20 | Pasangan

1.2K 205 12
                                    

Kedengaran ayat suci Al-Quran seperti semalam beralun di tepi telinganya. Matanya terus terbuka lalu terlihat wajah seorang gadis yang amat dikenali.

Pantas Salman memanggil namanya. Dia tidak sempat untuk melihat gadis itu semalam kerana asyik tidur seharian. Hari ini barulah dia merajinkan diri untuk bersengkang mata di pagi buta.

"Kenapa awak tak gerak saya semalam?" soal Salman separuh berbisik.

"Saya tak nak kacau awak rehat," Aisyah tersenyum nipis. Di tangannya terdapat sebuah telefon pintar yang diguna pakai untuk memainkan ayat suci Al-Quran ketika Salman terlena.

"Aisyah nak pergi kerja dah?" Salman masih dalam posisi baring. Dia melihat wajah gadis itu yang sedang berdiri berdekatannya.

"Kenapa? Kalau awak nak saya tunggu sekejap, boleh je."

Salman menarik nafas dalam. "Macam mana awak boleh tahu saya dekat sini?"

Lelaki itu masih tertanya-tanya sejak semalam. Dia memang mengesyaki Aisyah lah yang meninggalkan telefon pintar itu di sebelah bantalnya. Alunan ayat Al-Quran menemaninya sepanjang dia berehat. Terasa masalah yang dihadapi hilang seketika.

"Pihak hospital call saya melalui nombor yang ada dalam dompet awak. Tu je yang tinggal. Identiti diri awak dorang tak tahu," jujur Aisyah.

Salman mendiamkan diri. Dia hanya memerhatikan perbuatan gadis itu meletakkan telefon pintar di atas meja.

"Kalau awak nak dengar lagi apa-apa ayat Al-Quran, awak ambillah telefon ni. Saya tinggalkan dekat sini. Tapi... Dalam ni takde simkad sebab ni phone lama saya."

"Takpe. Saya suka dengar. Rasa terubat sunyi duduk sorang-sorang dekat hospital ni," Salman tersenyum nipis. Dia masih memerlukan bantuan ubat penahan sakit agar rusuknya tidak mencengkam.

"Awak dah rasa okay sikit hari ni?"

"Okay sikit. Tapi tak larat mana lagi. Mungkin esok lusa saya okay kot. Boleh discharge awal. Takdelah mahal sangat awak kena bayar nanti."

"Awak tahu?"

"Ya. Saya tanya jururawat." Nafas halus dihelakan Salman. "Nanti kalau saya dah kerja, saya bayar balik."

"Awak tak payah fikirlah pasal tu lagi."

Salman menggeleng perlahan. "Saya kena fikir. Sebab nanti keluarga awak ingat saya ambil kesempatan dekat awak. Lagipun saya lelaki, mana boleh lemah dan bersuap je."

"Ya, nanti awak bayarlah kalau awak dah kerja. Tapi sekarang ni awak tak kerja lagi. Jadi, jangan fikir sangat. Sekarang ni awak rehat sampai sembuh."

"Terima kasih, Aisyah."

"Sama-sama," Aisyah menyorokkan gugupnya. "Saya nak pergi kerja dulu, dah nak pukul 7.40 pagi ni."

Salman hanya mengedipkan mata mengizinkan gadis itu beredar. Dia mula sayangkan gadis itu sejak sikap prihatinnya makin membelai dia dalam diam. Namun, perempuan mudah terbawa dengan perasaan. Kerana itulah dia tak mahu membalas rasa. Sedar dirinya siapa nak dibandingkan dengan gadis itu.

Telefon pintar berdekatannya dicapai dengan hujung jari. Fail lagu dibuka lelaki itu. Yang ada hanyalah surah-surah Al-Quran. Pilihan teratas ialah surah Al-Fatihah dituruti Al-Baqarah.

Jarinya menekan surah pembuka. Skrin telefon ditelakupkan pada sebelah bantalnya. Alunan surah itu indah didengari, sayup-sayup sahaja dan tidak mengacau privasi katil-katil lain di bilik itu.

Bibirnya terikut sekali membaca kalimah-kalimah itu tanpa suara. Dia ingin solat tetapi tiada wuduk. Fikirannya buntu untuk bagaimana caranya mahu menunaikan solat saat itu.

Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ ✓[C] | هجرة Where stories live. Discover now