4 | Klinik

1.6K 299 84
                                    


Kanak-kanak itu dipakaikan kembali bajunya yang semalam. Itu pun sudah bersih dibasuh Salman. Dia tersenyum dengan jawapan Salman yang mengatakan bahawa mereka akan pergi ke taman.

"Ayah. Adik cuka (suka) main buai." Dia bersandar pada tubuh Salman. Dililaukan matanya keluar tingkap kereta dengan penuh rasa teruja. Peristiwa Salman yang ingin meninggalkan dia di tepi jalan langsung tidak diingatinya.

Pertama kali Salman mendengar kanak-kanak itu membahasakan diri sebagai 'adik'. Mesti dalam keluarganya, dia dipanggil sebagai 'adik'.

Salman tersenyum kecil. Adik? Dahulu, dia turut dipanggil 'adik' oleh ibu dan ayahnya sebelum dihalau rumah. Lebih teruk, mereka tidak mahu mengaku Salman sebagai anak.

Terdetik rasa rindu untuk dipanggil dengan panggilan manja itu. "Adik."

Kanak-kanak itu mendongak untuk memandang Salman. Salman hanya menggeleng dengan senyuman pahitnya.

"Ayah. Adik apar (lapar)." Omel mulut kecil itu. Dia meletakkan tapak tangan Salman di pipinya. Terasa hangat lelaki dewasa itu mengawasinya.

"Nanti kita singgah makan." Jawab Salman. Tangannya dibiarkan melekap pada pipi kanak-kanak itu. Dia menarik kanak-kanak itu agar kembali bersandar pada dada bidangnya.

30 minit perjalanana dan mereka masih di atas jalan raya. Mata kanak-kanak itu telah lama tertutup. Dia masih memeluk tapak tangan Salman dengan erat.

"Man, kau jangan lupa pula yang kita nak jual budak tu." Tiba-tiba Zack bersuara.

"Ya, aku tahu." Salman menarik tangannya perlahan-lahan daripada pegangan kecil itu. Matanya beralih pula pada betis kanak-kanak itu sebelum kembali memandang jalan yang sedang di lalui mereka.

"Kita tengah nak pergi tempat Kaisar ke ni?" Soal Salman.

"Yela. Nak pergi mana lagi?"

"Boleh tak singgah klinik terdekat dulu. Aku ingat nak-"

"Apa masalah kau Salman?" Potong Zack. "Aku nak kita cepat jual budak ni. Lepas tu, kita settle kan kerja kita."

"Aku cuma nak cuci luka budak ni-"

"Kita takde kaitan dengan masalah dia. Budak ni cuma budak kutip yang kau jumpa tepi jalan. Takde makna nak cuci luka ke apa. Apa masalah kau Salman? Rasa nak jadi ayah budak ni? Sejak bila do kau macam ni? " Tak henti-henti Zack melepaskan geramnya.

"Kau baik sikit mulut tu sebelum aku tibai."

"Ni memang fakta kot. Dari pagi tadi aku perhatikan kau. Tak habis-habis belek anak. Bagi mandi la apa la..."

"Ikut kau lah nak kata apa." Akhirnya Salman mematikan perbualan. Dia malas nak bertikam lidah dengan lelaki itu. Nanti tak pasal-pasal bergaduh tiga hari tiga malam. Sudahlah hanya Zack sahaja sahabat susah senang dia.

Tapi ada betulnya kata Zack. Kalau dia terus bawa budak ni ke mana-mana, pekerjaan mereka akan bertambah sukar. Dia ni bukannya kerja kerani ke CEO ke, mereka cuma tokan dadah yang bergelumang dengan dosa setiap minit. Layakkah dia untuk sentuh budak sesuci ini?

Wajah kanak-kanak tanpa nama itu masih ditatap. Kenapa dia masih tidur?

"Mati ke budak ni?" Bisik hati kecil Salman. Tangan kasarnya merayap di sekitar dahi dan leher kanak-kanak itu sehingga wajah itu berkerut tidak selesa; tiada tanda demam-demam. Dada kanak-kanak itu pula beralun seperti biasa.

Tatkala enjin kereta dimatikan, tahulah Salman bahawa mereka telah tiba ke destinasi yang dituju untuk bertemu dengan Kaisar. Kawasan rumah perumahan mampu milik. Pandangan Salman diliarkan ke sekeliling. Dia membaca apa yang tertera pada notis pagar rumah itu.

Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ ✓[C] | هجرة Where stories live. Discover now