BAB 31

2.9K 260 67
                                    

HANNAH duduk santai di sofa ruang tamu. Fateh sudah awal-awal lagi tidur di bilik selepas kenyang menikmati hidangan makan malam. Dia bersama-sama bonda dan ayahanda duduk di situ sambil menonton tayangan kdrama Start Up yang dibintangi oleh Bae Suzy, Nam Joo-hyuk, Kim Seon-ho. Ji-Pyeong oppa! Rayyan membiarkan dia sendiri bersama-sama dengan ibu bapanya. Hannah tidak kisah kerana perasaan kekok itu sudah hilang saat mereka melayan Hannah dengan begitu mesra dan ramah sekali. Namun, Hannah sebenarnya pelik. Sebenarnya dia mengambil keputusan untuk tidur di rumah Rayyan kerana dia masih tidak berani untuk tinggal di kondonya dan dia juga masih berasa takut dengan kejadian yang menimpanya sebentar tadi. Tetapi dia pelik apabila ibu bapa Rayyan seakan-akan membuat sesi suai kenal dengannya dan mereka sangat ingin mengambil tahu perihal dia.

"Hannah, kalau bonda tanya ni Hannah jangan marah tau." Bonda di sebelah memegang tangan Hannah.

"Ya bonda." Perhatian Hannah terganggu dan kini sepenuhnya ditumpukan kepada Sharifah Hadirah. Syed Ghazali di sebelah juga turut ternanti-nanti apa yang ingin dikatakan oleh isterinya.

"Hannah betul sukakan Rayyan?" Terbuntang mata Hannah saat menerima soalan tersebut.

"Awak ni, Dirah. Terkejut budak tu awak tanya dia soalan macam tu." Syed Ghazali di sebelah berkata.

Hannah juga tidak tahu hendak memberi reaksi macam mana. Dia memang suka dan sayangkan Rayyan tetapi tak akan dia nak mengaku di hadapan bonda Rayyan.

"Hannah, bonda bukan apa. Rayyan sebenarnya pernah bertunang 4 tahun lepas. Pilihan bonda dan ayahanda. Rayyan sayang sangat dengan bekas tunang dia dulu, Sharifah Najwa namanya. Tapi dia tinggalkan Rayyan setelah setahun mereka mengikat tali pertunangan. Sewaktu itu, Rayyan masih sambung belajar lagi." Sharifah Hadirah mula membuka pekung Rayyan. Banyak benda yang Hannah masih tidak tahu tentang Rayyan.

"Sejak itu, Rayyan tak pernah sekali pun cakap atau sebut nama mana-mana perempuan depan kami. Kan abang?" Sharifah Hadirah memandang suaminya.

Syed Ghazali mengangguk tanda mengiyakan.

"Hati dia benar-benar dah tertutup. Berkali-kali bonda cuba pujuk Rayyan tetapi dia menolak. Dia dingin dengan perempuan dan dia sangat anti dengan perempuan sehinggakan bonda dengan ayahanda pun sudah pening nak buat apa." Sharifah Hadirah sangat khusuk bercerita tentang anaknya.

Patutlah Rayyan sangat dingin dan sinis dengan dia pada awalnya. Tetapi kalau Rayyan anti dengan perempuan, kenapa Rayyan beriya-iya mahu menolongnya selama ini?

"Rayyan ada PhD, dia akan mewarisi syarikat ayahanda dia, dia anak yang soleh dan mendengar kata, sangat mengutamakan keluarga dalam apa jua hal. Anak bonda juga tak merokok. Semua pakej cukup. Ada juga perempuan yang datang sini bersama ibu bapanya dan nak masuk meminang Rayyan. Tapi dia tolak mentah-mentah walaupun usia dia dah cecah 30 tahun, dah sesuai untuk berumah tangga."

Jeda seketika.

"Hannah tahu kan, Rayyan serius dengan Hannah." Sharifah Hadirah memegang erat tangan Hannah.

"Jangan kecewakan dia ya sayang." Pintanya penuh harap.

"Tapi bonda..."

"Tapi apa Hannah?"

"Rayyan tak pernah mengaku apa-apa pada Hannah, bonda." Hannah memberitahu perkara jujur. Dia tidak mahu bonda dan ayahanda berharap apa-apa sedangkan dia juga masih tidak pasti dengan perasaan Rayyan terhadapnya.

"Apa dia, Hannah?" Rayyan yang muncul entah dari mana tiba-tiba sahaja menyampuk perbualan mereka.

"Err... err..." Mulalah gagap Hannah datang apabila dia nervous.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now