6| McDonald

1.6K 267 60
                                    

Bunyi tolakan pintu membuatkan Doktor Aisyah berlagak seperti biasa. Dia membetulkan posisinya di kerusi.

"Assalamualaikum." Wajah Salman menyapanya setelah pintu dikuak luas. Ahmad berada dalam dukungan pemuda itu seperti biasa. Kanak-kanak itu sedang memakai baju baru nampaknya. Jumper pants dan baju tshirt seakan-akan bercorak pakaian seragam juruterbang. Boleh tahan pandai juga Salman ni pilih baju kanak-kanak.

"Waalaikumsalam. Wah, dah pakai baju baru," tegur Doktor Aisyah.

"Haha, a ah," sengih Salman. Dia mengambil tempat duduk di kerusi. Ahmad hanya mendiamkan diri di atas ribanya dengan sebotol botol susu. Jenis formula susu ini pun atas cadangan doktor Aisyah. Nak harapkan Salman, nanti dia beli je mana-mana susu kalau promoter di situ promosikan. Doktor Aisyah jugalah yang memesan semalam supaya membeli susu jenis ini buat Ahmad.

"Encik Salman duduk dengan siapa dekat rumah?" soal doktor itu. Dia agak kagum dengan cara penjagaan Ahmad. Rambut pun sudah disikat rapi.

"Saya duduk dengan kawan-kawan. Rumah kongsi." Salman jadi teragak-agak untuk menjawab. Dia tahu, persekitaran itu tidak sesuai untuk kanak-kanak.

"Kawan-kawan encik tahu tak tentang Ahmad ni?"

"Yang lain tahu je. Cuma Zack la yang tolong saya itu ini. Yang lain tahu buat hal sendiri je."

"Zack?"

"Ya, kawan saya. Zack tu lah yang tengah tunggu dekat luar dalam kereta. Dia ada dekat depan klinik."

" I see... " Doktor Aisyah menggangguk kecil. Cukup lah dia bertanya buat masa ini, takut pula Salman jadi tak selesa dengan sikapnya. Sekarang-kurangnya dia tahu mereka ada tempat berteduh.

Salman melakukan rutinnya. Dia meletakkan Ahmad di atas katil sambil melabuhkan punggung di sebelah kanak-kanak itu. Ahmad yang masih dengan botol susunya menyandarkan badan pada Salman.

"Luka Ahmad dah nak kering. Nanti tak yah la datang klinik dah," ujar Doktor Aisyah sambil membelek luka di kaki kanak-kanak itu.

"Kalau dia jalan, sakit tak?" Soal Doktor itu pula.

"Setakat ni saya tak pernah biar dia berjalan lagi. Selalunya saya dukung dia je ke mana-mana." Salman memerhatikan perbuatan Doktor Aisyah.

"Amboi, asyik dukung je. Penat la ayah, " sakat doktor Aisyah. "Encik Salman dah boleh bagi dia jalan ni."

Berjalan? Baru dia teringat sesuatu. Kelmarin dia lupa untuk belikan Ahmad sepasang kasut. Hari ni dia akan sibuk dengan kerjanya. Bila masa pula dia akan ke kedai untuk membeli belah lagi.

"Kalau Encik Salman nak cari pakaian untuk Ahmad ni lagi, saya ada banyak baju budak-budak dekat rumah. Lagipun budak-budak kan cepat besar... Jadi Encik Salman tak payah lah nak beli sangat baju untuk dia. Nanti tahu-tahu tak muat dah."

"Em, doktor. Dah nak siap, kan? Saya nak minta diri cepat sebab nak pergi kerja sekejap lagi."

"Tak siap lagi." Pipi doktor Aisyah mula berona merah mengenangkan dia terlalu ramah dengan lelaki asing itu. Bibir bawahnya diketap perlahan.

"Encik kerja apa?" Kain kasa baharu dilekatkan pada betis Ahmad. Siap pun. Hari ini, Ahmad tak banyak menangis kerana sibuk dengan botol susunya. Doktor Aisyah tersenyum senang.

"Kerja sendiri. Biasa-biasa je, boleh la buat makan minum dan beli baju Ahmad sehelai dua," dalih Salman. Kalau terlepas cakap ni, tak pasal-pasal tercetus masalah lain pula.

"Nanti bila-bila boleh datang rumah saya. Saya ada la juga pakaian untuk Ahmad ni. Baju, seluar, kasut dan macam-macam lagi." Doktor Aisyah berlalu ke mejanya kembali untuk mengambil stetoskop.

Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ ✓[C] | هجرة Where stories live. Discover now