Satu senyuman kecil diberikan.

"Minion... kalau aku tak de kat sini untuk teman kau, aku ada bawak kawan untuk kau. Minion ni aku beli yang si tonjang mata dua tu sebab aku kan lagi tinggi dari kau kan? Aku nak dia jadi kawan kau. Jangan risau, dia takkan khianati aku dan merasuki kau. Minion... aku balik dulu tau. Aku tak nak makin lama aku kat sini, nanti ada orang masuk, dan aku tak boleh keluar. Aku balik dulu tau. Kau jaga diri baik-baik. Nanti ada masa aku datang lagi" ucap Airin lembut.

Kerusi di tolak kebelakang. Air mata di seka perlahan. Hoodie di tarik menutupi wajahnya. Terus saja pintu dituju dan dia keluar.

"Ehem! Setahu aku wad Adam tempat lain" ucap Haqem sambil bersandar di dinding.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now