15 |Jaga II (edited)

1.2K 222 26
                                    

note: boleh play lagu sepanjang membaca.
vote dan jangan lupa comment tau! :)
Alhamdulillah, dah sampai bab 15.

Apa agaknya nasib Salman dan Zack?
Boost this novel with your lovely comments. Janganlah jadi silent reader :(

selamat membaca ;)!

🌻🌻🌻

Hujan rintis di luar dilihat Salman. Kadang-kadang dia mendongak ke atas bagi melihat jika ada bintang-bintang yang kelihatan. Langit malam itu gelap sahaja dan dia masih utuh berdiri di hadapan dinding kaca yang memisahkan ruangan klinik dan koridor luar.

"Salman?"

Salman menoleh. Tangannya di dalam saku seluar dikeluarkan.

"Kenapa awak tak balik lagi?" soal Aisyah. Dia melangkah mendekati lelaki itu sementara kawan-kawan doktor yang lain sedang bersiap untuk pulang.

"Boleh kita cakap dekat luar?" balas Salman.

Aisyah mengangguk tanpa banyak soal. Dia mengikuti langkah lelaki itu ke koridor kliniknya. Seketika, Salman berpaling badan ke arahnya.

"Sebenarnya... Saya risaukan keselamatan awak," jujur Salman.

"Tapi selama ni saya balik okay je? Saya takdelah balik lewat sangat," jawab Aisyah. Wajah disebalik topeng muka itu diperhatikannya. Ketika kawan-kawan doktor yang lain melangkah keluar, gadis itu menyimpulkan senyuman manis.

"Keadaan berbeza sekarang ni. Saya tengah lari dari seseorang dan dia mungkin akan cederakan orang yang pernah saya kenal. Saya takde sesiapa dekat sini melainkan Zack, Ahmad dan awak. Jadi, saya tak nak benda buruk berlaku masa saya terlepas pandang," Salman berpeluk tubuh.

"Takpelah. Jangan risau, saya okay je sekarang ni." Aisyah tersenyum yakin. "Awak nak balik rumah? Saya boleh hantarkan awak."

Pertanyaan itu dijawab dengan gelengan. "Saya tak nak balik rumah. Tugas saya sekarang ni untuk hantar awak balik rumah dengan selamat. Awak ada nak pergi mana-mana lepas ni?"

"Sebenarnya saya nak jumpa kawan lepas ni. Kitorang nak pergi majlis ilmu. Awak nak ikut sekali?"

"Yang jadual awak hantar dekat saya tu ke?" Satu kelas pun Salman tak hadiri kerana sibuk dengan kerja.

Aisyah mengangguk. "Tak lama pun, sejam je. Sekarang pun nak pukul 9 malam dah. Kereta saya ada dekat tempat parking sana," ujar gadis itu sambil mengeluarkan payung lipatnya dari beg sandang. Dia membuka payung itu lalu berpaling ke arah Salman. "Saya ada satu payung je, sorry."

"Eh, hujan sikit je pun. Jomlah, sebelum makin lebat." Salman melihat tapak tangannya yang dihulurlan ke luar koridor. Hujan rintis-rintis itu masih tak mampu membuatkan dia demam jika mandi hujan sekalipun. Dia terpaksa hadiri kelas fardhu Ain untuk menjaga keselamatan gadis itu.

Mereka berdua melintas jalan ke seberang bersama-sama. Aisyah berpayung, Salman pula hanya melindungi kepala dengan jaket jeansnya. Beberapa langkah lagi, tibalah mereka ke kawasan parkir kereta yang terletak di sebelah restoran mamak.

Kening Aisyah berkerut tatkala ada seorang lelaki berlari ke arahnya.

"Hai, doktor. Nak balik dah ke?" Wajah Fadzli terpampang di hadapan mereka berdua. Lelaki bergelar doktor itu tersenyum manis ke arah Aisyah.

"Ya. Kenapa?" Aisyah jawab bersahaja.

"Nak minum malam dulu?" pelawa Fadzli. Dia agak tertanya-tanya siapa lelaki di sebelah Aisyah ini. Topeng muka di wajah lelaki itu menghalang dia bagi mengecam wajah si fulan. Tambahan, kawasan itu kurang cahaya. "Siapa ni?"

Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ ✓[C] | هجرة Where stories live. Discover now