BAB 26

2.7K 283 22
                                    

HANNAH terjaga dari lenanya. Dia mengerling jam di telefon bimbitnya, jam 4 petang. Setelah dia memanah bersama Rayyan sebentar tadi, dia meminta diri untuk berehat sebentar di chalet. Kononnya nak tidur 30 minit, ini dah satu jam setengah.

"Mama dah bangun?" Fateh yang berada di hujung katil menegur. Tadi Fateh tidak ikut memanah bersama kerana dia tertidur. Jadi Hannah malas mahu mengganggu lenanya.

"Sini dekat mama." Hannah menggamit Fateh supaya menghampirinya.

Fateh di hujung katil mengengsot mendekati Hannah dan duduk bersila bersebelahan Hannah.

"Rindunya mama dekat anak mama ni. Lena tidur ya tadi." Hannah menggomol pipi Fateh sehingga dia kegelian. Terkekek-kekek dia ketawa.

"Mama... stop..." Fateh bersusah payah bersuara sambil menahan geli.

"Tak nak..." Kali ini Hannah menggeletek pula pinggang Fateh sehingga membuatkan dia ketawa dengan lebih besar.

"Mama..." Hujung matanya sudah basah kerana banyak ketawa.

"Mama rindu sayang..." Kali ini dia mencium segenap wajah Fateh. Baru beberapa jam dia tidak berjumpa Fateh kerana Fateh tidur, dia sudah rindu bagai nak gila. Sayangnya dia kepada Fateh hanya Allah sahaja yang tahu.

"Fateh pun sama..." Dia hanya merelakan segala perlakuan Hannah.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan di pintu menghentikan perbuatan Hannah. Gurau senda antara mereka juga turut terhenti.

"Sekejap." Hannah tidak tahu siapa di muka pintu. Tetapi Rayyan ada memberitahunya bahawa tiada siapa pun yang ada di sekitar kawasan ini melainkan ahli keluarga Rayyan dan juga pekerja-pekerja yang diupah untuk menjaga dan membersihkan seluruh ladang yang begitu luas ini. Ladang ini tidak dibuka kepada orang luar.

Tudung yang tergantung dicapai dan disarung ala kadar di kepala lalu dia berjalan ke muka pintu.

"Dah bangun?" Tersembul wajah kacak Rayyan saat pintu terbuka luas. Pakaiannya juga sudah disalin.

"Macam mana awak tahu yang saya baru bangun?" Soal Hannah kehairanan. Dia mengintip ke apa?

"Kalau air liur basi penuh dekat pipi tu, bukan namanya baru bangun tidur?" Rayyan menyilangkan kedua-dua belah tangan ke dada.

"Hah?" Sekejap sahaja telapak tangan Hannah naik ke pipinya. Dia meraba-raba, namun seperti tiada kesan air liur.

"Awak tipu. Sudahlah, pergi sana." Hannah menjulingkan matanya ke atas. Dia berkira-kira ingin menutup pintu.

"Fateh!" Rayyan memanggil.

"Fateh, papa datang ini." Rayyan mengherotkan bibir ke tepi.

"Papa!" Fateh berlari-lari anak ke pintu. Sekali lagi Hannah menjulingkan matanya ke atas. Senang je dia, guna modal Fateh.

Fateh lantas memeluk kaki Rayyan. Rayyan menunduk untuk menyamakan kedudukan mereka.

"Papa rindu!" Dia mencubit kedua-dua belah pipi Fateh.

"Fateh rindu juga!" Fateh turut melakukan aksi yang sama.

"Papa nak tahu sesuatu tak?" Fateh seperti ingin memberitahu rahsia yang besar.

"Apa dia?" Soal Rayyan ingin tahu. Hannah juga turut pasang telinga.

"Mama rindu papa juga." Fateh berbisik ke telinga Rayyan namun suaranya tetap kuat dan boleh didengari oleh Hannah.

"Ya?" Rayyan memandang Fateh dan Hannah silih berganti.

"Eh, mana ada. Bila masa? Fateh pandai-pandai buat cerita ya." Penyataan Fateh dinafi sekeras-kerasnya.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now