22| Ahmad

1.2K 195 36
                                    

"Kalau awak nak senang, boleh bahagi buku ni kepada tiga bahagian. Letak divider untuk aqidah, fiqh dan tasawwuf. Lepas tu..."

Salman hanya memerhati gadis itu melipat beberapa helai muka surat buku baharunya menjadi dua bahagian kemudian dia akan buka kembali.

" Eh, yang belakang biar saya lipat sendiri. Nanti saya takde kerja pula duduk dekat hospital ni," larang Salman.

Hari ini dia dilawati oleh Aisyah dan Najla. Dua orang gadis hadir kepadanya dengan membawa buah tangan padahal dia sudah berpesan awal-awal supaya jangan bawa apa-apa. Di atas meja taman ini terdapat sekotak coklat sebagai pemanis seleranya.

Aisyah memasukkan kembali buku nota itu ke dalam beg kertas. Di dalam itu terdapat beberapa alat tulis yang diminta Salman untuk dibelikan. Semangat Salman untuk menonton video talaqqi setiap malam membuat dia senang.

"Aisyah, resit-resit barang saya ni awak tangkaplah gambar. Takut nanti hilang pula, susah saya nak bayar," pesan Salman kepada gadis bermata hazel itu.

"Baik," akur Aisyah. Beg kertas diserahkan pada lelaki itu bagi dia melihat. Cahaya mentari tidak terlalu terik pagi ini. Bolehlah Salman menghirup udara segar. Dia sudah mampu untuk berjalan tanpa bantuan sesiapa.

"Kenapa ya awak suruh saya datang sekali?" Najla mencelah perbualan pasangan itu. Pada hujung minggu seperti ini, kedai makan milik keluarganya tidak dibuka. Kemudian, tiba-tiba sahaja Aisyah mengajak untuk melawat Salman di hospital pagi ini.

"Sebab Zack segan kalau jumpa berdua. Nanti dia datang sekejap lagi," balas Salman.

"Zack?" Najla terus memandang wajah Aisyah di sebelahnya. Rakannya itu membalas dengan senyuman nipis.

"Tapi berita... Zack kan dah meninggal dunia." Gadis Siam itu tidak mengerti sepatah pun.

"Berita tu sengaja direka untuk keselamatan dia," terang Salman.

"Apa?" Hairan Najla mendengar khabar itu.

Salman menggaru pelipisnya. Jika diberitahu pada Aisyah, mungkin Aisyah faham kerana gadis itu sudah terbiasa tetapi tidak bagi Najla. "Takpe lah. Yang penting sekarang ni saya cuma nak awak tahu yang Zack hidup lagi."

"Kenapa pula kena beritahu saya?" soal Najla.

"Sebab awak orang yang penting dalam hidup dia," jawab Salman.

Najla setahun tua daripada Zack tetapi itu tidak menjadi satu masalah. Zack telah luahkan rasa hatinya pada gadis itu beberapa minggu yang lalu. Lelaki itu tak mahu perasaannya kekal menjadi rahsia lalu mengambil tindakan berani mati.

"Zack tak main-main bila dia kata dia cintakan awak. Beri dia masa, nanti dia akan datang cara baik. Cuma itulah, perangai dia memang sengal sikit. Sanggup datang bertenggek dekat kedai orang sampai lewat malam." Salman tersenyum mengenangkan perangai rakannya.

" Saya boleh terima dia tapi dengan syarat khatamkan kitab fardhu ain dulu dan amalkannya. Niatkan buat semua tu bukan kerana saya tetapi Lillahi Taala," ujar Najla. Keberanian Najla menyatakan syarat itu menundukkan Aisyah. Sampai sekarang ini Aisyah masih tidak menyatakan hasrat hati kerana mengambil kira keadaan Salman.

" Kitab yang mana? " soal Salman kembali.

" Sekurang-kurangnya Awjazul Mukhtasarat, seringkas-ringkas kitab fardhu ain daripada mazhab syafie. Saya tak kisah soal mas kahwin, hantaran semua tu. Cuma itulah syarat saya. Pergi cari guru yang thiqah dan bertalaqqi." Gadis Siam itu benar-benar memaksudkan apa yang dikatakan. Dia tidak mengharapkan seorang huffaz 30 juzu', tetapi cukuplah seorang lelaki yang mempunyai asas fardhu ain yang kukuh. Yang mencintai ilmu, Allah dan Rasulullah SAW.

Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ ✓[C] | هجرة Where stories live. Discover now