15 》 sakit

497 31 6
                                    

Faris membuka pintu rumahnya perlahan. Dia menapak masuk ke dalam.

Aik? Apesal sunyi je? Takkan Zara tak balik lagi?

Faris terus naik ke atas. Akan tetapi langkahnya terhenti saat melihat sesuatu di atas sofa.

Aku macam nampak sesuatu yang pelik tadi.

Faris terus berpatah balik. Menjengah ke arah sofa. Terus matanya membulat.

"Zara! Zara kau okay tak ni? Kau kenapa ni?" Soal Faris risau.

Zara yang sedang berselubung di dalam selimut itu dikejutnya. Perlahan mata Zara terbuka.

"Zara kau kenapa ni? Kau okay tak ni?" Soal Faris lagi.

Perlahan senyuman kecil menghiasi wajah Zara.

"Aku okay la... jangan risau" ucap Zara serak.

Melihat bibir Zara yang sedikit lebam menimbulkan rasa curiga di hati Faris.

Rambut Zara yang sedikit serabai di selaknya. Dahi Zara juga sedikit merah seolah sedikit membengkak. Macam benjol.

Melihat Zara yang berselimut juga membuatkan Faris terdiam sebentar. Baru dia perasan yang bahu Zara sedikit terdedah.

"Zara... kau cakap dengan aku apa orang tua tu buat?" Soal Faris perlahan.

Zara diam sebentar. Dia tak mahu adiknya bergaduh lagi dengan ayahnya.

"Tak de pa pe la... aku okay" ucap Zara lembut.

Faris tersenyum sinis.

"Okay? Okay apanya dengan lebam dengan benjolnya lagi. Ni. Apesal kau pakai selimut? Takkan tengah hari buta panas macam ni kau nak berbalut lagi?!" Soal Faris geram.

Zara mengeluh kecil. Perlahan air matanya jatuh lagi.

"Tak de pa pe. Betul. Jangan risau okay kat aku. Memang... salah aku pun kan? Aku yang tak datang kerja malam tadi. Jadi... memang patut pun... aku... kena" ucap Zara perlahan.

Air matanya di seka perlahan. Tangan dia juga sakit kerana dicengkam kuat Idris.

Faris mengeluh. Terus saja dia bangun dari melutut di depan Zara. Rambutnya diraup kasar.

Beg sekolahnya di campak ke tepi dinding.

"Patut? Kau gila ke Zara?! Dia tu Ayah kita! Kau ni kenapa lembik sangat?! Keras la sikit Zara! Kau anak, kau ada hak nak membantah apa yang dia cakap kalau apa yang dia buat tu tak betul. Tak semua yang dia buat tu betul! Kau... dengan macam gini kau rasa tu hukuman untuk kau ke? Kau... Eish! Aku tak faham betul cara kau fikir Zara! Kau... kau patutnya lari Zara. Kau tak boleh duduk sini. Kau berhak dapat kebahagian kau sendiri Zara. Lagi lama kau duduk sini, aku takut lagi macam-macam dia buat kat kau" ucap Faris geram.

Zara mengelus pipinya yang basah. Perlahan dia membetulkan pembaringannya.

"Kau fikir aku nak sangat ke hidup aku jadi macam ni? Aku duduk sini sebab aku sayang korang kau faham tak? Tak pe la. Biar la aku sorang aje yang tanggung benda ni jangan adik aku. Dua tahun tahu tak aku sengsara kat sana. Baru tahun lepas aku dapat jumpa korang. Kau tahu tak kau dengan Adam tu sangat beharga untuk aku? Aku sayang korang. Aku bukan tak nak lari. Boleh je kalau aku nak blah dari sini tinggalkan aje korang semua tapi aku tak nak. Sebab apa? Sebab Ibu" ucap Zara tegas.

Air matanya tak dapat ditahan. Zara terhenti seketika.

Faris terdiam. Ibu? Dah lama dia tak dengar Zara sebut Ibu. Pasal Ibu pun Zara tak cakap dan tak nak cakap dengan kitorang.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now