9| Raihan

1.4K 228 60
                                    

"Hey, morning! " Ramah mulut lelaki bujang itu menegur seorang gadis di kawasan parkir kereta.

Hampa, gadis itu hanya membalas dengan kerlingan dan terburu-buru melangkah pergi. Terkocoh-kocohlah lelaki itu mengejar agar langkah mereka seiring. "Macam mana dengan hari ni? Lunch? atau breakfast? "

"Saya puasa hari ni."

Fadzli tersenyum sungging. "Hari tu I nampak you ada keluar dengan someone. Siapa dia tu?"

"None of your business. Boleh tak jangan kacau saya?" Moodnya pagi-pagi merundum jatuh akibat bersua muka dengan lelaki miang itu. Kot putih dibawanya ke dalam dakapan. Tali tas tangannya tergenggam erat.

"It's my business because I like you."

Terus Aisyah berhenti melangkah di tengah-tengah kaki lima. Dia mengerling Fadzli atas dan bawah. "Maaf, saya tak suka awak."

"Apa saya boleh buat untuk awak suka saya?"

"Doktor Fadzli, perasaan suka sayang cinta kita tak boleh nak paksa. "

"Tapi abang you yang kenalkan kita berdua. Mikhael sendiri suruh kita berkenalan." Dia bersilang tangan ke dada. Keningnya terjongket sebelah membalas jelingan gadis itu.

"Ya, saya dah berkenalan dengan awak. Jadi, cukuplah tu." Tenang Aisyah tuturkan kata meskipun dia tidak suka untuk menghadap lelaki itu. Ya, memang di hadapannya ini seorang doktor. Namun, akhlak yang dipamerkan tidak berkenan di mata Aisyah bagi melanjutkan perkenalan.

Gadis itu meneruskan langkah hinggalah dia tiba di hadapan klinik swasta di mana tempat dia bekerja. Terbayang-banyang waktu pertama kali mereka bertentangan mata. Awal-awal lagi perangai miang lelaki bergelar doktor itu telah terselah di kaca matanya.

Tas tangan diletakkan ke dalam laci lalu dia mengambil tempat duduk ke atas kerusi beroda di ruangan bilik kerjanya. Hati kecil itu beristighfar buat seketika. Jangan terlalu membenci, cukuplah sekadar benci yang biasa-biasa sahaja jika kita tidak suka akan seseorang. Nanti seluruh hari jadi serba tak kena.

Tok tok tok

Daun pintu terbuka dari luar setelah Aisyah mengizinkan untuk masuk. Kak Liza tersenyum manis di muka pintu.

"Akak, masuklah." Waktu kerja belum lagi bermula. Sekarang ini baru jam 7.15 pagi. Kebiasaannya klinik swasta itu akan dibuka setelah jam melewati 8 pagi ke atas.

Kuih-muih di dalam jinjingan jururawat itu menceriakan kembali mood Aisyah di waktu itu. "Aisyah nak? Akak beli lebih."

"Jomlah makan sama-sama. Aisyah pun tak makan lagi ni. Tadi nak cepat sebab Fadzli kacau daun dekat depan sana sampai terlupa nak singgah kedai makan dulu." Pelipisnya diurut perlahan dengan mata yang terpejam.

Wanita itu ketawa kecil sebelum berlabuh di kerusi berhadapan Aisyah. "Nanti lama-lama dia penatlah kacau. Abaikan je lelaki macam tu."

Mujur Kak Liza memahaminya. Bukan dia benci tanpa sebab, si Fadzli itu yang gatal sampai berani rangkul lengannya secara tiba-tiba tempoh hari.

Separuh karipap dimasukkan ke dalam mulut Aisyah. Rasa kari dan inti ubi yang penuh semua lengkap sempurna. Diamlah gadis itu setelah terisi perutnya.

"Macam mana dengan Ahmad?" Soal Kak Liza.

"Insya Allah, pagi ni Salman nak buat laporan polis," balas Aisyah. Telefon pintarnya diambil dari laci lalu dia memeriksa ruang perbualan dia dan Salman di aplikasi what's app. Last seen 11 tengah malam semalam. Gambar profil Salman yang kosong kini telah bertukar kepada gambarnya sendiri. Mungkin lelaki itu baru memyimpan nombor Aisyah dalam kenalan telefon.

Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ ✓[C] | هجرة Where stories live. Discover now