BAB 41

2.6K 240 24
                                    

MATA Hannah terbuka apabila cahaya matahari menerobos masuk ke dalam bilik tidur dia dan Rayyan. Di suatu sudut, Rayyan membuka langsir kerana jam sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Dia tidak boleh solat jadi sebab itulah Rayyan tidak mengejutnya bangun Subuh.

"Morning sunshine." Rayyan menghampiri Hannah sambil tersenyum manis sehingga lekuk di pipinya kelihatan.

Hannah duduk dan menyandarkan belakang tubuhnya ke kepala katil. Kepala yang berdenyut-denyut sakit dipegang. Pasti sebab dia menangis terlalu banyak malam tadi.

"Kenapa ni sayang? Sakit kepala?" Wajah Rayyan kelihatan risau.

"Berdenyut sikit," jawab Hannah perlahan.

"Sekejap, abang ambil minyak angin." Rayyan bingkas bangun lalu menuju ke luar bilik. Beberapa saat kemudian, dia kembali dengan minyak angin di tangannya lantas melabuhkan punggung di sebelah Hannah.

Dia memperkemaskan ikatan di rambut Hannah lalu disanggulkan. Kemudian, Rayyan meletakkan beberapa titis minyak angin di tangan lalu diurut kepala Hannah perlahan-lahan.

"Dekat sini ke sakit?"

Angguk.

Selawat meniti di bibir Rayyan sambil tangannya mengurut kepala Hannah. Kemudian, tangan itu turun ke lehernya pula. Umpama ada magis, sentuhannya membuatkan sakit kepala Hannah surut sedikit demi sedikit.

Tanpa Rayyan sedari, Hannah memerhatikan setiap inci wajahnya. Wajah inilah yang sering menjadi dambaannya siang dan malam dahulu. Wajah ini jugalah yang dia tergila-gilakan. Lelaki ini jugalah yang dia sering berdoa kepada Allah supaya menjadi miliknya sehingga ke akhir hayat. Tapi kenapa sekarang dia tidak lagi merasakan semua itu?

"Sayang?"

"Sayang?" Rayyan menangkap mata Hannah memandangnya dalam diam.

"Ha?" Hannah tersedar daripada lamunan panjang dan wajahnya menjadi merah serta merta.

"Sakit lagi ke?" soal Rayyan. Dia mahu sahaja mengusik Hannah namun dia tahu wanita itu pasti tiada mood. Jadi dia memilih untuk membiarkan sahaja. Tunggulah Hannah sudah sembuh nanti, pasti tak kering gusi dia kerjakan Hannah.

"Dah kurang. Terima kasih." Tangan Rayyan dijatuhkan ke sisi. Kesiannya suami dia, pasti dia menjadi beban.

"Sama-sama. Jom makan," Bibir lelaki itu mengukir senyum manis lalu diambil dulang yang diletakkan di almari kecil di sisi katil. Dulang itu berisi bihun goreng bersama sebiji telur mata kerbau. Air milo suam juga turut disertakan sekali.

"Abang masakkan khas untuk sayang. Fateh tadi abang dah suapkan dia makan. Sekarang dia tengah main dengan maksu dia dekat halaman rumah," terang Rayyan panjang lebar. Diangkat pinggan yang berisi bihun goreng. Garfu diambil lalu disuakan ke mulut Hannah.

"Sayang, buka mulut."

"Saya tak ada selera." Hannah memejamkan matanya. Hendak telan apa pun dia tidak lalu.

"Sayang, penat tau abang masakkan untuk sayang. Rasa sikit," pujuk Rayyan. Tangannya yang sedang memegang garfu masih menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam mulut Hannah.

"Kalau penat tak perlu buat." Datar nadanya.

Rayyan agak terkesima namun dia pujuk hatinya, "Abang minta maaf kalau abang salah cakap. Tak penat pun, abang buat semua ini ikhlas. Sini abang suap sayang, buka mulut aaaa."

"Tak nak. Jangan paksa saya boleh tak?" Hannah memandang Rayyan geram. Dia tidak tahu mengapa dia bersikap begini tapi dia penat dengan dirinya sendiri dan dia penat kerana dia tidak sudah-sudah menyusahkan Rayyan. Bukankah Rayyan akan lebih bahagia jika dia berkahwin dengan wanita yang tidak menyedihkan seperti dirinya?

HER GUARDIAN ANGELजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें