21| Percaya

1.1K 207 46
                                    

Salman berfikir seketika. Tangannya masih memegang telefon pintar itu. Suasana subuh menyapa permandangannya. Menerusi satah cermin tingkap, dia dapat melihat kepulan awan hitam yang berarak pergi. Beberapa ekor burung terbang ke sana ke mari di waktu awal pagi.

Rasa kosong yang sering menjengah ke hati masih ada. Dia hilang segalanya. Apabila membuat pilihan untuk keluar dari kumpulan Black Jack, itu bermaksud dia harus tinggalkan apa yang pernah diambil dahulu. Kereta, duit dan kesenangan.

Pakaian pesakit berwarna hijau tersarung pada tubuh. Sumpah dia rasa tak berguna sekarang ini, hanya terlantar di katil hospital dan tak mampu berbuat apa-apa. Aisyah jugalah yang menjadi tempat dia bergantung. Segala barangan keperluan dibeli Aisyah untuk Salman. Maruah lelakinya telah tergores dengan kelemahan diri.

4 days ago
NEWS: Seorang pemuda maut, selepas kereta yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kampung Bintang, pagi tadi. Mangsa bernama Yahya bin Taha, 25 tahun.

Pandangan Salman kembali jatuh pada skrin telefon. Laman Facebook itu sengaja dibukanya bagi melihat apa-apa kemalangan dalam beberapa hari kebelakang. Nampaknya Zack benar-benar akur akan suruhannya atau boleh jadi ini berita yang sebenar.

Hatinya beristighfar lalu dia cuba mencari akaun Facebook Naufal. Itupun jika Naufal main Facebook. Senarai beberapa nama Naufal muncul sebagai hasil carian. Nama penuh sommelier itu ialah Adam Naufal, maka ada tiga akaun yang boleh jadi salah satunya milik Naufal.

"Assalamualaikum," sapa Aisyah.

Salman cepat-cepat mematikan telefon itu. Dia tersenyum nipis melihat kehadiran Aisyah yang elok berbaju kurung dan berselendang. "Waalaikumsalam."

Lelaki itu pantas menukar posisinya dan duduk bersandar pada kepala katil. Selimut ditarik agar menutup bahagian tubuhnya yang terdedah.

"Dah makan? Saya ada beli sikit makanan." Aisyah hadir seperti kebiasaan pagi-pagi. Dia pasti singgah ke sini walaupun sekejap sebelum pergi ke klinik.

"Belum. Awak duduk la dulu makan dekat sini. Saya ada something nak tanya," pelawa Salman.

Aisyah hanya turuti. Dia meletakkan kuih karipap pusing itu ke atas meja lalu fokus pada Salman. Wajahnya ternanti-nanti apa yang. nak ditanya Salman Firash ini.

"Awak tahu pasal Zack?" Salman mula bertanya.

Gadis itu jadi serba salah untuk menjawab. Dia menekur cadar katil tak mahu bertaut pandangan dengan lelaki itu. "Tahu. Dia kemalangan empat hari lepas. Maaf saya tak beritahu awak."

"Najla tahu?"

Aisyah mengangguk kecil.

"Saya rasa macam tak elok kalau awak tak tahu apa yang berlaku sedangkan awak dah baik sangat dekat saya. Tapi... Ini akan jadi antara kita je." Lagipun dia telah mula percayakan gadis di hadapannya ini.

"Saya tak paksa pun awak nak cerita ke tak nak apa yang berlaku. Mana yang awak rasa baik, teruskanlah." Sedikit pun Aisyah tak mahu memaksa lelaki itu. Itu haknya untuk memberitahu atau tidak. Ada sebab kenapa sesuatu dirahsiakan, sama ada aib atau untuk elak percetusan masalah lain.

"Saya rasa baik saya beritahu awak. Awak pun bukan orang asing dalam hidup saya. Kita dah lama kenal dan lately ni rasa macam detik perkenalan kedua kita."

Karipap di meja tak berusik lagi. Aisyah masih menekur cadar katil.

"Sebenarnya saya dan Zack terlibat dalam satu masalah yang membahayakan nyawa kami. Mereka akan terus kejar kami hinggalah kami mati. Dan sebab tulah saya hampir mati tapi alhamdulillah Allah masih izinkan saya untuk bernyawa. Pasal Zack pula... Sepatutnya kemalangan yang tersiar tu hanya rekaan. Zack hidup lagi sekarang ni tapi saya tak dapat nak pastikan lagi. "

Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ ✓[C] | هجرة Where stories live. Discover now