30 》 Denda

361 30 2
                                    

Izz terus masuk ke kelasnya saat waktu rehat habis. Kerusi miliknya ditarik lalu buku diletakkan di atas meja.

Izz memandang wajah rakannya.

Aik? Apesal diam? Tadi punyalah macam beruk diorang gelak sampai aku je terus sunyi.

"Kenapa... diam?" Soal Izz pelik.

Rizal menyiku lengan Nizam. Mereka berbisik sesmaa sendiri.

"Kau lah tanya!"

"Kau yang nak tahu sangat kan? Apesal aku pulak?"

"Kau la! Kau kan rapat ngan dia"

"Wei! Cakap je la. Kenapa?" Soal Izz geram.

Nizam dan Rizal terus diam. Rizal menyiku lengan Nizam. Nizam menjeling rakannya. Nizam mengeluh sebentar.

"Kitorang ni... bukan nak sibuk hal kau. Tapi... benda ni dah mula menimbulkan rasa pelik dalam lubuk hati kitorang yang paling dalam..."

"Kau ni straight to the point je la! Sibuk citer pasal hati kau wat pe" ucap Rizal geram.

Nizam mendengus geram.

"Okay la! Kitorang just nak tahu je yang kau dengan Zara tu ada something ?" Soal Nizam perlahan.

Izz hanya menghela nafas panjang.

Aku ingatkan ape benda lah diorang dok bergaduh apa la tadi. Rupanya pasal Zara ngan aku.

"Mana ada apa-apa. Kitorang kawan je la" ucap Izz lembut.

Rizal dan Nizam berpandagan tidak percaya. Wajah Izz semakin pelik.

"Seriously kau kawan ngan dia?" Soal Rizal pelik.

Perlahan Izz mengangguk. Rizal dan Nizam terdiam.

"Kenapa? Salah ke aku nak kawan ngan perempuan?" Soal Izz pelik.

"Salah tu tak salah... tapi... kau tahu tak..."

Belum sempat Nizam menghabiskan ayatnya, Ketua kelas terus menyampuk.

"Class! Stand up!" Ucap Hairi ketua kelas.

Semua mata melihat ke arah Cikgu Zul yang mulai melangkah ke dalam kelas.

"Nanti la korang sambung" ucap Izz perlahan.

Nizam dan Rizal mengeluh kecil. Terus saja mereka berdiri mengikut arahan ketua.

... a few minutes later ...

"Finish up your exercise today. I gonna kept it on your student file and 5 Adil study progress. Do your best and DON'T MENGELAT-NGELAT EA! Kalau saya tahu awak macam ada tiru kawan 100% awak buat balik semasa perhimpunan. Ada faham?" Soal Cikgu Zul panjang.

"Kalau bincang?" Soal seorang murid perempuan.

Cikgu Zul menayangkan muka kelat yang sememangnya di ketahui maksudnya.

"Ye la! Tapi jangan bising. Rotan saya ni dah lama tak makan" ugut Cikgu Zul sambil menunjukkan rotannya.

Satu kelas diam. Sememangnya cikgu Zul baik tapi tak sampai 5 minit mood garang dia datang lagi.

Terus saja kertas diedarkan. Nizam dan Rizal berbisik sesama sendiri.
Sudah pasti mendatangkan rasa tidak suka pada hati Izz.

Akan tetapi dibiarkan aje. Mungkin tak mahu dirinya tahu kot. Izz terus saja memulakan mengasah otak tentang add math.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now