7| Tenang

1.4K 241 42
                                    

"Macam mana kalau Ahmad ni terjaga? Apa aku nak buat?" Zack terus menggelabah apabila Salman ingin meninggalkan Ahmad dengannya di dalam kereta.

"Kalau dia nak susu, kau bancuh la. Susu ada dalam beg, air panas pula kau cari je dekat mana-mana 7Eleven." Pesan Salman.

"Er.. Kalau dia tak nak susu?" Zack masih terpinga-pinga. Dia ni dah la tak pernah jaga budak-budak. Mahunya si Ahmad ni mengamuk sebab takde Salman depan mata macam mana?

"Kau buat la apa-apa. Bawa dia pergi jalan-jalan dekat taman ke. Yang pasti aku nak kau bawa dia jauh dari area ni." Hatinya cukup risau kalau kanak-kanak itu terserempak dengan Mat Shah. Dia yakin Mat Shah akan mengamuk kalau melihat mereka masih bersama-sama dengan kanak-kanak itu.

"Okay-okay."

"Nanti aku call kau kalau dah settle." Salman menapak ke luar sambil mencempung Ahmad yang sedang tidur. Dia membuka pula pintu belakang lalu membaringkan Ahmad di situ. Rambut Ahmad diusap perlahan sebelum senyumannya terukir. Ahmad terlena sejak tadi kerana didodoi Salman. Tepuk-tepuk sikit, lenalah budak kecil tu.

"Man, hati-hati."

"Yang petang ni punya aku tak kisah sangat. Tapi kalau yang malam ni, aku perlukan kau untuk teman aku sekali. Aku tak percayakan dorang." Salman menutup pintu kereta. Dalam beg galasnya terdapat 10 paket heroin pure yang perlu diedarkan kepada pembeli. Kalau 5 gram heroin pun sudah cukup untuk menyabitkan dia dengan kesalahan di bawah Seksyen 39(A) Akta , inikan pula 500 gram!

Zack menggangguk faham.

Ketagihan heroin lebih hebat berbanding jenis dadah yang lain. Jika terlibat dengan ketagihan ini, gian akan sukar untuk diubati. Salman pula hanya melakukan kerja itu sekadar ingin mencari kehidupan yang mewah. Dia dan Zack tidak pernah terfikir untuk mencuba najis dadah itu.

Kelibat Salman mula menghilang disebalik orang ramai.

* * *

Seorang gadis bertudung selempang masuk ke dalam ruangan bilik itu dengan senyuman di wajah. Beg sandang di bahunya diturunkan ke riba setelah dia berlabuh di kerusi yang bertentangan dengan sahabat baiknya.

Segala barangan di atas meja itu disentuh dengan jemarinya yang runcing apabila kehadirannya tak diendahkan.

"Najla, jangan sentuh stetoskop tu," akhirnya Doktor Aisyah bersuara. Satu fail pesakit yang leka dibeleknya tadi dikatup lalu pandangannya kini berada pada gadis kacukan di hadapannya. Jam sudah menunjukkan enam petang, sepatutnya shift dia telah berakhir.

Najla cepat-cepat meletakkan stetoskop itu kerana takut dimarahi. "Nak pergi tak majlis malam ni?"

"Malam ni belajar apa?"

"Belajar sirah nabawiyyah."

Doktor Aisyah berfikir sejenak. "Tapi aku penatlah hari ni. Esok-esok la aku pergi."

Mood dingin Aisyah menghairankan Najla. Dia cuba membaca disebalik kaca mata hazel rakan baiknya. Ternyata ada sesuatu yang menganggu doktor muda itu.

"Lelaki tu kacau lagi ke?" tebak Najla.

"Ya." Satu keluhan terbit di bibir Aisyah. Dia menongkat dagu sambil memandang Najla. "Dia datang sini tadi sebab nak ajak aku lunch."

Najla mengerti betapa Aisyah serabut asyik dikacau lelaki itu sejak akhir-akhir ini. Senyuman manisnya masih terukir seperti biasa. Dia memegang kekura tangan rakannya.

"Ketika kita lemah, marah, down, frustrated, tertekan, kecewa... Bila masuk majlis ilmu, lepas tu kita akan keluar dengan hati yang tenang. Hebat, kan?"

Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ ✓[C] | هجرة Where stories live. Discover now