2 | Si Kecil

2.4K 326 92
                                    

Salman bergegas melangkah ke bilik air apabila menyedari jam tangannya tepat menunjukkan pukul 10 pagi.

Habislah, hari ni dia sepatutnya berjumpa dengan dengan Mat Shah untuk projek minggu ni. Stok heroin pure akan diserahkan kepada kumpulannya untuk memenuhi permintaan pelanggan yang melambung tinggi sejak akhir-akhir ini.

Kepala paip segera diputarkan lalu penuhlah timba dengan air sejuk yang jernih. Ketika Salman sibuk menanggalkan baju, sempat matanya menangkap putung rokok yang berteraburan di atas lantai bilik air. Padanlah kena kongsi dengan orang lain, bukan dia sahaja yang menginap di rumah flat setinggan itu.

Sepantas kilat Salman ke almari pakaiannya seusai sahaja membersihkan diri ala kadar. Asalkan bersih daripada peluh, cukuplah tu.

Tshirt kelabu dan jeans biru muda dicapainya lalu dia melabuhkan punggung di atas katil. Sebaik sahaja dia ingin menyarungkan baju, matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang berselimut itu.

Kanak-kanak semalam nampaknya sedang asyik tidur walaupun cahaya matahari dah memancar ke segenap ruang bilik. Salman merajinkan tubuhnya yang bertuala untuk menghampiri kanak-kanak itu perlahan-lahan. Dia termenung seketika sambil menjuihkan bibir.

Ke mana patut dibawa budak itu? Takkan la nak simpan dekat rumah buat dua tiga hari lagi. Tak kuasa pula nak jadi babysitter.

"Hmm..." Salman menyarungkan baju sambil matanya masih tertumpu pada kanak-kanak itu.

Tok Tok

Pintu bilik mula terkuak dari luar sebelum seorang pemuda terpacak di depan biliknya.

"Man, cepat la sikit. Nanti Mat Shah marah kalau lambat-lambat." Ujar Zack. Nama sebenarnya ialah Yahya tapi dia lebih suka dipanggil dengan nama Zack. Padahal nama Yahya itu lebih tinggi maknanya.

Salman terpinga-pinga sebentar. Dia menggeleng lalu memakai seluar jeansnya segera.

"Kenapa kau bawa balik budak ni?" Soal Zack. Keningnya bertaut seketika. Ketika pulang pukul tiga pagi semalam, dia sempat menjenguk Salman di bilik. Betapa terkejutnya dia apabila ada sekujur kanak-kanak sedang tidur dalam pelukan Salman. Buang tabiat agaknya kawan baiknya itu.

"Aku jumpa semalam. Aku ingat nak jual kat Kaisar lepas settle jumpa Mat Shah. Kau ada nombor Kaisar?" Salman mengelap rambut hitamnya dengan tuala.

"Aku ada nombor dia. Tempat dia pun takdelah jauh mana. Tapi serius la kau nak jual budak ni? Nanti mak ayah dia cari macam mana?" Zack ingin kepastian. Entah siapa-siapa kanak-kanak di hadapan mereka ini.

"Ah, siapa suruh tak pandai jaga anak. Biar merata sampai pengsan dekat kaki lima. So aku yang jumpa, suka hati aku lah nak buat apa." Setelah rambut tersikat rapi, minyak wangi pula disembur pada tubuh.

Kotak rokok dan dompet di atas meja segera disambar. Ekor mata Salman masih memandang kanak-kanak itu dalam diam tanpa disedari Zack. Hatinya berasa berat untuk meninggalkan kanak-kanak itu seorang diri di dalam rumah.

Zack berura-ura untuk melangkah ke luar bilik apabila Salman sudah pun bersiap.

"Zack, aku nak bawa budak ni sekali." Ayat Salman memeranjatkan Zack. Zack segera menoleh ke arahnya dengan wajah yang terkejut.

"Bro, kau nak bawa dia pergi tempat kita? Dah lah tempat pertemuan kita rahsia. Kau ada hati nak bawa budak ni pulak?" Zack menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Rumah kita ni bukan ada orang siang-siang. Aku risau budak ni buat bukan-bukan dekat rumah kita." Salman terduduk di birai katil. Dia mengalihkan gebar yang menutupi tubuh kecil kanak-kanak itu.

Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ ✓[C] | هجرة Where stories live. Discover now