8| Kereta

1.4K 239 49
                                    

Bunyi dentingan sudu dan garfu mengisi benak sejak pelayan menghidangkan makanan. Aisyah turut membisukan diri kerana sekadar menerima pelawaan makan tengah hari itu. Dia agak segan untuk makan berdua nak-nak lagi semeja dengan lelaki dan seorang kanak-kanak. Meja makan yang didudukinya kini tak ubah seperti pasangan keluarga yang bahagia seperti di kiri dan kanan mereka ini.

"Terima kasih jagakan Ahmad semalam." Salman mula bersuara tetapi matanya masih menekur pinggan nasi ayam di hadapannya. Sesekali dia menyuap Ahmad yang sedang duduk di kerusi kanak-kanak di sebelahnya.

"Awak, saya nak tanya," Aisyah memandang lelaki itu. Melangkah ke luar klinik, Salman menegahnya untuk menggunakan panggilan encik-encik kerana berasa kekok. Sebab itulah doktor itu menggunakan awak-saya seakan lapan tahun yang lalu.

Salman mengangkat wajah dan ternanti-nanti.

"Awak dah report polis ke belum? Tentang Ahmad..."

Soalan itu menghentikan kunyahan makanan Salman. Dia meneguk air sekali sebelum disuakan juga air kosong itu kepada Ahmad. Bibir kecil itu mencicip air perlahan dengan bantuan Salman.

"Doktor, kalau saya buat aduan polis... Dan andaikan tiada siapa tuntut Ahmad, doktor rasa mahkamah akan benarkan tak saya jaga dia?"

Dari gaya lelaki itu bercakap, Aisyah dapat menganggar bahawa dia belum membuat apa-apa aduan kepada pihak berkuasa.

"Awak sayang dia?"

Salman mengangguk sekadar menjawab soalan itu. Dia melihat wajah kanak-kanak lelaki itu yang teruja dengan mainan yang baru dibelinya. Semakin hari, dia semakin sayang untuk melepaskan kanak-kanak itu.

"Saya ada baca syarat sebagai ibu bapa angkat semalam. Tapi kan saya dah lah tinggal dalam rumah dengan kawan-kawan, kerja saya pun tak hebat mana... Saya tak rasa permohonan saya akan diluluskan," Salman kembali memandang Aisyah dengan wajah yang kosong.

" Awak buatlah aduan dulu. Kita tak tahu sama ada, ada orang nak tuntut Ahmad atau tak. Kita usaha dulu. Dia pun ada hak dia untuk jumpa ibu bapa kandung dia," tutur Aisyah.

" Lepas saya buat aduan, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan jaga dia buat sementara waktu sepanjang proses pencarian. "

" Mungkin itu lagi bagus, awak kan kerja. Kadang-kadang sampai malam. Kalau Ahmad duduk dekat rumah kebajikan, bila awak lapang awak boleh jenguk dia, kan? "

Pujukan doktor muda itu perlahan-lahan diterima Salman. Ada betulnya kata Aisyah.

" Vroom." Lori mainannya meluncur bersertakan bunyi yang dibuat-buat. Telatah Ahmad yang bermain dengan lori mainannya di atas meja kecil menghiburkan mereka berdua.

" Ni kali pertama saya makan dengan lelaki selain ayah dan abang saya," ujar Aisyah.

"Oh ya? Bertuahlah saya jadi orang pertama tu." Salman ketawa halus. Dia senang doktor itu menerima pelawaannya untuk makan tengah hari. Tahu dek Farah Ain ni, habislah dia. "Doktor ada nak pergi mana-mana ke lepas ni? Saya boleh hantarkan."

"Tak ke mana-mana. Saya nak balik klinik."

Usai menjamu selera, Salman mendukung tubuh Ahmad dengan tangan kekarnya. Dia mengeluarkan kad debit untuk membuat pembayaran di kaunter. Duit doktor Aisyah ditolaknya kerana yang ajak keluar makan itu dia. Jadi tak manis jika orang lain bayarkan. Ruang legar pusat membeli belah menjadi santapan mata mereka bertiga buat seketika.

Seketika pandangan mata hazel itu bertaut dengan Salman. Cepat-cepat Aisyah mengalihkan mata. Hatinya beristighfar beberapa kali.

Lama doktor itu berfikir untuk bertanya atau tidak perihal itu. Dia melihat lelaki yang tinggi lampai di sebelahnya ini. Ketinggian mereka tidak terlalu ketara kerana dia juga agak tinggi bagi seorang wanita.

Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ ✓[C] | هجرة Where stories live. Discover now