14 | Jaga

1.2K 214 15
                                    

"Naufal, sini sekejap."

Sommelier itu mendekati Mat Shah dengan wajah yang tersenyum manis meskipun telah jam 2 pagi. Dia yang baru selesai segala tugasan buat hari itu sudah bercadang untuk pulang ke rumah.

"Mana Salman?"

Perubahan wajah Naufal diperhatikan Mat Shah. "Salman? Dia takde datang sini ke?"

"Sebab tu aku tanya kau. Kau kan selalu lepak dengan budak dua ekor tu." Lelaki tua itu menongkat dagunya. Hari untuk dua orang pemuda itu melaporkan diri telah berlalu sepi. Kerja-kerja yang sepatutnya ditugaskan kepada mereka terpaksa diserahkan kepada kumpulan lain.

"Boss tak tahu ke yang dorang berdua nak berhenti jadi tokan dadah," ujar Naufal selamba.

"Sejak bila?" soal Mat Shah kembali. Cerut di jarinya kaku seketika. Hairan budak-budak itu mahu berlepas tangan padahal tiada hujan mahupun ribut.

"Dalam minggu ni jugalah. Dorang dah tak duduk rumah lama dorang dah. Semalam Sham pergi cari dorang dekat rumah sebab nak make sure dorang lapor diri hari ni. Tapi Salman dan Zack dah tak tinggal dekat rumah tu," Naufal memaksudkan lelaki di sebelah kanan Mat Shah.

"Kenapa kau tak beritahu?" Sepucuk pistol dihunus pada bahu Sham. Lelaki tua itu sedikit geram dengan kelembapan pembantunya.

"Aku ingat dia akan datang hari ni."

"Sekarang ni dia tak datang. Kau nak buat apa? Buatnya dia pergi beritahu semua rahsia kita dekat... Argh, kau cari dia sampai dapat." Mat Shah menolak bahu Sham dan merengus kasar. Pistolnya dihempas ke atas meja makan itu.

"Ni mesti sebab awek Salman tu," tebak Sham. Perihal ahli Black Jack selalunya cepat saja tersebar pada yang lain kerana banyak mata-mata dipasang.

"Awek? Tak tahu pula dia ada awek budak tu," Mat Shah menjongketkan keningnya.

"Dia ada awek. Mungkin sebab awek dia la, dia terdetik nak cuci tangan."

Naufal meletakkan tangan di dagunya. Dia cuba berfikir siapa yang dimaksudkan Sham dengan 'awek Salman.' Namun, perkara itu tiada kaitan buat dirinya. Pelayan arak itu berlalu pergi memandangkan khidmatnya tak diperlukan lagi.

"Cari awek dia. Kalau Salman tak muncul juga, buat sampai dia muncul," mata Mat Shah mencerlung ke arah dua orang pengawal peribadinya. Dia menarik nafas dalam sebelum berlabuh di atas kerusi kembali.

Shah mengangguk akur.

Gelas wine yang masih berbaki isinya dimenung lelaki tua itu. Beberapa saat selepas itu dia memencilkan mata sambil tersenyum.

"Tak sayang nyawa betul." Keberangkalian onar yang bakal dibuat oleh anak buahnya amat tinggi.

Master, jawatan paling tinggi dalam hierarki kongsi gelap. Salman dan Zack pula hanyalah pembawa kuda dalam sindiket dadah kumpulan Black Jack.

Dua jejaka itu  mendail beberapa nombor bagi menyebarkan arahan. Salman dan Zack bakal dicari meskipun pencarian itu akan memakan berhari-hari. Asalkan pembelot kumpulan dapat diberkas. "Hello, cari Salman dan Zack sampai dapat. Tak kisah hidup atau mati."

"Awek Salman?" Kawannya menyoal.

"Biar aku yang heret dia ke markas kita," putus Sham.

Mat Shah bingkas berdiri dan berlalu ke bilik khasnya di belakang sana. Dia tak mahu tahu bagaimana mereka akan cari tikus-tikus itu.

***

Matanya berjaga-jaga ke kiri dan kanan. Selepas tiada wajah yang mencurigakan melintasi pondok telefon awam itu, barulah dia melangkah dan mendail satu nombor.

Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ ✓[C] | هجرة Where stories live. Discover now